DO NOT MISS

27 February 2007

Tip menguruskan sendiri tekanan anda | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA

ip menguruskan sendiri tekanan anda | Lubuk Petua Warisan | Petua.org | Galeri Petua | Petua Kecantikan | Petua Suami Isteri | Petua awet muda | PetuaMelayu.Com - Petua Melayu, Malaysia Natural Herbs and Malay Tips | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA
* Tarik nafas panjang/dalam beberapa kali. Ia akan membuatkan pernafasan anda menjadi perlahan sekali gus mengecut dan merehatkan gentian otot- otot dalaman

* Bersenam secara tekal – 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan emosi. Ia juga membantu mendapatkan fizikal yang lebih menarik sekali gus membuatkan diri anda berasa lebih yakin dengan penampilan diri

* Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Bersikap realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang dapat menimbulkan rasa kepuasan

* Bersikap positif dan belajar menerima kelemahan diri. Jangan berasa gusar mengenai perkara-perkara yang di luar kawalan anda. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan yang dimiliki apabila berasa tertekan

* Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum anda berasa tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang anda boleh percayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama. Berkomunikasilah dengan mereka supaya mereka dapat membantu anda

* Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam sesuatu perhubungan. – Amalkan pemakanan sihat dan tidur yang secukupnya

* Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi

* Kira dari satu hingga 10. Aktiviti ini boleh menjadikan anda berhenti dan rehat sebentar sebelum memberikan respons terhadap situasi yang memberikan tekanan

* Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya. Anda juga boleh menulis, jika mahu. Mendengar muzik juga boleh menenangkan

* Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membuat renungan seperti membayangkan pemandangan yang menenangkan, misalnya.

Selain urut, anda juga boleh melakukan regangan bagi merehatkan otot-otot dan membantu mengurangkan ketegangan. Selalunya, otot-otot di belakang leher dan bahagian atas belakang menjadi tegang apabila anda mengalami stres.

* Dapatkan bantuan sekiranya diperlukan. Jika anda tidak dapat tidur, sakit kepala dan sakit belakang atau leher, pergilah berjumpa doktor

* Bantulah mereka yang memerlukan. Menolong seseorang akan dapat mengubah tumpuan dan perhatian kita dari masalah dan kerisauan yang dihadapi

* Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan unsur-unsur yang menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri anda

* Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan

* Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingannya. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak

* Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu.

AMARAN: Membantu diri sendiri adalah sangat berfaedah, tetapi ia bukanlah pengganti kepada bantuan profesional. Masalah tingkah laku dan emosi boleh memudarat dan membahayakan. Dapatkan bantuan profesional jika perlu!

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

26 February 2007

Soal jawab kesihatan seksual lelaki | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA

Soal jawab kesihatan seksual lelaki | Rahsia Senjata Lelaki | Fisiologi Lelaki | Lelakionline.com | sensasilelaki.com | Rahsia Seksual Lelaki | HanyaLELAKI.com | Buku-lelaki | Rahsia Seks Lelaki Maskulin | rahsiazakar.com | Rahsia Kebahagiaan Lelaki | rahsialelakiwanita.com | MALE of Style , man or male, aura, matured, health LELAKI
Apakah yang dimaksudkan dengan disfungsi erektil?

Disfungsi erektil (ED) adalah ketidakupayaan zakar mengekalkan atau mengukuhkan tegangan sewaktu melakukan hubungan seks. Mati pucuk juga ialah sejenis gangguan kesihatan seksual yang boleh dikaitkan dengan permasalahan lain seperti lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.

Apakah punca berlakunya mati pucuk?

Masalah kesihatan yang menjejaskan aliran darah adalah punca lazim masalah ED. Ada yang berpendapat kemerosotan fungsi ereksi adalah biasa apabila usia seseorang itu meningkat. Sebenarnya, ada faktor lain yang boleh menyumbang kepada permasalahan ini khususnya jika beliau berpenyakit.

Apakah penyakit yang boleh menyumbang kepada terjadinya ED?

Ada beberapa jenis penyakit yang sudah dikenal pasti iaitu diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, paras kolesterol yang tinggi dan prostatektomi (pembedahan pada zakar).

Diabetes menyebabkan seseorang lelaki mengalami ED pada usia yang lebih muda berbanding lelaki lain. Mereka yang menjalani rawatan diabetes berisiko lebih tinggi, iaitu tiga kali ganda bagi mengalami masalah ereksi yang serius. Lebih kurang 35 hingga 50 peratus lelaki diabetes mengalami masalah ED.

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan mengeras. Ini akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar, sekali gus kualiti ereksi. Penyakit jantung dan paras kolesterol yang tinggi juga menjejaskan pengaliran darah ke zakar. Lelaki yang dirawat untuk penyakit kardiovaskular berisiko empat kali ganda lebih tinggi mendapat masalah mati pucuk berbanding lelaki lain. Prostatektomi mencederakan saraf dan salur darah pada zakar lalu menjejaskan kualiti ereksi.

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup tidak sihat dan bagaimana ia menyumbang kepada terjadinya permasalahan mati pucuk?

Gaya hidup dikatakan tidak sihat apabila seseorang itu merokok, mengambil alkohol secara berlebihan, kurang bersenam dan mengamalkan diet tidak seimbang. Kesemua perkara di atas meningkatkan risiko seseorang itu mengalami ED terutama apabila usia semakin meningkat.

Faktor psikologikal juga boleh menyebabkan ED. Bagaimana?

Penumpuan kedua-dua minda dan tubuh adalah diperlukan sewaktu melakukan aktiviti seksual. Gangguan psikologi seperti tekanan, kemurungan, rasa bersalah, rendah diri, bimbang dan risau mengenai prestasi seksual, boleh mengganggu penumpuan minda. Akibatnya, rangsangan seksual yang diterima tidak dapat merangsang tubuh lalu menjejaskan prestasi seksual, khususnya penegangan zakar.

Bagaimanakah seseorang boleh menangani masalah mati pucuk secara semula jadi?

Pengubahsuaian gaya hidup dan tabiat pemakanan serta pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh membantu mengatasi dan memperbaiki masalah mati pucuk ini. Amalkan pengambilan makanan seimbang. Bersenam secara kerap kerana senaman melancarkan aliran darah. Pengambilan makanan tambahan yang khusus turut membantu menangani masalah seksual. Herba seperti Horny Goat Weed (Epimedium sagittatum), Gingko (Ginkgo biloba), Ginseng (Panax ginseng), Puncture Vine (Tribulus terrestris), Muira Puama (Liriosma ovata), Withania (Withania somnifera) dan Damiana (Turnera diffusa) sangat digalakkan. Gabungan herba itu bertindak sebagai tonik seksual yang mujarab bagi memperbaiki masalah seksual lelaki.

Luangkan waktu untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak bagi merapatkan kembali hubungan anda dan pasangan. Jika perlu, berbincanglah dengan mereka yang dipercayai atau dapatkan khidmat kaunselor.

Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan di talian 03-7728 7407 (Isnin hingga Jumaat; 9.00 pagi hingga 6.00 petang) atau e-mel kami di health@biolife.com.my.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

25 February 2007

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja? | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja? | Keluarga & Perkawinan | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat| www.e-keluarga.com| www.lppkn.gov.my|  KELUARGA v.2 | Rahsia Keluarga Bahagia | Gambar Keluarga Fasha Sandha | Yayasan Pembangunan Keluarga  | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA
Satu perkara yg memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.

Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

Betulkan Tanggapan Poligami | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Sebarang perbincangan mengenai isu poligami sebenarnya boleh menarik perhatian ramai golongan Hawa. Ia adalah isu yang paling sensitif dibandingkan dengan isu-isu lain yang berkaitan dengan wanita.

Dan yang terbaharu bantahan yang disuarakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap kerajaan negeri Terengganu yang bercadang untuk memberi anugerah khas kepada lelaki yang berpoligami. Manakala di Indonesia pula tindakan Aa Gym (tokoh pendakwah terkenal) mengahwini Alfarini Eridani bekas model dan janda beranak tiga telah mencetuskan kemarahan golongan wanita di sana.

Sesungguhnya kebanyakan orang yang fanatik menentang Islam dan orang-orang yang tidak memahami jiwa syariat lslam menganggap bahawa lslam ialah suatu agama yang pertama mengharuskan poligami. Ini adalah merupakan suatu anggapan yang salah yang menunjukkan kejahilan mereka terhadap sejarah dan terhadap agama-agama lain.

Tegas

Islam bukanlah agama pertama yang membawa atau memperkenalkan poligami tetapi Islam adalah agama pertama yang menyusun undang-undang perkahwinan (secara sistematik) dan menggariskan batas-batas poligami dengan jalinan-jalinan yang ketat dan syarat-syarat yang tegas.

Islam mengadakan peraturan perkahwinan dan menggariskan batas tertentu untuk poligami dan menjadikan bilangan paling banyak (maksimum) wanita yang boleh dikahwini dalam satu-satu masa ialah empat orang dengan syarat individu itu mempunyai kemampuan yang cukup serta boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Maka kahwinlah wanita-wanita yang halal bagimu dua, tiga atau empat (surah an-Nisa ayat 3). Dengan menitikberatkan kepentingan manusia baik secara individu mahupun masyarakat, lslam membolehkan lelaki berkahwin lebih dari seorang.

Islam telah menentukan keperluan individu dan masyarakat dan menentukan ukuran kepentingan kemaslahatan manusia seluruhnya hak lelaki berpoligami dalam lslam bukan persoalan hak lelaki ke atas wanita. Tetapi, ia adalah hak Allah s.w.t. terhadap makhluk-Nya. Hak ini bukan dipaksakan Allah. Ia peruntukan yang diharuskan dengan bersyarat ke atas lelaki yang ingin berpoligami.

Di antara manusia ada yang mandul atau sakit sehingga tidak mempunyai anak. Dan, ada juga di kalangan para isteri yang tidak dapat menjalankan kewajipan sebagai isteri. Bukankah ia suatu kehormatan bagi si isteri dan keutamaan bagi si suami kalau dia berkahwin lagi dengan seorang wanita tanpa menceraikan isteri pertama dengan memenuhi hak-haknya?

Di kalangan feminis lslam mereka melihat umumnya poligami yang terjadi adalah semata-mata untuk pemuasan nafsu semata-mata bukan atas faktor-faktor yang disebut di atas.

Malah semua alasan yang membolehkan suami berpoligami hanya dilihat dari perspektif kepentingan suami dan sama sekali tidak pertimbangkan perspektif kepentingan perempuan apa lagi kepentingan sosial (kemasyarakatan) yang lain. Mereka menyimpulkan bahawa prinsip perkahwinan dalam lslam adalah monogami, bukan poligami. Malah menurut mereka kemampuan untuk berlaku adil ke atas isteri dari segi fakta sejarah membuktikan hanya nabi s.a.w. yang mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

Sementara itu ada juga lelaki yang mempunyai nafsu seks yang luar biasa, tapi isterinya hanya bersikap dingin atau sakit, atau masa haidnya itu terlalu panjang dan sebagainya, sedangkan si suami tidak dapat menahan nafsunya. Apakah dalam situasi begini mereka tidak boleh kahwin dengan perempuan lain secara yang halal sebagai tempat mencari kawan tidur dan teman hidupnya?

Syarat

Jika poligami itu boleh memberikan jalan ke arah keghairahan nafsu kaum lelaki tanpa menyebabkan wabak zina, maknanya ia telah membentuk perlakuan seks yang sihat. Apakah kita harus menyempitkan pandangan mengenainya sehingga gejala perzinaan menjadi berleluasa.

Bagi sesetengah kaum wanita mereka mungkin menentang poligami kerana mereka tidak memahami istilah akad nikah sebagai (perjanjian kontrak) yang bukan maksud lelaki dan perempuan itu milik mereka. Apabila ia berupa kontrak (ikatan perjanjian) ini bermakna lelaki tersebut boleh membuat kontrak atau akad nikah dengan perempuan lain apabila memenuhi ciri-ciri dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Islam.

Pada hakikatnya agama kita membenarkan cara halal tadi sekalipun dengan isteri yang lain iaitu kaum sejenisnya sendiri. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingin selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampau batas (al-Mu’Minun ayat 5-7).

Di sini jelas dinyatakan bahawa hubungan suami isteri itu dihalalkan dan diberi kebebasan sepenuhnya dan yang dicela ialah dengan orang lain secara yang di luar batas agama. Malangnya ada juga sebahagian para isteri itu masih ragu-ragu untuk sentiasa menjalin kasih sayang dan membina kehidupan yang intim dan romantis, sekalipun dengan pasangan mereka sendiri. Ini memungkinkan perhubungan itu menjadi tidak harmonis sehingga boleh menyebabkan keretakan rumah tangga atau boleh menimbulkan kerenggangan dalam rumah tangga.

Pada masa ini, bancian penduduk seluruh dunia menunjukkan bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki. Keadaan ini menimbukan kebimbangan berlakunya ke’aifan dan kerosakan (akhlak antara kedua-dua jenis ini) menyebabkan diharuskan lelaki berpoligami dengan syarat dapat melakukan keadilan dan kecukupan nafkah zahir dan batin. Di negara barat hari ini mereka merungut tentang kemerosotan keturunan mereka serta merebaknya penyakit AIDS kerana perbuatan zina dan liwat yang kalau tidak dikawal akan menghancurkan seluruh masyarakat itu sendiri.

Bagaimana untuk melahirkan generasi minda kelas pertama yang menjadi idaman negara kalau ia lahir dari genetik dan benih yang kotor dan jahat. Sebaliknya benih yang baik itulah yang dapat melahirkan generasi yang baik dan berapa ramai kaum wanita yang mempunyai genetik atau benih yang baik dan subur terbiar begitu sahaja kalau tanpa ada kemudahan atau laluan untuk berpoligami sebagaimana yang dibenarkan oleh agama.

Kita tidak mahu manusia yang akan lahir nanti ialah manusia yang liar dan sukar dididik. Islam itu bersih. Apa pun alasannya, poligami merupakan alternatif yang dapat menghindari daripada berlakunya kejahatan. Sehubungan ini Allah mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud: (Biasanya) wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat itu untuk wanita yang jahat (begitu juga sebaliknya) wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik-baik (surah an-Nur ayat 26).

Generasi

Justeru itu kita dapati orang tua kita dahulu tidak memilih sangat pasangan untuk anak mereka asalkan bakal suami itu orang baik dan soleh. Mereka terima sahaja apa lagi kalau bakal menantu mereka itu daripada kalangan para ulama terkenal pula dan terbukti selalunya generasi keturunan mereka terdiri dari manusia berminda kelas satu yang amat diperlukan oleh negara hari ini.

Kepentingan pendidikan kepada masyarakat perlu dilakukan bagi menyedarkan bahawa poligami itu adalah suatu yang baik dan menjadi sunah nabi. Segala-galanya telah nabi tunjukkan kerana poligami dibolehkankan dalam lslam.

Apa pun pandangan dan alasan, penentangan terhadap poligami akan membawa kepada kepincangan akidah. Pandangan serong terhadap poligami hendaklah diperbetulkan semula dengan harapan masyarakat benar-benar peka dan faham mengenainya. Ia sangat penting kerana poligami bukan ciptaan manusia, sebaliknya bersumberkan perintah Allah.

Oleh Mohd. Shauki bin Abdul Majid

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

24 February 2007

Memelihara Rumahtangga | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah, Ceramah ISLAM

Memelihara Rumahtangga | Islam.com | Ceramah Islam | The religion of Islam | Al-Islam.org | history of islam | women in islam | Sisters in Islam | IslamiCity.com - Islam & The Global Muslim eCommunity | islamic | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah, Ceramah ISLAM
SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

1. Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala, membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

2. Zikir ketika masuk dan keluar rumah.

Daripada Abu Malik Al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:”Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” ? (Riwayat Abu Daud).

3. Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” ? (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam An-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

4. Zikir ketika makan dan minum.

Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” ? (Riwayat Muslim).

5. Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku? Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?” Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka
baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.” Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya.

Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

6. Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” ? (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi). Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” (Riwayat Nasai’).

7. Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” ? (Riwayat Muslim dan Nawawi). Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak
daripada gangguan syaitan dan konconya.

8. Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir (doa) pada waktu jimak ‘bersama’ bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi. Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” ?
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.” Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

Perkahwinan ala Laila Majnun tidak relevan | perkahwinan, malam pertama, pengantin, Wedding Ideas

Perkahwinan ala Laila Majnun tidak relevan | Kahwin.com | Kad kahwin | Kursus kahwin | Baju kahwin | gubahan kahwin | artis kahwin | Syok Kahwin  | Direktori kahwin |Hantaran Kahwin | Malaysia Wedding Portal | perkahwinan, malam pertama, pengantin, Wedding Ideas
Kajian 2006 menunjukkan ada paradigma baru di kalangan gadis dalam memilih pasangan hidup sesuai

WANITA sekarang semakin bersifat kebendaan. Mereka juga dikatakan malas berusaha untuk memiliki kesenangan hidup hanya kerana sanggup memilih lelaki berusia yang berharta sebagai pasangan hidup. Malah, ada yang menganggap perkahwinan tanpa berlandaskan cinta itu tidak akan kekal kerana hanya berdasarkan kebendaan dan bukannya cinta seperti yang sepatutnya apabila sesuatu pasangan itu mendirikan rumah tangga.

Persoalannya kini, mampukah perkahwinan yang berlandaskan cinta berkekalan hingga ke anak cucu? Berdasarkan senario hari ini, semakin ramai pasangan yang baru berkahwin akur dengan suratan takdir apabila perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka itu berkecai di tengah jalan. Malah, ada usia perkahwinan yang baru mencecah lima bulan, tetapi sudah pun melafazkan talaq.

Pensyarah Psikologi di Kolej Universiti Help, Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, berkata perkahwinan ala Laila Majnun yang sanggup sehidup semati demi cinta tidak lagi relevan pada zaman ini berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi, selain perubahan gaya hidup masyarakat yang lebih berpaksikan kebendaan.

Beliau berkata, perubahan itu secara tidak langsung membentuk satu pemikiran baru di kalangan wanita untuk memilih lelaki yang stabil sebagai teman hidup.

“Lazimnya, dalam keadaan hari ini cinta tidak boleh bertahan lama. Terlalu banyak dugaan yang terpaksa dilalui apabila mendirikan rumah tangga. Kita lihat hari ini apa saja yang kita lakukan memerlukan duit. Nak makan, duit. Berjalan sedikit pun guna duit. Apa tah pula membesarkan anak pada zaman moden ini memerlukan wang yang banyak.

“Jadi, pasti wanita hari ini terutama yang berpendidikan tinggi ingin mencari teman hidup yang mampu memberikan beliau kesenangan. Siapa yang hendak hidup susah hanya kerana cinta dengan lelaki yang tidak bekerja dan hidupnya tiada arah tujuan,” katanya ketika diminta mengulas laporan akhbar ini mengenai kecenderungan wanita memilih lelaki berusia yang berharta sebagai teman hidup (16 Februari 2007), baru-baru ini.

Kajian yang dijalankan terhadap 1,050 pelajar wanita IPT berusia antara 21 hingga 28 tahun itu mendapati 65 peratus memilih lelaki berharta pada peringkat usia 40 hingga 50 tahun sebagai teman hidup, manakala 12 peratus lagi menyatakan kesediaan mengahwini lelaki berharta pada peringkat usia 51 hingga 60 tahun.

Sejak kajian itu dilaporkan, pelbagai reaksi diberikan. Ada yang menganggap kajian berkenaan tidak relevan, tetapi ramai juga yang melihat dari sudut positif bahawa kajian berkenaan satu penanda aras perubahan dalam sosio budaya masyarakat. Ini jelas dilihat pada perubahan usia berkahwin di kalangan wanita yang secara tidak langsung mencerminkan perubahan struktur masyarakat.

Pada era sebelum negara merdeka, perkahwinan lazimnya membabitkan jodoh yang ditentukan ibu bapa. Ketika itu, usia berkahwin bagi wanita adalah seawal 13 tahun sebaik saja sudah mencapai akil baligh dengan teruna yang berumur lewat belasan tahun. Menerusi perkahwinan itu, kebiasaannya mereka mempunyai jumlah anak yang ramai, misalnya 10 orang.

Pasca merdeka, usia berkahwin bagi gadis menginjak kepada lewat belasan tahun, manakala lelaki pula berusia 20-an. Perkahwinan itu membawa kepada jumlah kelahiran yang semakin menurun iaitu dengan purata enam anak.

Bagaimanapun, pada 1980-an berlaku lagi perubahan pada struktur masyarakat apabila usia berkahwin bagi wanita ialah 20-an, manakala lelaki juga 20-an dengan perbezaan umur yang tidak begitu ketara. Perubahan itu disebabkan semakin ramai wanita yang melanjutkan pelajaran ke menara gading sehingga mereka menangguhkan perkahwinan.

Pada penghujung alaf lalu, berlaku satu lagi perubahan apabila semakin ramai wanita yang berkahwin pada usia lewat 20-an atau awal 30-an demi perkembangan kerjaya. Usia pasangan mereka juga menginjak kepada 30-an, sekali gus menyaksikan semakin ramai pasangan mempunyai anak pada usia yang agak lewat. Akibatnya, jumlah anak yang dimiliki sesebuah keluarga juga semakin mengecil iaitu antara dua atau empat anak.

Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagaikan satu aliran pula apabila semakin ramai gadis berusia 20-an mengahwini lelaki yang berusia lewat 30-an atau 40-an. Meskipun jarak umur yang begitu ketara sehingga ada suara sinis yang mengatakan bagai anak dan bapa, perkahwinan dua generasi itu sudah menjadi lumrah dalam masyarakat hari ini.

Sehubungan itu, Prof Noran berkata, jika kajian berkenaan diambil sebagai realiti kecenderungan wanita hari ini dalam memilih teman hidup, kita akan melihat satu perubahan struktur masyarakat yang baru.

“Kajian berkenaan menunjukkan apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Kita lihat di kebanyakan IPT sekarang, lebih ramai pelajar wanita berbanding lelaki, 60 peratus wanita berbanding 40 peratus lelaki. Jika wanita sudah berpendidikan tinggi, tentu mereka juga hendak mencari pasangan yang setaraf. Tetapi dengan ratio perbandingan pelajar itu tidak semua yang dapat mencari pasangan sebaya di kampus.

“Jadi, lazimnya mereka akan bertemu dengan lelaki di luar kampus iaitu apabila mereka bekerja. Ini secara tidak langsung menyebabkan mereka bertemu dengan lelaki yang berusia dan pada usia berkenaan, biasanya lelaki itu sudah mempunyai kedudukan yang kukuh,” katanya.

Lazimnya perkahwinan sebegitu menyebabkan bilangan anak turut berkurangan iaitu antara satu atau dua anak kerana suami yang sudah meningkat usia beranggapan sudah terlalu tua untuk menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, beliau berkata, dari satu aspek mungkin kecenderungan wanita memilih lelaki berusia dan berharta itu disebabkan kelemahan lelaki sendiri. Sikap lelaki muda yang dikatakan panas baran dan tidak memahami berbanding lelaki berusia menyebabkan wanita mudah jatuh cinta kepada lelaki yang matang.

“Mungkin ramai yang mengatakan wanita memilih lelaki berusia ini hanya bermotifkan harta. Tetapi, kita perlu ingat lelaki berumur ini lazimnya banyak pengalaman, mereka lebih memahami dan romantis menyebabkan wanita mudah jatuh cinta walaupun hakikatnya lelaki itu bagaikan bapa.

“Lelaki muda pula mungkin tidak matang, malah peningkatan perceraian di kalangan pasangan yang baru berkahwin menyebabkan wanita hari ini merasa tidak selamat untuk bersama lelaki yang sebaya. Lagipun, secara fisiologi, fizikal mahupun psikologi, wanita tiga tahun lebih cepat berkembang berbanding lelaki. Maknanya wanita lebih matang daripada lelaki sebayanya,” katanya.

Dalam hubungan ini, beliau berkata, masyarakat tidak perlu cepat melatah apabila laporan sebegitu didedahkan kerana setiap universiti atau pensyarah lazimnya menjalankan pelbagai jenis kajian berdasarkan pengkhususan dan keperluan, bukan memilih sesuatu topik yang glamor semata-mata.

Pada masa sama, katanya, perkembangan terbaru itu harus dilihat sebagai cabaran bagi wanita yang sudah berusia. Laporan itu mungkin menggambarkan berlaku peningkatan kes poligami atau perceraian di kalangan pasangan sudah berusia berikutan si suami jatuh cinta dengan gadis yang lebih muda, tetapi wanita tidak harus berasa tergugat.

Apa yang penting, katanya, pastikan layanan terhadap suami tidak berbelah bagi kerana suami tidak mungkin terfikir untuk mencari yang lain jika sudah mempunyai rumah tangga yang stabil.

Pada masa sama, gadis muda pula janganlah hanya kerana ingin menikmati kemewahan segera sehingga sanggup meruntuhkan rumah tangga wanita lain. Bak kata orang, jangan mendirikan kebahagiaan di atas penderitaan wanita lain.

Alasan responden yang memilih lelaki berusia dan berharta sebagai pasangan hidup (65 peratus memilih lelaki pada peringkat usia 40-50 tahun, manakala 12 peratus memilih lelaki peringkat usia 51-60 tahun)

Masa depan dan kerjaya wanita tidak dapat dijangkakan.

Perlukan keselamatan dan jaminan masa depan.

Tidak perlu bekerja keras.

Hidup tidak pernah susah.

Hidup susah dan ingin merasa kesenangan hidup.

Tidak yakin diri dan perlukan sokongan lelaki berusia dan berharta.

Cara hidup zaman moden yang tidak kisah mengenai pemilihan lelaki berusia asalkan berharta.

Tidak salah dalam pilihan itu asalkan bahagia.

Tekanan hidup dan desakan kewangan.

Membantu keluarga.

Dapat hidup mewah dan impian menjadi kenyataan.

Mencari kasih sayang sejati.

Sudah jodoh apa hendak dikata.

Cinta lelaki berusia meyakinkan, cinta lelaki muda menyakitkan.

Lelaki berusia matang dalam pemikiran dan komunikasi.

Bijak berkata-kata dan boleh menjadi pemimpin keluarga yang baik.

Romantik dan sensitif dengan perasaan wanita.

Sabar melayan kerenah wanita.

Tidak lokek berbelanja.

Suka berjenaka dan banyak cerita yang melucukan.

Komited terhadap pekerjaan dan masa depan.

Bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Wanita tidak perlu kerja keras mencari duit.

Hendak menunjuk bahawa mereka mampu menarik golongan kaya menjadi pasangan hidup.

Dapat menyertai golongan elit dan ada kelas tersendiri.

Hidup masa kini berfokuskan duit dan bukan semata-mata kasih sayang.

Cinta boleh dipupuk dalam perkahwinan.

Alasan responden yang tidak memilih lelaki berusia dan berharta sebagai pasangan hidup mereka (10 peratus responden menyatakan TIDAK bagi pemilihan lelaki berumur)

Jarak usia terlalu jauh akan menyusahkan diri sendiri.

Gaya hidup dan cita rasa berbeza.

Tidak selari dengan kehendak dan keperluan wanita muda.

Mudah cemburu dengan lelaki muda yang menjadi sahabat wanita muda.

Komunikasi berkesan tidak akan berlaku kerana jarak usia.

Tidak menghiburkan dari aspek sosialisasi.

Tidak membahagiakan.

Kehidupan dalam perkahwinan hanya rutin dan akan membosankan.

Tidak ceria dalam pergaulan dan dunia sosial.

Tidak meyakinkan sama ada lelaki itu akan setia pada wanita.

Pergaulan lelaki berkaitan luas dan membimbangkan.

Takut dipergunakan untuk tujuan perniagaan lelaki berkaitan.

Bimbang dengan pandangan masyarakat.

Malu untuk memperkenalkan suami pada kawan.

Tidak dapat menerima dan bergaul dengan golongan berusia.

Tidak memandang harta sebagai objektif utama dalam hidup.

Memilih hidup yang ceria, kreatif dan inovatif. Tetapi golongan lelaki berusia dan berharta itu tidak dapat memenuhi kehidupan seperti itu.

Nota: kajian dilakukan Dr Rusinah Siron dan Sabariah Siron (2006)

Oleh Fadzlena Jafar

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

Angkara orang ketiga | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Angkara orang ketiga | Keluarga & Perkawinan | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat| www.e-keluarga.com| www.lppkn.gov.my|  KELUARGA v.2 | Rahsia Keluarga Bahagia | Gambar Keluarga Fasha Sandha | Yayasan Pembangunan Keluarga  | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA
Tiada kata yang terluah untuk menceritakan apa yang dirasa kala menatap gambar muka depan akhbar Utusan Malaysia, Selasa lalu.

Memilukan, sayu dan hiba mengenangkan kematian tragis dua beradik di tangan ibu mereka sendiri.

Puncanya hanya kerana si ibu mengsyaki suaminya ingin berkahwin lagi. Ia belum benar-benar terjadi, bagaimanapun naluri wanita yang tidak ingin berkongsi kasih mengubah keadaan menjadi begitu tragik.

Nyata sekali, tekanan yang dihadapi menjadikan si ibu hilang pertimbangan dan menjerut leher kedua-dua anaknya sehingga mati. Alangkah sedihnya! Masalahnya daripada ibu bapa, anak pula menjadi mangsa.

Kisah yang berlaku di Bayan Lepas, Pulau Pinang itu sepatutnya membuka mata masyarakat khasnya pasangan suami isteri akan pentingnya bertolak ansur dan persefahaman dalam kehidupan rumah tangga.

Kaum lelaki, khasnya para suami perlu mengambil iktibar daripada kejadian menyayat hati ini. Berlaku adil kepada isteri adalah jalan terbaik. Berterus teranglah dan jangan terlalu berahsia dengan si isteri.

Sesuatu perlu dilakukan untuk menghalang kejadian seperti ini daripada berulang. Ibu bapa dan mentua juga perlu memainkan peranan. Tegur ajar anak menantu dengan cara terbaik mampu menghalang perselisihan faham berlanjutan.

Pasangan yang ingin berkahwin perlu ditebalkan dengan pemikiran lebih positif terhadap tanggungjawab untuk berumah tangga, bukan sekadar untuk hidup bersama. Kemurungan isteri perlu dikongsi bersama oleh suami. Bukan melarikan diri.

Trend mencari orang ketiga dalam hidup elok difikirkan sedalam-dalamnya. Jangan terburu-buru. Utamakan hukum Tuhan daripada hukum dunia.

Yang berlaku telah berlaku, takdir Tuhan telah tertulis. Menangis keluar air mata darah sekalipun, tidak akan mengembalikan dua beradik yang tidak berdosa itu.

Secara kebetulan kisah ini tragis ini mengingatkan saya kepada pertemuan dengan seorang wanita yang saya namakan Syida bersama dua anaknya berumur tiga tahun dan setahun lebih di Hentian Putra, Kuala Lumpur ketika menghantar anak perempuan saya pulang ke Terengganu baru-baru ini.

Kisah seorang isteri yang datang ke bandar raya Kuala Lumpur untuk mencari suami yang sudah empat bulan tidak pulang dengan alasan mencari kerja.

Sejam memerhati, melihat dan membuat andaian, saya tertanya-tanya juga, ke manakah suaminya? Masakan membiar isteri dengan anak-anak kecil itu sendirian di stesen bas.

Sebaik bas yang dinaiki anak saya berlalu, saya nekad menghampiri wanita itu yang berusia awal 20-an sambil berpura-pura bertanya hendak ke mana.

“Balik Kota Bharu,” jawabnya lembut dalam loghat Kelantan yang pekat.

Saya menghulur tangan bersalam dan memperkenalkan diri. Kemudian memegang pipi salah seorang anaknya yang ketika itu sedang menangis.

“Suami mana?’’ tanya saya.

Dia mengeleng kepala, merenung wajah saya dengan pandangan penuh makna. Pada matanya saya perhatikan ada air jernih yang mula bertakung.

“Maaf kalau soalan kakak menyinggung perasaan adik,’’ balas saya dengan rasa bersalah setelah mengetahui tujuannya datang ke Kuala Lumpur.

Ketika itu anak-anaknya masih belum berhenti menangis.

“Tak apa kak. Saya tidak ambil hati pun. Saya sudah dua hari kat sini… cari suami yang dah empat bulan tak balik.

“Katanya, datang sini nak cari kerja. Tapi kata kawan-kawannya di kampung dia sudah bernikah lain. Sebab itu dia lari ke sini,’’ kata Syida tenang mengawal kesedihan.

“Ada alamatnya? Di mana tempat kerja dan rumahnya di sini?” tanya saya ingin kepastian.

“Ada alamat yang dia bagi. Tapi apabila saya pergi ke sana, rupanya kedai Cina. Nampak sangat dia menipu. Saya dah tak larat nak cari dia. Duit pun dah habis. Saudara mara pula tidak ada di sini,’’ katanya meluahkan apa yang ingin saya tahu tanpa di minta.

Mendengar kisahnya saya hilang kata-kata. Sayu yang teramat sangat mengenangkan bagaimana isteri-isteri diperlakukan demikian rupa oleh lelaki yang bergelar suami.

Dalam kes Syida ini, saya tidak tahu perkara sebenar tetapi kalau benar apa yang diceritakannya, pada saya amat kejam sekali perbuatan suaminya itu.

Sudah pendek akalkah kaum Adam sekarang? Tidak tahu menghargai isteri dan anak-anak yang dianugerah Allah. Kenapa tidak dijaga dengan baik sehingga ke akhir hayat? Susah sangatkah nak jaga isteri dan anak-anak daripada mencari orang ketiga untuk bertakhta di hati?

Saya tidak terus dibuai perasaan marah ketika itu tetapi lebih memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah Syida yang berada di depan saya ketika itu. Lalu saya bertanya pukul berapa bas yang hendak dinaikinya.

“Pukul 11.00 pagi. Entah sudah sampai ke belum,’’ katanya sambil menghulurkan tiket basnya.

“Adik saya yang belikan tiket itu..,’’ tambahnya seperti tahu saya ingin mengajukan soalan tersebut.

Melihat jam di tangan, baru menghampiri pukul 10.30 pagi, saya mempelawa Syida makan tetapi ditolaknya dengan lembut. Puas dipujuk dia enggan juga. Saya pula tidak mahu memaksa kerana faham mungkin dia malu.

Lalu mereka saya tinggalkan sekejap. Saya kembali dengan membawa air mineral, biskut, roti dan coklat dan menghulurnya kepada Syida. Dia tersenyum dan mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih.

Lima belas minit terakhir saya habiskan dengan bergurau dan berbual dengan Syida. Banyak yang kami bualkan termasuk hal-hal berkaitan rumah tangga dan keluarga. Saya nasihatkan Syida supaya bersabar dan berdoa agar satu hari nanti suaminya akan kembali ke pangkuannya.

Pertemuan sejam itu cukup berharga buat saya. Terasa kami macam sudah lama kenal.

“Terima kasih kak kerana sudi menunggu dan berbual dengan saya..,terima kasih banyak-banyak!’’ kata Syida sebaik pengumuman bas yang hendak dinaikinya tiba di platform berkumandang.

Saya tidak sanggup lagi menentang anak matanya yang suram. Manik-manik putih mula menitis di pipinya dengan kedua-dua anaknya erat dalam dakapan.

Setelah memastikan beg yang dibawa dimasukkan, saya mengiringi Syida ke pintu bas. Sebelum berpisah, kami bersalaman. Saya menyelitkan buah tangan untuk Syida dan anak-anak.

Syida berusaha menolak tetapi saya katakan kepadanya, itu rezeki anak- anak.., ambillah!

Dia tersenyum dan membimbing anak-anaknya menaiki bas. Saya juga tidak lupa menitipkan pesanan kepada pemandu bas supaya melihat ketiga-tiga beranak itu. Apabila pemandu bertanya sama ada Syida saudara saya, saya tersenyum dan mengangguk.

Sebaik bas dinaiki Syida dan anak- anaknya berlalu, saya masih terpaku disini untuk beberapa saat. Apakah nasib mereka selepas ini?

Hentian Putra saya tinggalkan dengan satu keinsafan! Hidup ini sesungguhnya satu perjalanan yang sukar dan penuh ujian.

Ujian itulah juga yang dilalui oleh dua wanita yang kisahnya saya sentuh minggu ini. Pencarian dua isteri untuk mendapatkan kepastian tentang kesetiaan dan ketelusan hati seorang suami gara-gara ‘angkara orang ketiga.’

Serta merta saya teringatkan Syida dan anak-anaknya. Apa khabar mereka sekarang?

Hingga saat ini masih terbayang-bayang lambaian dan wajah Syida dan anak-anaknya di sebalik cermin bas.

Makin lama makin jelas. Begitu juga wajah jenazah dua beradik Muhammad Aliff Haqimi dan Muhammad Aliff Hazmi yang kini telah sempurna disemadikan untuk satu lena yang panjang di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Batu Maung, Pulau Pinang.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka! Al-Fatihah.

Salam.

- NORMALA HAMZAH (kaknor@utusan.com.my)

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

Lelaki malu perkenalkan isteri | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

Lelaki malu perkenalkan isteri | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance
“ISTERIKU bau bawang. Malulah nak bawa. Lagipun, mana orang rumah aku itu tahu hendak bersosial macam ini. Balik nanti, mesti dia bersungut dan ada saja yang tidak kena. Sebab itulah aku lebih suka bawa Tina untuk temankan aku,” bisik seorang lelaki kepada rakannya ketika menghadiri satu majlis sosial.

Aduh! Seandainya kata-kata suami itu didengari isteri, pasti hancur luluh hatinya mendengarnya. Tergamak seorang lelaki bergelar suami mengeluarkan kata-kata seumpama itu kerana ia tidak ubah melontar lembing beracun dan menusuk tepat ke jantung isterinya.

Apapun, memang ada lelaki bersikap seperti itu yang lebih suka mengagungkan dan membawa teman wanitanya ke hulur ke hilir serta bangga ‘menayangkannya’ kepada teman lain. Peliknya, tiada sekelumit perasaan bersalah dalam diri lelaki sebegitu.

Sedangkan, isterinya yang tidak tahu apa-apa cerita dan percaya bulat-bulat kepada suami, ‘disorok’ dalam rumah untuk menjadi penunggu setia. Pada teman, si suami memberikan alasan isterinya tidak suka hendak menemaninya kerana majlis dihadiri lebih ramai rakan pejabat yang tidak dikenalinya.

Alangkah kasihan nasib si isteri kerana sedang suami seronok dan ‘tenggelam’ dalam keasyikan dengan sentuhan belaian wanita lain, dirinya pula terpaksa bersengkang mata atau sibuk menguruskan anak sementara menunggu kepulangan suami tercinta.

Bagaimanapun, persoalan isteri tidak boleh menyesuaikan diri dengan majlis dihadiri suami mungkin sekadar dijadikan alasan. Realitinya, memang ada suami malu dan tidak begitu suka hendak memperkenalkan isteri kepada rakannya, sebaliknya berasa megah ditemani wanita lain. Lebih-lebih lagi, jika yang dikepit masih anak dara dan jauh lebih cantik serta muda daripada isterinya.

Bagi suami yang berperangai begini barangkali mereka ada alasan lain dan tersendiri untuk berbuat demikian, misalnya ingin bebas, tidak mahu diri terkongkong, sudah jemu dengan isteri dan ada pula yang berasakan isteri sudah tidak padan dan sesuai lagi berjalan beriringan dengannya.

Penceramah bebas, Mohd Noor Mohd Yusofe atau lebih dikenali Yusnor Ef, berkata memang ada segelintir suami yang bersikap sedemikian dan tidak pernah hendak mempedulikan perasaan isteri walaupun menyedari perbuatan dilakukan salah.

Beliau berkata, lelaki yang lebih gemar membawa teman wanita menemaninya ke mana saja berbanding isteri, bukan saja tidak menghormati pasangan, tetapi seolah-olah meletakkan wanita dikahwininya itu sebagai kelas kedua. Walhal, sebelum mendirikan rumah tangga kedua-duanya bagaikan belangkas ke mana-mana saja dan seakan langsung tidak boleh berpisah.

“Mengapa boleh jadi begini? Suami dan isteri sepatutnya memerlukan antara satu sama lain, tidak kira senang atau susah mahupun dulu atau kini. Jika masing-masing sudah meletakkan kepentingan diri sendiri, sudah tentu jalannya tidak betul lagi.

“Dalam rumah tangga apabila sudah diijabkabulkan, suami dan isteri mestilah tahu memainkan peranan masing-masing. Walau bergaduh suami isteri sekalipun, janganlah melakukan perkara di luar batas agama dan menyalahi tata susila budaya,” katanya.

Yusnor turut menyelar sikap suami yang malu membawa isteri kerana berpendapat wanita yang dikahwininya itu tidak pandai menyesuaikan diri atau tidak cocok jalan bersama untuk diajak ke sesuatu majlis.

Katanya, mengapa hanya selepas berkahwin perkara seumpama itu menjadi satu masalah besar sedangkan ketika manis bercinta, semua itu tidak pernah diambil berat.

“Suami tidak boleh cepat lupa diri terutama apabila hidup sudah senang berbanding ketika baru berkahwin dulu. Sepatutnya, jika isteri tidak pandai atau tidak tahu, suamilah yang kena memberi tunjuk ajar dan bukan mengenepikannya. Jika susah boleh bersama dan biarlah ketika senang, masih tetap bersama.

“Selain itu, mengapa sekarang baru sedar isteri itu tidak sesuai dijadikan pasangan hidup. Walau sekalipun, pasangan hidup itu pilihan ibu bapa dan dulunya tidak bersetuju, lelaki berkenaan mesti akur wanita itu sudah menjadi isterinya dan ada anak hasil perkahwinan itu. Jadi, dia kenalah terima isteri itu seadanya,” katanya.

Bagaimanapun, Yusnor turut menasihatkan isteri supaya mencari kelemahan diri sendiri supaya kasih sayang dan kemesraan yang pernah wujud dengan suami tidak padam atau berubah. Kes suami yang membawa haluan sendiri mungkin juga berlaku berpunca daripada kesilapan dan kelemahan isteri seperti tidak pandai mengambil hati, mementingkan diri sendiri dan sebagainya.

Bagi wanita yang suka berdamping dengan lelaki yang sudah bergelar suami orang, beliau berpesan supaya menjauhkan diri daripada menjalinkan perhubungan seperti itu kerana perbuatan dilakukan tidak wajar apatah jika sehingga menghancurkan rumah tangga orang lain.

“Wanita jika sudah tahu lelaki itu hak orang, buat apalah hendak meneruskan perhubungan itu kerana nanti dirinya boleh dituduh sebagai perosak. Lagipun, lelaki ini macam ayam, pantang saja dicucuk jika keimanan dan agama tidak kuat mulalah terpikat. Jadi, wanita itu kena juga fikir nasibnya pada masa akan datang, lebih-lebih lagi dirinya tiada ikatan apa-apa dengan lelaki itu berbanding isterinya,” katanya.

Selain soal hati dan perasaan, Yusnor berkata, ada pasangan suami isteri yang kononnya mengamalkan sikap keterbukaan dan berfikiran moden dalam melayari bahtera rumah tangga. Justeru, ada suami atau isteri sememangnya tidak kisah jika pasangan masing-masing ditemani orang lain apabila berada di luar rumah.

Katanya, walaupun pasangan suami isteri berkenaan boleh menerima cara hidup bersosial seperti itu, hakikatnya konsep dan falsafah yang dipegang itu, tidak sesuai untuk dijadikan amalan masyarakat di negara ini. Bagi umat Islam pula, sudah tentu perkara itu dilarang sama sekali agama.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

23 February 2007

Panduan kulit kekal berseri | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA

Panduan kulit kekal berseri  | Lubuk Petua Warisan | Petua.org | Galeri Petua | Petua Kecantikan | Petua Suami Isteri | Petua awet muda | PetuaMelayu.Com - Petua Melayu, Malaysia Natural Herbs and Malay Tips | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA
SIAPA yang tidak inginkan kulit yang sentiasa kelihatan muda dan cantik? Ada beberapa kaedah yang boleh dijadikan panduan untuk membantu anda mendapatkan kulit diingini. Antaranya:

> Melindungi kulit daripada matahari cukup penting kerana ia membantu mencegah masalah penuaan kulit. Penggunaan bahan pelindung kulit sekurang-kurangnya bahan mengandungi SPF 15 berserta pemakaian topi atau kaca mata pelindung cahaya matahari boleh membantu mengurangkan masalah penuaan kulit.

> Elakkan merokok kerana kulit boleh terjejas akibat karbon monoksida dan nikotin dalam sistem peredaran darah sekali gus menghalang tisu kulit daripada memperoleh oksigen dan khasiat penting diperlukan.

> Rajin bersenam kerana ia membantu meningkatkan penampilan, membina keyakinan, membentuk tubuh dan melambatkan proses penuaan. Senaman juga membantu mengekalkan peredaran darah yang baik, menenangkan saraf dan membolehkan anda tidur lebih lena.

> Air cukup penting untuk mengekalkan kelembapan pada kulit malah kekurangan air daripada kulit salah satu punca kulit berkedut.

Seseorang yang memiliki gaya hidup sederhana memerlukan enam hingga lapan gelas air jernih dan bersih setiap hari tetapi cuaca panas serta senaman memerlukan seseorang meningkatkan pengambilan jumlah air.

Harus diingat, air seperti teh, kopi dan jus tidak dapat menggantikan fungsi air masak yang jernih ini.

> Pengambilan makanan juga harus seimbang di samping meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Makanan disertai vitamin C misalnya cukup elok untuk membantu membina kolagen dalam tubuh. Vitamin B juga penting kerana ia membantu mempercepatkan luka sembuh serta mencegah kulit kering, berkeping dan berminyak.

Vitamin A dalam sayuran hijau, buah-buahan dan telur membantu mencegah kedutan pramatang manakala vitamin D dalam susu membantu menangani petanda psoriasis.

> Bayangkan jika anda sering mengerutkan dahi atau muncung sepanjang hari, wajah lebih mudah membentuk garisan halus dan kedutan pada mata hinggalah ke bahagian mulut. Justeru, usah lupa tersenyum kerana ia baik untuk penampilan riak wajah yang menarik malah mungkin membantu anda kelihatan lebih muda.
Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

Haruan Makan Anak | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Haruan Makan Anak | Keluarga & Perkawinan | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat| www.e-keluarga.com| www.lppkn.gov.my|  KELUARGA v.2 | Rahsia Keluarga Bahagia | Gambar Keluarga Fasha Sandha | Yayasan Pembangunan Keluarga  | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA
Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun.

Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu.

Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri. Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.

Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih), ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ’sebiji’ (sama) dengan ibu.

Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.

Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.

Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Dia pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun.

Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya, sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.

Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam di rumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal
menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar, kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain, tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.

Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

Kerjaya bukan alasan lepas tangan urus keluarga | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Kerjaya bukan alasan lepas tangan urus keluarga | Keluarga & Perkawinan | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat| www.e-keluarga.com| www.lppkn.gov.my|  KELUARGA v.2 | Rahsia Keluarga Bahagia | Gambar Keluarga Fasha Sandha | Yayasan Pembangunan Keluarga  | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA
ISLAM sejak mula sudah menetapkan hak serta peranan wanita dalam membangunkan kekuatan masyarakat dan negara berganding bersama kaum lelaki. Bagaimanapun, masih ada pihak meletakkan wanita sebagai golongan lemah yang sekadar sesuai melakukan tugas di rumah.

Pandangan negatif itu cuba menyekat kebebasan wanita dalam bidang pekerjaan dan ia berpunca daripada kesilapan interpretasi serta gambaran salah umat Islam sendiri.

Tambah mengusutkan fikiran apabila orientalis Barat menyebar fahaman buruk mengenai Islam, terutama mengenai layanan terhadap wanita.

Sebenarnya tidak ada ayat al-Quran dan hadis yang melarang wanita bekerja kerana sesungguhnya Allah tidak menyekat kebebasan hamba-Nya daripada melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga.

Sesuatu yang dilakukan mendatangkan kebaikan adalah suruhan Allah yang tidak dibezakan antara lelaki dan wanita. Perbuatan dikira baik untuk lelaki, baik juga untuk wanita, begitulah sebaliknya.

Sesungguhnya Allah memberi pembalasan bergantung kepada apa yang dilakukan, tidak kira lelaki atau wanita. Oleh itu, dalam keadaan darurat atau tidak ada sumber untuk membiayai keperluan hidup, adalah wajib wanita bekerja untuk mendapat rezeki yang halal.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.” (Surah an-Nisa, ayat 124)

Perkara yang perlu ditekankan di sini, tidak berlaku perkara ditegah dalam pekerjaan dan ini bukan hanya dihadkan kepada wanita bekerja saja kerana lelaki turut terdedah melakukan perbuatan tidak baik ketika bekerja.

Hakikatnya, golongan wanita kini tidak lagi berada di bawah kongkongan lelaki. Dalam apa jua keadaan, Islam tidak meletakkan sebarang perbezaan hak terhadap wanita semata-mata untuk menjaga kepentingan lelaki.

Wanita menikmati kebebasan melakukan apa yang memberi kebaikan kepada diri dan keluarga, namun kehidupan beragama dan berbudaya masih lagi dipegang sebagai asas batasan kebebasan.

Secara amalannya, wanita bergelar isteri berada di bawah pimpinan suami dan segala berkaitan hidup berumahtangga ditentukan oleh suami. Tetapi, suami biasanya memberi isteri membuat pilihan khususnya dalam soal kerjaya.

Kebebasan ini tidak seharusnya disalahgunakan oleh isteri kerana hakikatnya, isteri masih berada dalam penguasaan suami. Hiraki dalam hidup berkeluarga masih perlu dipatuhi untuk menjamin kebahagiaan hidup berumahtangga.

Biarpun, wanita mempunyai kedudukan tinggi dalam kerjaya atau masyarakat, dia tetap berada di bawah pimpinan suami, biarpun suaminya insan biasa. Taraf hubungan suami isteri tidak mengikut kedudukan di luar lingkungan keluarga.

Dalam mana-mana masyarakat dan agama sekalipun, lelaki ditetapkan sebagai ketua atau pemimpin kerana kelebihan yang dimiliki dari segi kekuatan fizikal, mental dan emosi.

Allah menjelaskan kedudukan lelaki sebagai ketua keluarga dalam firma-Nya bermaksud: “Lelaki itu pemimpin wanita.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Mempunyai kerjaya dan sibuk di luar rumah bukan alasan untuk wanita lepas tangan urusan rumah tangga. Tugas hakiki sebagai isteri dan ibu mesti dilaksanakan serta diutamakan setiap masa.

Majoriti wanita sekarang berkerjaya. Pandangan mengatakan wanita tidak perlu bekerja tidak lagi sesuai dipakai.

Sesiapa yang mempunyai kemahiran dan kelulusan berkaitan bidang pekerjaan yang dipohon, peluang sama banyak untuk lelaki dan wanita mendapatnya. Sedikit keterbatasan bagi wanita mungkin hanya berkaitan persekitaran tempat kerja.

Konflik yang timbul bagi ibu bekerja ialah masalah menjaga anak. Dalam keluarga tradisional, suami keluar bekerja sedangkan isteri mengurus rumah tangga dan menjaga anak.

Cabaran ibu bekerja hari ini, terpaksa memikul tanggungjawab rumah tangga dan kerjaya selain berhadapan dengan perubahan gaya hidup hari ini seperti keluar awal bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Justeru, wanita perlu bijak menjalankan tanggungjawab kerana status sebagai isteri dan ibu tidak memungkinkan mereka mengelak daripada melakukan tugas rumah tangga.

Berikan sedikit masa emas kepada anak kerana biarpun sesibuk mana, masih ada peluang untuk ibu menunjukkan kasih sayang dan perhatian kepada anak. Kasih sayang ibu bapa adalah pemberian utama kepada anak.

Gunakan peluang bersama anak seperti pada waktu sarapan pagi, makan malam, dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, masa istirahat dan sebagainya untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Interaksi biarpun sekejap, dapat menjalin perasaan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Mereka akan mudah memahami apa yang dilakukan oleh ibu bapa dan menerimanya dengan hati terbuka.

Amalan mencium dan bersalam dengan anak sebelum keluar rumah juga satu cara berkesan mengikat kasih sayang. Biarpun ia agak mudah, kesan di sebaliknya amat mendalam.

Bekerja gigih itu baik, tetapi jangan berlebihan sehingga mengabaikan keluarga. Ibu perlu mengehadkan masa berkerja, kecuali ia terlalu penting dilakukan pada luas batas waktu kerja biasa.

Ibu yang baik sentiasa mencari masa untuk bersama dengan anak dan bukannya menjauhkan diri daripada tanggungjawab sebagai ibu. Ibu yang baik rela berkorban demi anak melebihi apa yang dilakukan untuk dirinya sendiri.

Sesiapa yang menganggap anak mengganggu ketenangan dan memberikan tekanan, sebenarnya dalam dirinya masih belum wujud perasaan keibuan.

Inilah punca sesetengah suami isteri merancang mengelak mendapat anak pada awal perkahwinan kerana bagi mereka, kehadiran anak dalam keluarga akan mengganggu tumpuan kepada kerjaya dan menyekat kebebasan.

Oleh Lokman Ismail

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

Persetubuhan Suami Isteri Cara Islam | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Persetubuhan Suami Isteri Cara Islam | Oral Seks & Hukumnya | Seks Video | Hubungan Seks | YouTube-seks |  Rahsia Seks | 3GP Melayu | Seks Hebat |Rahsia-rahsia seks | Seks Melayu Malaysia | Diranjang.com | Seks Bomba | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
Hampir sebahagian besar organ-organ manusia mempunyai deria rasa yang amat sensitif bagi lelaki dan wanita untuk menaikan nafsu syahwat masing-masing seperti gesel-geseran badan, raba dibahagian paha, punggung, buah dada, puting susu, leher, telinga, kening, kaki, betis dan hampir seluruh tempat-tempat lain dibadan.

Bila dua insan lelaki dan wanita bersentuhan, maka secara spontan, mengikut fitrah alam semulajadi, makan keghairahan segera akan timbul.

Bila kemuncak keghairahan, dimana zakar telah tegang sepenuhnya dan si wanita telah bersedia dengan keghairahannya dan setelah dipersetujui makan zakar dimasukkan ke dalam faraj secara pelahan-lahan dan cermat agar tidak menimbulkan kesakitan pada
wanita.

Sekiranya faraj wanita kekeringan, maka gunakan sedikit air liur, disapu pada kepala zakar dan dimasukkan pelahan-lahan dan sopan. Jika persetubuhan memuncak, dinding-dinding otot-otot faraj dan rahim wanita akan berkembang dan mengucup sewaktu zakar berada didalam faraj.

Sebaik mungkin sewaktu melakukan hubungan seksual, pihak suami harus menarik dan menusuk zakar berulang-ulang kali sehingga si-isteri merasa puas dalam persetubuhan. Pastikan juga geseran zakar anda sewaktu tarik masuk zakar itu harus terkena pada klitoris. Ini akan memberi keghairahan yang memuncak dipihak wanita.

Jika anda tidak gopoh dan tidak gelujoh dalam persetubuhan, anda berdua akan merasakan suatu nikmat persetubuhan yang tidak terhingga yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada ummatnya.

Ingat ! Persetubuhan yang gopoh-gapah, gelojoh pasti akan kecewa kerana air mani akan cepat terpancut – pramasa. Ia akan mengecewakan anda dan juga pasangan anda. Tidak mustahil keretakan rumah-tangga juga disebabkan oleh tidak puasnya seks
diatas ranjang.

Hubungan Seksual

Dalam kajian kami selama 25 tahun ( 1975 – 2001 ) kami dapati ramai dikalangan suami isteri, boleh dikatakan tidak pandai berasmara atau lebih tepat dikatakan ‘Jahil Seks’. Antaranya ialah:

Kesalahan dipihak Lelaki – Suami

· Bersetubuh bukan pada waktu subur

· Suami terlampau cepat pancut airmani /pramasa

· Suami terlampau gelujoh ( gopoh-papah)

· Kurang Bersetubuh ( Malas )

· Melakukan teknik persetubuhan yang salah

· Berputus Asa

Kesalahan di pihak Wanita – Isteri

· Pasif – Malas buat seks

· Frigiditi – Kurang Nafsu Seks

· Tidak ada mood

· Tidak pandai menggoda suami

· Asyik bertengkar dengan suami (nafsu akan padam)

· Faraj / vagina tidak bersih, berbau ( hilang nafsu seks suami)

· Terlampau banyak keputihan atau cairan

· Faraj longgar dan tidak sedap ( tidak ada cengkaman)


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

22 February 2007

Banyak aktiviti bebankan anak | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Banyak aktiviti bebankan anak | Anak - Freddie Aguilar | Anak Rangkuman | Anak (song) | Rahsia Anak Dara | Nama-nama Islam | Nama-nama Anak | Nama Bayi Indonesia | Nama Bayi Jawa | Himpunan Nama-nama Pilihan | Nama-nama Bayi | Himpunan Nama Nama Indah Dalam Islam | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA
PULANG dari sekolah, berderet-deret aktiviti menanti. Belum pun sempat nasi hadam dengan sempurna, berkejar-kejar pula ke kelas tuisyen sebelum ke kelas piano, karate, renang, tarian dan pelbagai lagi.

Bukan sesuatu yang mustahil apabila kanak-kanak bakal terjebak dalam masalah kemurungan akibat tekanan berikutan jadual seharian yang begitu padat dengan aktiviti atau program berstruktur.

Pakar psikiatri kanak-kanak, Alvin Rosenfeld, yang juga penulis buku ‘The Over-Scheduled Child: Avoiding the Hyper-Parenting Trap’, percaya ibu bapa yang mengatur terlalu banyak aktiviti luar kurikulum dalam jadual seharian anak ialah satu masalah yang kian berleluasa.


“Ibu bapa rasa mereka bukan ibu bapa yang baik jika anak-anak tidak menyertai semua aktiviti sedangkan hakikatnya, kanak-kanak rasa tertekan untuk mencapai sesuatu dan bersaing,” katanya.

Pakar kanak-kanak, AndrĂ©e Aelion Brooks, yang juga penulis ‘Children of Fast-Track Parents’ menemu bual 80 ahli profesional kesihatan mental selain 60 ibu bapa dan 100 kanak-kanak.



Hasilnya, dia mendapati kanak-kanak yang didedahkan kepada aktiviti luar kurikulum pada usia terlalu muda bukanlah satu cara yang baik. Sesetengah kanak-kanak berkenaan tidak dapat berfungsi dengan baik memandangkan terpaksa memikul banyak tanggungjawab dan boleh menyebabkan masalah tekanan.

Begitu banyak peluang untuk kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti kini terutama di kalangan mereka yang tinggal di bandar. Namun, kanak-kanak juga perlukan waktu untuk mendalami setiap aktiviti bukannya menyertai segala macam aktiviti tanpa memahami apa yang disertai.

“Kebanyakan kanak-kanak hari ini seolah-olah tidak punya masa hendak bernafas. Sesetengah ibu bapa memikirkan anak mereka akan membesar dan mengingati segala aktiviti menarik yang mereka sertai.

“Hakikatnya, kanak-kanak itu akan mengingati betapa letihnya mereka dan bagaimana ibu bapa mereka asyik menjerit atau mengarahkan mereka supaya bersedia untuk aktiviti seterusnya,” kata ahli terapi dan profesor di Universiti Pepperdine, California, Melanie Coughlin.

Tekanan tidak semestinya sesuatu yang kurang baik. Dr Hans Selve, seorang penyelidik perintis mengenai tekanan, percaya kadar tekanan yang sederhana baik untuk diri seseorang.

Dia menggambarkan dua jenis tekanan iaitu tekanan yang menggembirakan dan menyusahkan. Tekanan menggembirakan berlaku apabila seseorang berdepan cabaran biasa dalam hidupnya. Kanak-kanak yang gemarkan bola sepak misalnya, mungkin menunjukkan kemampuan lebih baik akibat tekanan yang berkait dengan latihan dan permainan.

Tekanan yang menyusahkan pula berlaku apabila seseorang itu berasa seolah-olah ‘tenggelam’. Kanak-kanak yang cemerlang dalam permainan bola sepak mungkin rasa tertekan apabila pada masa sama terbabit dalam empat atau lima aktiviti lain.

Bukan saja kanak-kanak yang memiliki aktiviti seharian berlebihan membuatkan mereka cenderung menghadapi tekanan, mereka juga sering terlepas menikmati pengalaman di zaman kanak-kanak.Contohnya:

>Waktu untuk bermain secara semula jadi dan kreatif.

Permainan yang tidak diatur membolehkan kanak-kanak meneruskan minat mereka, melahirkan personaliti dan belajar mengatur masa sendiri.

Bermain ialah kaedah semula jadi pembelajaran untuk kanak-kanak tetapi apabila hidup mereka dikuasai aktiviti yang diaturkan orang dewasa, mungkin kurang waktu untuk mereka menjadi diri mereka sebenar.

>Hubungan kekeluargaan.

Kanak-kanak perlukan waktu bersama ibu bapa iaitu waktu untuk berehat, berbual, membaca, bermain atau sekadar berada di sisi mereka. Keluarga yang terlalu sibuk dengan aktiviti luar kurikulum ini mempunyai peluang yang sedikit untuk menikmati pengalaman yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan ini.

>Potensi diri.

Kanak-kanak perlukan waktu untuk membaca, menulis, berfikir, berangan, melukis dan seumpamanya untuk meneroka minat masing-masing. Aktiviti sedemikian menggalakkan mereka menyedari potensi diri dan minat sebenar.

Tiada ibu bapa yang mahu anak mereka rasa tertekan. Kebanyakannya punya niat baik apabila mahu anak menyertai pelbagai aktiviti. Mereka mungkin mahukan anak masing-masing gembira cuma cara sedemikian mungkin kurang bersesuaian.

Pakar kanak-kanak menganggap aktiviti luar kurikulum boleh menjadi pendorong positif pada kehidupan kanak-kanak tetapi mereka juga tidak bersetuju dengan pelbagai aktiviti yang boleh mendatangkan risiko. Paling penting ialah keseimbangan.

“Ibu bapa perlu berehat dan tidak terkejar-kejar. Mengatur aktiviti untuk anak-anak memang elok tetapi usah keterlaluan. Kajian menunjukkan apa yang paling diperlukan kanak-kanak ialah hubungan misalnya hubungan kekeluargaan bukannya pelbagai aktiviti memenatkan,” kata Rosenfeld.

Susunan Rahayu Mohd Salleh

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


21 February 2007

NICOLE KIDMAN AND KEITH URBAN Wedding | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

NICOLE KIDMAN AND KEITH URBAN WeddingNICOLE KIDMAN AND KEITH URBAN

Movie actress Nicole Kidman and country singing star Keith Urban were married late in the afternoon of June 25, 2006, Australian eastern standard time, in the beachside Sydney suburb of Manly.

The couple were married in a traditional Catholic ceremony in the gothic-style sandstone Cardinal Cerretti Chapel on the grounds of the former St Patrick's Seminary.

It was the second wedding for Nicole Kidman. Her adopted children with former husband Tom Cruise attended the wedding with daughter Isabella, 13, acting as bridesmaid and son Connor, 11, usher.

Sydney newspapers said about 230 family and friends including Naomi Watts, Hugh Jackman with his wife Deborra-Lee Furness, director Baz Luhrmann, Russell Crowe, News Corporation chairman and chief executive Rupert Murdoch and his wife Wendi Deng, and Lachlan and Sarah Murdoch attended the service which was presided over by Father Paul Coleman, a long-time Kidman family friend.

Hugh Jackman sang Peter Allen's Tenterfield Saddler, Neil Finn sang the Crowded House song Fall at Your Feet, while Urban himself serenaded Kidman with one of his own songs, Making Memories of Us, which ends with the lyrics:

And I'm gonna love you like nobody loves you
And I'll earn your trust makin' memories of us.

The pealing of wedding bells at 6.25pm signalled the couple had become husband and wife.

The couple issued an official portrait, along with a brief statement: "We just want to thank everyone in Australia and around the world who have sent us their warm wishes."

The couple honeymooned in Tahiti.

article from GOAUSTRALIA



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Petua Tradisi Melayu | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA

Kudis Di Kepala
Jika anak kecil dijangkiti kudis di kepala, ambil sedikit kunyit hidup dan tumbuk tetapi jangan terlalu lumat. Ambil perahan air kunyit tadi dan campurkan dengan sedikit kapur sireh. Gaul sehingga sebati. Letakkan pada kudis tersebut. InsyAllah, masalah kudis dapat di atasi.

Kempiskan Perut
Ambil segenggam pucuk jambu batu lalu di cuci bersih. Kemudian tumbuk lumat. Campurkan dengan sedikit kapur sireh, sapukan pada perut ketika hndak tidur. Balut dengan kain bagi mengelakkan terkena pakaian. Lakukan setiap malam dan lihatlah hasilnya.

Awet Muda
Caranya cukup mudah tetapi hasilnya cukup hebat. Ambil sebatang lobak merah kemudian kisar halus. Campurkan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau rata. Sapukan ramuan ini ke wajah. Biarkan semalaman dan cucikan dengan air suam. Selamat mencuba.

Hilangkan Asap Rokok
Asap rokok yang memenuhi ruang agak merimaskan. Untuk menghilangkan bau rokok di bilik atau di ruang tertentu, nyalakan lima batang lilin. Letakkan di beberapa sudut seperti atas meja dan di sudut-sudut tertentu. Dalam masa beberapa minit, ruang bilik menjadi bersih dan asap rokok lesap dengan cepatnya. Dengan itu, keadaan menjadi pulih kemblai dan penghuninya tidak terbatuk-batuk lagi.

Elak Kulit Melecur
Jika tangan anda atau mana-mana bahagian badan terkena minyak ataupun air panas, sapukan kicap pada bahagian tersebut. Tunggu sehingga kering dalam beberapa minit. InsyaAllah kesan terkena itu akan mengelupas tanpa kulit anda melecur.

Penawar Kencing Tidak Lawas
Jika anda pernah menghadapi masalah kencing tidak lawas, sudah tentu amat menyeksakan. Untuk menghilangkan sakit itu, anda hanya perlu merebus sedikit biji barli sehingga kembang dan diminum airnya. InsyaAllah, rasa sakit yang dihidapi akan sembuh. Ia juga dapat menyejukkan badan.

Untuk Kulit Tegang Tetapi Lembut
Goreng beras pulut hitam sehingga setiap biji beras itu pecah dan menjadi putih. Sejukkan beras pulut yang digoreng tadi . kemudian kisar hingga halus. Untuk setiap kali penggunaan, ambil sedikit beras yang dikisar dan campurkan dengan air suam dan sedikit perahan limau nipis. Jadikan seperti skrub dan sapukan ke wajah setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah berkesan.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank
 
Copyright © 2014 RP. Designed by OddThemes