Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com

Apa itu selaput dara?

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut.

Rahsia di sebalik air sembahyang

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

Ibarat kisah fantasi yang sering dibayangkan dalam novel cinta, begitulah gambaran kemeriahan majlis persandingan penyanyi terkenal, Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Melangkah anggun dengan persalinan kebaya moden putih, Badarsila dipetik daripada judul lagu popularnya rekaan Radzuan Radziwill ke Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), senyuman dan debaran mengiringi langkah pasangan pengantin baru itu untuk upacara bersanding.
CahayaBiru.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 25 January 2007 0 comments

Kasih sayang | Rahsia , Al-Islam, Ceramah information about ISLAM

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Kasihanilah mereka yang berada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kasih sayang sifat terpuji yang digalakkan bagi setiap individu Muslim kerana belaian dan layanan mesra akan melahirkan suasana harmoni serta tenang dalam kehidupan. Islam menekankan pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan.

Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

Ucapan dan kata-kata menggunakan perkataan bersopan

Melalui sentuhan lemah lembut

Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

Apabila ditinjau kehidupan masyarakat hari ini, ternyata punca perpecahan kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

uami poligami kena bijak jaga perasaan madu | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance
BAGAIMANA mengubat hati apabila suami menceritakan kebaikan madu dan hubungan intim mereka. Saya berasa berkecil hati tapi saya pendamkan saja. Bolehkah berikan sedikit nasihat dan tips memujuk hati sendiri dan melancarkan kembali keintiman hubungan dengan suami?

Isteri terkilan
Lumut, Perak

————-

SOALAN yang ditanya bukan untuk suami mengamalkan poligami tetapi bagaimana berhadapan dengan kerenah suami berpoligami yang menceritakan kebaikan madu dan hubungan intim mereka.

Saya jangkakan hati puan memang sudah terluka kali pertamanya apabila suami berkahwin lain. Hati yang luka tadi tambah dilukai apabila suami tergamak menceritakan mengenai madu puan.

Ada yang perlu puan lakukan dan ada pula yang suami perlu lakukan.

Pada pihak puan, bersabar dan meredai suami berkahwin lain adalah jalan yang terbaik.

Anggaplah ia telah ditakdirkan dan pasti ada hikmah yang besar jika tidak sekarang, dan di kemudian hari.

Mengubat hati yang dikecewakan dengan memperbanyakkan sabar dan mengerjakan solat adalah formula terbaik untuk mencari ketenangan hidup dan kesejahteraan hati.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Amat menghairankan seorang Muslim itu, apabila diberi nikmat dia syukur, apabila ditimpa musibah dia sabar. Maka kedua-dua keadaan berkenaan memberi kebaikan kepadanya.”

Di pihak suami puan pula, beliau harus mempelajari hukum, adab dan akhlak orang yang berpoligami.

Mengikut hukum, beliau wajib bersikap adil dari segi agihan masa, sara hidup dan keperluan (bergantung kepada saiz keluarga).

Dari segi kasih sayang dan kecenderungan, tidak ada hukum syarak yang mewajibkan seorang suami cenderung sama rata terhadap isteri dari segi perasaan.

Namun dari segi tindakan dia tidak wajar melebihkan seorang daripada yang lain, apatah lagi memberi perhatian yang berlebihan. Inilah yang dikatakan adil terhadap isteri-isteri bagi suami yang berpoligami.

Berkaitan adab pula, suami tidak harus menceritakan kelebihan isterinya di hadapan isteri yang lain kerana ini akan menyebabkan timbulnya perasaan kecil hati.

Ini terutama sekali jika kelebihan itu adalah anugerah Allah SWT seperti kecantikan paras rupa dan kelebihan fizikal yang tertentu.

Namun jika si suami menceritakan sesuatu yang positif seperti isterinya kuat beribadat, rajin menuntut ilmu dan ringan tulang membantu jiran, maka anggaplah ini sebagai dorongan untuk berlumba-lumba ke arah kebajikan.

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Tidak diharuskan iri hati sesama Muslim kecuali dalam dua perkara, seorang Muslim yang diberi harta lalu dia berbelanja pada jalan Allah dan kedua seorang Muslim yang diberi ilmu lalu dia memanfaatkan untuk ummah.”

Jika suami puan menceritakan perkara positif seperti ini, katakanlah puan amat setuju dan berdoa serta berusaha untuk mencontohi beliau.

Tetapi jika pujiannya adalah terhadap aspek fizikal seperti paras rupa, puan wajar menasihatinya supaya menghentikannya.

Sebagaimana puan menghormati dan menjaga perasaan isterinya yang satu lagi, puan juga harus menuntut suami supaya menjaga dan menghormati perasaan puan.

Suami perlu ingat tidak wajar menceritakan hubungan intim dengan isteri meskipun terhadap isterinya yang lain.

Terdapat amaran tegas dari Rasulullah SAW dalam hal ini melalui firman Baginda yang bermaksud: “Seburuk-buruk lelaki ialah dia menggauli isterinya kemudian menceritakan kepada orang lain.”

Ini bermakna urusan dalaman rumah tangga adalah rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain termasuklah isteri jika dia beristeri lebih dari seorang.

Hukum adat telah sama-sama kita maklumi. Pepatah Melayu mengatakan ’sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi’.

Suami puan telah mendapat isteri yang baru. Maklumlah orang baru, lebih cantik dan lebih segar pada pandangan mata. Namun kecantikan bukanlah ukuran sebenar yang membahagiakan seorang suami.

Nasihat saya kepada diri dan kepada semua marilah kita memberi tumpuan kepada usaha mendandan hati kita supaya sentiasa cantik dan berseri. Hati yang bersih akan menyerlah pada wajah.

Tanyakan pada orang yang berpengalaman, di manakah letaknya kecantikan, percayalah mereka akan mengatakan kecantikan itu datangnya dari hati yang sejahtera.

Dalam pada itu, puan juga harus melihat apa sebenarnya yang tersirat di sebalik kata-kata suami puan itu?

Mungkinkah dia ingin puan lebih ‘intim’ dengannya? Mungkin selama ini saranan secara tidak langsung diutarakan kepada puan mengenai perlunya meningkatkan hubungan intim tidak diterima atau disedari puan.

Saya tidaklah menyalahkan puan, tetapi apa salahnya puan membaca buku yang memberi panduan bagaimana menyemarakkan hubungan suami isteri.

Jawapan disediakan Dr Hafidzi Mohd Noor, pensyarah Universiti PutraMalaysia dan boleh dihubungi pada wanitajim@jim.org.my

INTI PATI:

Seorang Muslim apabila diberi nikmat dia syukur, apabila ditimpa musibah dia sabar. Maka kedua-dua keadaan itu memberi kebaikan kepadanya.

Usaha mendandan hati perlu dilakukan supaya sentiasa cantik dan berseri. Hati yang bersih akan menyerlah pada wajah.

Harus melihat apa sebenarnya yang tersirat di sebalik kata-kata suami.

Perlu membaca buku yang memberi panduan bagaimana menyemarakkan hubungan suami isteri.

Poligami tak jejas hak nafkah, harta | Keluarga & Perkawinan | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat| www.e-keluarga.com| www.lppkn.gov.my|  KELUARGA v.2 | Rahsia Keluarga Bahagia | Gambar Keluarga Fasha Sandha | Yayasan Pembangunan Keluarga  | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA
Mahkamah ada kuasa perintah bahagi sama rata aset sepencarian

SAYA adalah seorang surirumah yang mempunyai tiga orang anak. Masalah saya, baru-baru ini suami menyatakan hasratnya untuk berpoligami. Demi anak dan untuk mengelakkan perselisihan faham sehingga menyebabkan berlakunya perceraian, saya mengambil keputusan bersetuju suami berpoligami. Soalan saya, adakah saya dan anak akan mendapat hak kami berkaitan dengan nafkah seperti sebelum suami saya berpoligami

Azlina
Selangor

————————————–

Bagi seorang lelaki yang ingin berpoligami, mereka perlu melalui beberapa prosedur seperti ditetapkan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri. Syarat untuk berpoligami tidak sama antara satu negeri dengan negeri lain.

Tujuan diwujudkan syarat ini adalah bagi menjamin hak isteri yang bakal dimadukan suaminya serta anak hasil perkahwinan mereka di samping tidak menolak keharusan poligami itu bagi lelaki di dalam Islam.

Di Selangor, peruntukan poligami dinyatakan dalam seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, 2003 seperti berikut: “Tiada seorang pun lelaki, ketika wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dulu daripada mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.”

Peruntukan ini membawa maksud, setiap lelaki yang ingin berpoligami mesti membuat permohonan dari Mahkamah Syariah serta hendaklah mendapat kebenaran daripada mahkamah.

Kaedah permohonan poligami dinyatakan di dalam seksyen kecil (4) seperti berikut: “Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu ikrar yang menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isterinya yang sedia ada sudah diperoleh atau tidak, terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.”

Mahkamah kemudian akan membuat pertimbangan terhadap permohonan berkenaan menerusi peruntukan dalam seksyen kecil (5) seperti berikut: “Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan di dalam mahkamah tertutup dan mahkamah boleh memberi kebenaran yang dimohon itu jika berpuas hati:

(a) Bahawa perkahwinan dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada antara lain, hal keadaan berikut, iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan atau gila pada pihak isteri atau isteri sedia ada;

(b) Bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, seperti dikehendaki Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan yang adil kepada semua isterinya mengikut Hukum Syarak; dan

(d) Bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan dharar syarie kepada isteri atau isteri sedia ada.”

Menerusi peruntukan di atas, setiap lelaki yang ingin berpoligami hendaklah, pada pertimbangan mahkamah memenuhi syarat dinyatakan di atas. Oleh hal demikian, hak puan dan anak daripada segi pemberian nafkah akan dijamin oleh Mahkamah seperti yang diterima sebelumnya iaitu sebelum Mahkamah membenarkan suami berpoligami.

Selain itu, hak puan termasuk nafkah dan harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan dengan suami akan menjadi lebih terjamin dengan peruntukan seksyen 23 (1) Enakmen sama yang memperuntukan: “Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan:

(a) untuk mengkehendaki seseorang membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang sudah diperoleh oleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha sama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan.”

Dari segi undang-undang yang ada, sebenarnya hak isteri dan anak daripada keluarga sedia ada akan dipertimbangkan oleh mahkamah. Tetapi, puan harus ingat bahawa ada ketikanya, walaupun isteri sudah memberikan persetujuan, mahkamah tetap tidak membenarkan poligami kerana melihatkan suami tidak mampu dari segi kewangan dan boleh menyebabkan timbul kemudaratan lebih besar pada keluarga asal jika poligami diluluskan.

Saya berpendapat, poligami bukanlah satu jalan untuk mencari isteri kerana nafsu syahwat semata-mata, tetapi pihak suami perlu melihat perkahwinan itu sebagai amanah, tanggungjawab untuk berlaku adil dan kemampuan berlaku adil. Itulah yang harus difikirkan dan diutamakan suami kerana ia akan ditanya Allah di akhirat kelak.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd Ralib. Sebarang persoalan syariah sila kemukakan ke alamat admin@pgsm.org.my

Isteri tak berminat lakukan seks | Oral Seks & Hukumnya | Seks Video | Hubungan Seks | YouTube-seks |  Rahsia Seks | 3GP Melayu | Seks Hebat |Rahsia-rahsia seks | Seks Melayu Malaysia | Diranjang.com | Seks Bomba | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
Saya bapa kepada empat anak dan bakal menimang cahaya mata kelima. Perkahwinan saya sudah berusia 18 tahun.

Masalahnya, isteri saya dingin dalam hubungan seks terutama sejak mengandung anak kelima ini. Sikapnya amat mendukacitakan saya, sehinggakan saya terasa seolah-olah mati pucuk. Jika ingin bersamanya, dia langsung tidak berminat untuk mengadakan hubungan seks.

Sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat mengawal nafsu seks untuk bersetubuh. Paling trauma saya kerap bermimpi keluar mani (seperti baru baligh).

Saya juga mengalami tekanan jika tidak mengeluarkan mani sehinggakan seluruh badan saya sakit terutama pada bahagian pinggang. Jadi untuk meredakan kesakitan saya terpaksa melakukan onani untuk memuaskan nafsu seks.

Adakah saya tergolong dalam lelaki yang kuat seks? Apakah kesannya pada zakar saya jika kerap melakukan onani? Betulkah jika air mani kita tidak keluar begitu lama badan kita akan terasa sakit?

SUAMI RESAH | Pulau Pinang.

———————————————-

HUBUNGAN seksual menyeronokkan kedua-dua pasangan jika itu yang dihajatkan. Kepada individu yang memang bersemangat dalam aspek hubungan syahwat, dia akan bersemangat dan seronok jika hajatnya untuk bersetubuh tercapai.

Tanda-tanda seperti lenguh badan, sakit kepala, sakit belakang dan kurang mood akan muncul. Ada juga lelaki yang mengalami kesakitan pada buah zakar seperti rasa kencing tak lawas.

Bagaimanapun, semua ini akan hilang jika dia mencapai klimaks akibat onani. Tanda-tanda yang dialami sebelum itu ialah kesan tekanan atau stress kerana tidak dapat melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Apabila dia mendapat kelegaan sama ada melalui onani atau mimpi basah, dia akan rasa selesa seketika dan selagi perkara ini tidak dapat penyelesaian, tanda berkenaan akan berulang.

Jika anda dan isteri bekerjasama mengatasi masalah ini, tekanan sekarang tidak akan berterusan dan terkawal. Anda juga perlu tahu hubungan seks sememangnya memerlukan tenaga dan tahap kesihatan yang sempurna.

Bagi wanita, mood adalah penting. Dalam keadaan letih selepas seharian bekerja termasuk menguruskan rumahtangga dan anak, wanita kebiasaannya tiada tenaga untuk suaminya.

Keadaan mungkin boleh berubah jika anda membantu mengurangkan beban pengurusan rumahtangga dan memberi layanan yang baik.

Mood isteri boleh berubah dan dia boleh memberi layanan yang diidamkan suami dan dirinya tanpa melakukannya sebagai satu tanggungjawab.

Ada banyak cara wanita boleh memuaskan suami tanpa bersetubuh seperti mengurut dan membelai anggota kemaluan suami sehingga klimaks.

Nafsu syahwat atau naluri seksual adalah anugerah Tuhan. Keperluannya juga berbeza bagi lelaki dan wanita. Soal kuat seks tidak timbul. Apa yang penting ia terkawal dan dilakukan tanpa mengikut hawa nafsu.

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !