728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

30 November 2007

Tekanan jejas kesihatan | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Tekanan jejas kesihatan | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
GAYA hidup moden yang begitu menuntut masa membuat kita sering kepenatan dan tertekan. Situasi itu menjadi antara penyebab kepada peningkatan masalah tekanan emosi dan kemurungan, serta pada masa sama menjadikan kita mudah lupa, cepat marah, sukar memberi daya penumpuan selain turut menjejaskan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.

Tekanan yang kronik akan meningkatkan paras kortisol dan melemahkan sistem imun di samping mendedahkan kita kepada pelbagai masalah kesihatan dan jangkitan. Apabila anda dalam keadaan tertekan, kesihatan akan terganggu kerana anda kurang memberi perhatian kepada pemilihan makanan yang baik, kurang rehat dan tidur, cenderung mengamal gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman beralkohol dan kurang bersenam serta kemurungan.

Peningkatan tekanan darah atau tekanan darah tinggi, serangan jantung, denyutan jantung dan strok mungkin juga ada kaitannya dengan tekanan yang berterusan dan kronik.
Antara masalah umum yang kerap dialami akibat tekanan termasuklah keletihan, pelbagai kesakitan, sakit kepala, masalah emosi seperti keresahan dan gangguan tidur. Masalah kesihatan lain yang sering kali dikaitkan dengan tekanan termasuk gangguan gastrousus, kekejangan pada abdomen dan ulser.

Bagi wanita mereka juga boleh mengalami perubahan dari segi seksualiti dan pelbagai gejala kemerosotan fungsi seksual seperti kurang keinginan terhadap seks dan kekeringan vagina akibat tertekan. Keadaan ini juga akan menjejaskan hubungan intimasi dengan pasangan dan mengurangkan minat untuk berinteraksi.

Amalan yang boleh melegakan tekanan

# Tingkatkan hubungan sosial dengan teman dan mereka di sekeliling anda. Ia bukan saja berkemungkinan dapat membantu anda menyelesaikan masalah, malah menceriakan dan menyuburkan emosi. Ketawa didapati dapat meningkatkan keimunan tubuh.
# Senaman, yoga dan urutan terapi bukan saja mempertingkatkan aliran darah, tetapi juga sebahagian terapi untuk menenangkan minda.
# Jaga kesihatan tubuh anda dengan amalan pemakanan yang sihat, tidur dan rehat secukupnya. Penjagaan tubuh yang baik akan membantu ia berfungsi dengan baik dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan tekanan dan penyakit.
# Aturkan jadual harian dengan baik supaya kita dapat menyelesaikan kerja dengan lebih berkesan. Aktiviti seks yang sihat menjamin perhubungan intim suami isteri. Suburkan dan semarakkan ia dengan kasih sayang walaupun anda berada dalam usia emas. Dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan, pengambilan herba adalah antara amalan tradisi sejak turun temurun.

Antara herba yang dikenal pasti mungkin boleh membantu anda termasuklah seperti horny goat weed, withania, ginseng, gingko, damiana, puncture vine dan muira puama. Herba itu dikatakan memberi kesan yang lebih baik demi meningkatkan keinginan seks, menangani keletihan dan memperbaiki stamina yang penting untuk kesihatan termasuk juga memperbaiki masalah kemerosotan kesihatan seksual.

Horny goat weed adalah antara herba yang digunakan untuk mengatasi masalah lemah syahwat sejak berabad lamanya oleh masyarakat Cina. Bagi lelaki, ia memberi kesan yang menyerupai testosteron, meningkatkan keinginan terhadap seks dan merangsang kepekaan sistem saraf.

Muira puama pula bermanfaat dalam membantu mengendurkan saluran darah dan membenarkan lebih banyak darah mengalir ke bahagian genital serta meningkatkan kepekaan terhadap rangsangan seks.

Pengambilan gingko boleh membantu meningkatkan peredaran darah, bukan saja penting untuk membantu daya ingatan, tetapi juga bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan seksual termasuk keupayaan ereksi.

Bagi wanita, pengambilan herba seperti damiana yang juga dikenali sebagai tonik perangsang seks boleh membantu meningkatkan keinginan serta menambah kepekaan saraf pada bahagian alat kelamin apabila mendapat rangsangan seks, manakala withania membantu kesihatan saraf dan telah digunakan untuk melawan tekanan emosi dan kelesuan.

Amalkan gaya hidup sihat seperti senaman secara berterusan tentunya boleh meningkatkan tahap kecergasan dan stamina serta baik untuk pengaliran yang sihat boleh memberi kesan kepada bekalan darah lebih baik ke bahagian alat kelamin.

Sekiranya anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, ambillah langkah yang lebih proaktif untuk memperoleh berat badan ideal demi kesihatan yang lebih baik. Kenali penyebab berlakunya kemerosotan syahwat supaya anda dapat menangani dengan lebih berkesan.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tekanan jejas kesihatan | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top