Breaking News

Nyaris kahwin abang sendiri | Question and ask all about marriage, life, money

Nyaris kahwin abang sendiri | Question and ask all about marriage, life, money
Soalan:
BARU-BARU ini, saya dan tunang menyedari bahawa kami saudara sebapa. Arwah ayah kami telah berpoligami secara rahsia. Dulu, ayah pemandu teksi dan selalu keluar daerah menghantar pelanggan.

Rupanya dia membahagikan masa antara dua buah keluarga!

Saya cukup tertekan dengan perbuatan ayah. Tunang saya juga buntu. Kami sudah lama bercinta dan saling menyayangi satu sama lain. Apa yang patut kami lakukan sekarang?

Noor Hazeerah Dzulkifli,

Kuala Lumpur.

Jawapan:
Sisters In Islam acapkali menerima soalan berkenaan suami yang berpoligami secara rahsia sehingga menyebabkan pelbagai masalah dan kerungsingan kepada ahli keluarganya.

Atas sebab inilah orang ramai perlu dididik tentang undang-undang berkaitan poligami. Ini untuk memastikan bahawa tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Di Malaysia, suami yang ingin berpoligami perlu memohon kebenaran mahkamah berdasarkan Seksyen 23 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Seksyen 23 (3) pula menyatakan bahawa permohonan berpoligami mestilah disertakan dengan akuan yang mengandungi beberapa butir, contohnya, alasan munasabah untuk berpoligami.

Sama ada izin atau pandangan isteri sedia ada terhadap perkahwinan poligami diperoleh atau tidak, perlu diakui semasa membuat permohonan tersebut. Seperti situasi saudari sekarang, perbuatan ayah anda telah melanggar undang-undang syariah Malaysia. Orang yang berpoligami tanpa kebenaran dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 124 Akta yang sama. Pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Berbalik kepada masalah yang saudari dan tunang hadapi, sudah tiada alternatif melainkan memutuskan pertunangan. Seksyen 9 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 menggariskan larangan berkahwin bagi pasangan yang mempunyai pertalian tertentu. Pasangan yang terdiri daripada adik-beradik sebapa tidak boleh berkahwin atas sebab perhubungan darah (Seksyen 9 (1) (d) Akta yang sama).

Perkahwinan itu bukan sahaja tidak dibenarkan oleh undang-undang, malah salah di sisi agama.

Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat: No 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel telenisa@sistersinislam.org.my

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments