728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

21 November 2007

Membina Zuriat Yang Cemerlang | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah tentu mengharapkan mahligai yang baru dibina dilimpahi dengan kebahagiaan, apatah lagi dengan kedatangan cahaya mata.

Anak adalah anugerah yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan.

Begitupun, untuk menyambut kedatangan orang baru, pasangan harus tahu bagaimana menjadi seorang ayah atau ibu yang baik sehingga berjaya mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.

Oleh demikian, ilmu dan persiapan ketika hamil sangat penting bagi ibu yang baru pertama kali melaluinya.

Pasangan sering membayangkan bagaimanakah rupa dan watak anak yang bakal lahir? Lelaki atau perempuan? Seribu pertanyaan bermain di fikiran mereka, adakah Allah s.w.t. akan menganugerahkan anak yang cantik dan bijak? Atau ditakdirkan mendapat anak yang kurang cantik atau cacat.



Menurut penceramah bebas, Siti Nor Bahyah Mahmood, penjagaan ketika hamil penting agar zuriat dikandung dan yang akan lahir sentiasa dalam keadaan sihat.

Penjagaan tersebut katanya, bukan sekadar aspek pengambilan makanan berkhasiat atau melakukan rutin pemeriksaan kesihatan, bahkan meliputi aspek rohani.

“Sebab itu, dalam Islam, ibu mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan membaca ayat suci al-Quran, berzikir, dan bersembahyang, supaya hati ibu lebih tenang dan anak dalam kandungannya turut dapat ‘merasai’ asuhan awal itu.

“Suami juga digalakkan melebihkan kasih sayang dan simpati supaya isteri berasa dirinya sentiasa dilindungi.

“Pada masa sama, berikan nasihat-nasihat baik yang boleh menguatkan semangat dan jiwa isteri, serta beberapa tip yang berguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Penjagaan dan Amalan Sebelum dan Semasa Hamil’ di Seminar Ibu Hamil anjuran Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seminar sehari yang dirasmikan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali itu, bertujuan memberi kefahaman serta penghayatan mendalam tentang peranan dan kewajipan ibu bapa dalam melahir seterusnya membina zuriat yang cemerlang bermula dari awal perkahwinan.

Ia juga diharap dapat membekalkan panduan tentang amalan penjagaan dalam tempoh kehamilan, selepas kelahiran dan pendidikan kepada anak.

Menurut Nor Bahyah, wanita yang mengandung hendaklah sentiasa memikirkan masa depan anak yang bakal dilahirkan.

“Tentu sekali setiap ibu bapa menginginkan anak yang baik, pintar dan beriman. Tetapi berapa ramai yang hanya sekadar menginginkan sahaja, tetapi tidak berusaha untuk membentuk sifat-sifat baik anak yang sebenarnya boleh dilakukan sejak di dalam kandungan lagi.

“Pengetahuan boleh diperoleh dengan membaca atau bertanya dengan mereka yang lebih berpengalaman,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa ibu bukan hanya sekadar mengandung dan melahirkan zuriat, tetapi lebih penting memberi asuhan dan pendidikan sempurna bagi memastikan anak-anak menjadi orang yang berguna apabila dewasa kelak.

Katanya, adalah menjadi satu kewajipan kepada ibu bapa untuk mendidik serta membina zuriat yang cemerlang.

Oleh SULMA ABDULLAH

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Membina Zuriat Yang Cemerlang | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top