Breaking News

Kahwin, cerai ekspres di Batam

SINGAPURA: Pulau Batam, Indonesia, tidak hanya menjadi syurga hiburan bagi warga Singapura, tetapi kini menjadi tumpuan ramai pasangan republik itu untuk berkahwin, termasuk kalangan suami yang mahu menambah isteri.

Sebelum ini, daerah Golok, di Selatan Thailand, adalah pilihan suami warga Singapura yang mahu berkahwin lagi tanpa persetujuan isteri pertama.
Akhbar Berita Harian melaporkan semalam, seorang janda anak dua mengaku menikah secara sulit dengan kekasihnya yang mendakwa dalam proses cerai di sebuah kampung setinggan di Batam.

Pernikahan itu dijalankan oleh seorang imam masjid di kampung itu dengan wanita berkenaan berwali hakim.

Pengakuan kerani akaun itu menunjukkan Batam kini tempat alternatif bagi nikah secara sulit. Janda mualaf yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam, 30 tahun, menyatakan, suaminya yang hanya dikenali sebagai Nal, 39 tahun, mempunyai dua anak dan pernah keluar masuk pusat tahanan.

Dia jatuh cinta dengan Nal yang bekerja sebagai buruh kasar di tempat kerja yang sama Ogos, tahun lalu.

“Nal ajak nikah di Batam kerana mudah dan tak perlu keluar banyak belanja. Keluarga kenalan saya juga sanggup carikan pak imam untuk nikahkan kami. Saya tak kisah, asal nikah,” kata janda bertubuh montel itu.

Dia mengakui yang mas kahwinnya cuma wang tunai S$200 (RM465). Upacara yang diikuti dengan bertukar cincin platinum itu, amat ringkas dan mereka membayar AS$150 (RM349) kepada imam atas khidmat ekspres itu.

Imam kemudian memberi mereka sijil nikah tetapi berbeza dengan buku nikah rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa agama pulau itu.

Mariam mengakui pernikahan mereka tidak boleh didaftarkan di Batam kerana kedua-duanya warga asing. Memburukkan lagi keadaan, dia juga sedar pernikahan itu tidak diiktiraf di Singapura. - Agensi

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





2 comments:

  1. As'kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. dari http://nikah-thailand.blogspot.com

    hai ini macam pun ada...

    Nikah di Thailand
    Salam

    Saya Hj Din rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand terlibat dalam industri eksport.

    Selama saya di Thailand saya lihat banyak pasangan Malaysia tertipu kerana bayaran nikah yang terlalu mahal sehingga ribuan Ringgit dan implikasi daripada perkara tersebut mereka melewatkan laporan ke pejabat agama dan daftar nikah di Malaysia kerana denda dikenakan.

    Banyak pasangan kahwin ke Thailand tidak bahagia tetapi banyak juga kahwin di Malaysia tidak bahagia. Hakikatnya tiada siapa dapat membaca masa depan.

    Antara sebab utama dilangsungkan perkahwinan di Thailand:

    1- Tidak mendapat restu keluarga

    2-Tidak mendapat restu isteri pertama

    3-Talak Tiga ( kahwin semula)

    Apa pilihan yang ada?

    Haruskah dibiarkan pasangan muda berzina dan membuang anak? Haruskah pasangan 30-an, 40-an berzina dengan dosa yang sangat besar hanya kerana tidak mendapat restu isteri pertama?

    Haruskah rumahtangga diruntuhkan terus kerana terlepas talak tiga-dan bagaimana kalau tiada orang baik membuat kerja ini - bagaimana nasib wanita yang menjaga kemualiaan dirinya berpuluh tahun terpaksa bernikah sementara dengan manusia yang kotor?

    Semua ini adalah realiti yang saya lihat sehari-hari dan kerana itu saya ingin memulakan blog ini.

    Sila email saya untuk maklumat lanjut. Saya percaya bahawa mereka yang bersusah payah untuk berkahwin kerana mereka ada sedikit iman di hati mereka. Berzina lebih mudah.

    (Setiap perkahwinan akan dilaporkan ke konsul Malaysia di Songkhla secara rasmi untuk menjamin kebajikan semua pihak)

    Untuk makluman lanjut email saya din.shamsul31@gmail.com
    Posted by Hj Din at 2:48 AM 4 comments

    ReplyDelete