728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

27 November 2007

Jangan sakiti jiran | Question and ask all about marriage, life, money

Jangan sakiti jiran | Question and ask all about marriage, life, money
SOALAN: Saya mempunnyai seorang jiran berbangsa asing yang tinggal bersebelahan rumah saya. Namun sebaliknya jiran saya ini suka membuat bising dengan muzik yang boleh mengganggu ketenteraman saya dan lain-lain jiran di sekitarnya. Bagaimana harus saya lakukan?– Salih Othman,Batu Kurau, Perak.

JAWAPAN: Anda harus membuat teguran dengan cara yang baik dan sopan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang kesat dan kasar. Umat Islam itu adalah manusia yang bermoral dan berakhlak. Islam mengakui haknya sebagai jiran yang perlu diberi hak dan penghormatan kepadanya. Jangan sekali-kali ia disakiti dan dizalimi. Nabi bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyukai orang yang bermulut kotor dan kesat.

Sikap yang tidak bermoral adalah tidak selaras dan sesuai dengan diri muslim yang benar-benar mengikut akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak pernah memaki sekalipun orang bukan Islam. Malah Rasululah pernah melarang para sahabatnya yang mengutuk orang yang melakukan kesalahan dosa (minum arak). Justeru itu bila baginda diminta supaya berdoa melaknat mereka yang menentang Islam, jawabnya “Aku tidak diutuskan untuk melaknatkan (mengutuk ) tetapi aku diutuskan untuk membawa rahmat dan kasih sayang untuk semua.”

Buktikanlah keindahan, kemesraan dan keharmonian Islam. Dalam suatu hadisnya Rasulllah bersabda bermaksud: aku jamin untuk kamu syurga sekiranya kamu dapat jamin untuk menjaga lidah dan kemaluanmu.

Amat memalukan sekiranya sikap umat Islam sendiri yang memburukkan rupa keindahan agamanya sendiri. Wallahualam.

- ALAMATKAN kemusykilan anda kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel mingguan@utusan.com.my. Nyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jangan sakiti jiran | Question and ask all about marriage, life, money Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top