728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 November 2007

Idola pengaruhi tingkah laku | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

GENERASI muda adalah pewaris negara. Pada bahu mereka terletak tanggungjawab membela dan mendaulatkan maruah bangsa serta negara demi kesejahteraan rakyat seluruhnya

Justeru, generasi ini perlu memiliki sikap dan perilaku yang unggul di mata masyarakat. Pembentukan peribadi dan akhlak yang baik memerlukan asas agama yang kukuh, pergaulan yang sihat dan persekitaran yang murni.

Begitupun, zaman remaja disifatkan sebagai zaman yang penuh pancaroba. Pada usia tersebut, remaja cuba mencari identiti serta mengadaptasikan dengan keadaan persekitaran.

Apabila masa dan keadaan berubah, remaja akan terus mengikut arus dan generasi selepasnya untuk mencari kesesuaian baru bagi mencipta identiti semasa.

Hari ini pembentukan nilai dan budaya remaja sering dikaitkan dengan pengaruh persekitaran termasuk media, pemilihan idola dan rakan sebaya.

Faktor-faktor ini dikatakan telah mencorak budaya dan juga pemikiran remaja.

Pengaruh media seperti televisyen, radio, majalah hiburan dan yang terbaru internet dikatakan banyak mempengaruhi cara hidup remaja.

Rakan sebaya pula dikatakan individu yang mudah mempengaruhi tingkah laku dan sikap remaja.



Tambahan pula, pada usia ini, remaja lebih menyukai hiburan dan kebanyakan cenderung memilih sesuatu yang memberi kegembiraan.

Menurut Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Dr. Mariani Md. Nor, idola ialah orang yang terlalu diminati sehingga kadang-kala mempengaruhi perwatakan serta cara berkomunikasi seseorang yang memujanya.

“Kanak-kanak belajar daripada proses peniruan khususnya tingkah laku orang yang diminati sama ada sedar atau tidak sedar.

“Kebiasaannya mereka akan melakukan pemerhatian apa yang idola mereka buat dan pakai.

“Contohnya, jika seseorang kanak-kanak atau remaja meminati seorang penyanyi itu, mereka akan cuba meniru gaya menyanyi dan fesyen mereka,’’ katanya.

Tambah beliau, idola bukan faktor dominan yang mempengaruhi tingkah laku. Faktor seperti persekitaran, ibu bapa, rakan dan media lebih ketara.

“Pada peringkat umur remaja, mereka akan mula mencari identiti sama ada dalam diri sendiri atau orang lain.

“Di sinilah peranan idola dalam membentuk identiti,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, idola remaja ini banyak dipengaruhi oleh idola media iaitu individu yang sering muncul atau dipaparkan di media tempatan atau antarabangsa.

Namun, jelas Dr. Mariani, idola media ini juga tidak kekal dan ia akan bertukar mengikut masa.

Berbeza dengan idola yang terdiri daripada golongan pemimpin, pensyarah, guru, tokoh-tokoh serta keluarga, mereka akan meminati cara bekerja dan berkomunikasi idola masing-masing.

“Jika idola menunjukkan budi pekerti positif seperti cara bercakap dan disiplin diri, maka ia boleh membantu membentuk sikap remaja yang baik.

“Sebaliknya jika remaja meminati mereka yang yang tidak seiring dengan norma-norma masyarakat, ini akan memberi kesan buruk kepada generasi tersebut.

“Misalnya, mungkin ada remaja yang kagum dengan perompak, ini akan menghasilkan keadaan yang tidak baik. Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan serta situasi,” katanya.

Jelas Dr. Mariani, kebanyakan remaja akan lebih fokus dalam memerhati idola mereka dan sentiasa memastikan mendapat maklumat terkini tentang idola masing-masing.

Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting kerana mereka ialah pencetus ilham atau moderator dalam menentukan cita-cita anak.

“Contohnya, sekiranya anaknya meminati pensyarah, ibu bapa boleh memberi galakan dan berusaha bersungguh-sungguh agar anak mereka boleh berjaya seperti individu idola itu.

“Dengan ini, anak mereka dapat dibentuk dan sekali gus mengikut sikap positif idola anak itu,” ujarnya.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Idola pengaruhi tingkah laku | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top