Breaking News

Ejen nikah palsu bijak tabur janji Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin

Ejen nikah palsu bijak tabur janji Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin
Kebanyakan mangsa sindiket jurunikah palsu di selatan Thailand terpengaruh menggunakan khidmat mereka apabila ejennya di negara ini bijak menabur janji manis dan memberi jaminan pernikahan itu akan disahkan jabatan agama Islam.

Selain itu, ejen sindiket terbabit di negara ini juga berjanji akan membantu pasangan yang dikendalikan jika timbul masalah selepas itu.
Perkara itu diakui seorang mangsa sindiket berkenaan, Mohd Khairul Nizam Abd Wahab, 23, yang menggunakan khidmat seorang juru nikah di selatan Thailand pada November 2006.

Dia yang berasal dari Kampung Rambung Batu Tujuh, di sini, menggunakan khidmat sindiket itu bagi memudahkan urusan pernikahannya dengan seorang pekerja asing dari Medan, Indonesia, Rani Haryani Saepudin, 25.

Katanya, dia mengenali ejen terbabit di Pengkalan Hulu, Perak melalui isterinya yang bekerja di sebuah kedai makan di sini dan mengenakan bayaran RM1,000 sebagai upah membawanya ke Betong, Thailand.

“Ejen itu bijak bermain kata-kata dan menabur janji manis. Dia memberi jaminan pernikahan kami sah di sisi agama dan dari segi undang-undang kedua-dua negara.

“Malah, bagi meyakinkan kami, dia berjanji akan membantu jika kami menghadapi sebarang masalah yang timbul selepas pernikahan berkenaan.

“Namun saya kecewa apabila dia bersikap lepas tangan dan tidak mengaku membantu menguruskan pernikahan kami apabila saya tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak pertama kami yang kini berusia enam bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Mohd Khairul Nizam yang bekerja kampung berkata, dia menghadapi masalah mendapatkan sijil lahir anaknya, Mohd Haikal Hakimi yang berumur enam bulan apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonannya kerana tidak mempunyai sijil nikah yang disahkan Pejabat Agama Daerah Baling.

“Pejabat agama pula enggan mengesahkan status pernikahan kami kerana sijil nikah yang dikeluarkan itu palsu dan bukannya oleh kadi bertauliah yang dilantik kerajaan negara ini.

“Pejabat konsulat Malaysia di Selatah Thai juga tidak dapat mengeluarkan surat pengesahan nikah kerana jurunikah itu tidak bertauliah,” katanya.

Oleh Safuri Kamarudin

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





6 comments:

  1. As'kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. leh caye kerrr khidmat ni??? coz kalu sijil memang dpt sah kat malaysia dan bukan sijil palsu.boleh la sy merncg................

    ReplyDelete
  3. insyaallah.. psl itu akad di buat di pejabat majlis agama, bkn di bawah pokok atau di masjid2 atau di dlm kereta.

    boleh call sy di no 0175955633 utk maklumat lanjut.

    akan sy terangkan dgn lebih terperinci nanti,

    ReplyDelete
  4. kawan saya ade pengalaman ke sana...mmg la sah menguruskan ialah keluarga hj ibrahim klu tak silap... tp kenapa terlalu mahal sampai RM2200? setahu saya hanya RM1100 termasuk mas kahwin.. itu yg memusykil kan saya? sila jelas kan? adakah RM1100 tambahan tu adalah upah kepada si pembawa tu iaitu eh helmi sendiri?? klu mcm tu baik la pergi sendiri... RM2200 adalah sangat mahal... kerana kawan saya hanya dikenakan sebanyak RM1100 sahaja... TOLONG JELASKAN???

    ReplyDelete
  5. kalau kes perceraian yang belum di dartar di malaysia pihat awak boleh urus kan tak

    ReplyDelete