728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

20 November 2007

Diabetes boleh sebabkan pelbagai masalah kesihatan | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Diabetes boleh sebabkan pelbagai masalah kesihatan

Bahagian 1

HARI ini hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes. Malangnya, lebih separuh daripada mereka tidak menyedari mereka menghidapi penyakit ini. Kira-kira 650,000 kes baru dijangka dikesan tahun ini sebagai penghidap diabetes.

Perangkaan menunjukkan bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana komplikasi diabetes meningkat 100 peratus daripada 21,872 pada 1995 hingga 41,375 pada 2005. Bukankah kadar ini begitu membimbangkan? Bukankah sudah tiba masanya untuk kita mendidik diri kita untuk menentang penyakit yang menakutkan ini? Bacalah seterusnya…
Diabetes mellitus ialah keadaan yang mana jumlah glukosa dalam darah terlampau tinggi kerana badan tidak dapat menggunanya dengan baik. Glukosa adalah hasil daripada penghadaman makanan berkanji seperti kek, kuih-muih, roti, nasi, ubi kentang dan mi.

Insulin adalah penting dalam hidup kita. Ia adalah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas dan ia membantu glukosa memasuki sel dan digunakan sebagai bahan bakar oleh badan.

Gejala diabetes

Diabetes mungkin dan sering kali berkembang tanpa dapat didiagnoskan kerana gejalanya kelihatan tidak membahayakan dan selalunya kelihatan normal saja. Beberapa gejala diabetes termasuklah kerap kencing, rasa dahaga yang berlebihan, rasa lapar yang berlebihan, kehilangan berat badan yang luar biasa, keletihan yang meningkat, mudah meradang dan penglihatan yang kabur.

Komplikasi Diabetes – Neuropati (Kerosakan Saraf)

Penghidap diabetes berkemungkinan untuk mengalami masalah kesihatan serius; ini termasuklah penyakit jantung, strok, darah tinggi, masalah peredaran darah; misalnya kekebasan, rasa sakit dan kelemahan pada tangan, lengan, kaki dan paha, kerosakan saraf, kebutaan dan kegagalan buah pinggang.

Risikonya adalah lebih tinggi kepada penghidap diabetes yang mempunyai berat badan berlebihan, merokok dan tidak aktif secara fizikal.

i) Penyakit jantung dan penyakit saluran darah

Penyakit jantung adalah penyebab utama kematian bagi mereka yang menghidap diabetes. Tiga daripada empat kematian yang berkaitan dengan diabetes adalah disebabkan oleh penyakit jantung dan penyakit saluran darah (kardiovaskular). Penghidap diabetes adalah dua hingga empat kali lebih berkemungkinan untuk mengalami penyakit jantung berbanding mereka yang tidak menghidapi diabetes.

Bahkan penghidap diabetes jenis 2 yang tidak mengalami penyakit jantung, menghadapi risiko tinggi untuk mengalami serangan jantung. Penghidap diabetes juga cenderung mempunyai faktor risiko lain untuk mengalami penyakit jantung; ini termasuklah kegemukan, tekanan darah tinggi, dan pengerasan arteri (aterosklerosis).

ii) Kebutaan

Orang dewasa yang berpenyakit diabetes hendaklah memeriksa mata setiap tahun untuk memastikan kesihatan mata dan menjaga penglihatan. Lama kelamaan, paras gula darah yang tinggi boleh merosakkan saluran darah yang menyalurkan khasiat ke retina mata. Kekurangan aliran darah dan bekalan oksigen kepada urat saraf (peredaran mikro saraf) dianggap oleh ramai para penyelidik sebagai penyebab kerosakan saraf.

iii) Kegagalan buah pinggang

Lama kelamaan paras gula darah yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang. Walaupun ada ubat dan diet yang dapat mengawal diabetes, penyakit ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang (nefropati diabetes) serta kegagalan buah pinggang. Buah pinggang yang rosak tidak dapat membersihkan darah dengan baik. Oleh itu, sisa buangan dan cecair akan terkumpul dalam darah. Justeru itu, mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang terpaksa sama ada menjalani rawatan dialisis atau menerima pemindahan buah pinggang.

iv) Pemborokan kaki

Orang dewasa yang menghidapi diabetes perlu memberi tumpuan khusus terhadap penjagaan kaki. Mereka yang berpenyakit diabetes mempunyai risiko terhadap kecederaan kaki oleh kerana kekebasan yang disebabkan oleh kerosakan saraf dan aliran darah yang rendah ke urat saraf pada bahagian paha dan kaki. Kehilangan fungsi saraf ini boleh membawa kepada pemborokan, penyakit kelenayuh dan pemotongan anggota. Borok kaki akibat diabetes berisiko amat tinggi untuk dijangkiti dan kadangkala tidak dapat diubati. Borok kaki yang tidak dapat disembuhkan ini sering kali menjadi sebab pemotongan bagi penghidap diabetes. Pesakit yang mempunyai borok kaki boleh menggunakan pembalut luka, pengganti kulit atau rawatan lain untuk melindungi dan memulihkan kulit mereka.

Makanan tambahan nutrisi yang bermanfaat untuk diabetes

Asid Alfa Lipoik (ALA) sudah digunakan lebih 30 tahun di Eropah untuk menentang kerosakan saraf bagi penghidap diabetes (jenis 1 dan 2). Sebahagian kerosakan saraf mungkin disebabkan oleh kerosakan radikal bebas terhadap urat saraf kerana kawalan gula darah (glukosa) yang tidak sempurna. Dos ALA yang disyorkan untuk neuropati diabetes (kerosakan saraf) ialah 400-600mg setiap hari.

Makanan tambahan Biotin akan meningkatkan kesensitifan insulin dan menggiatkan aktiviti enzim glukokinase yang bertanggungjawab terhadap langkah pertama dalam penggunaan glukosa oleh hati. Konsentrasi glukokinase pada penghidap diabetes adalah sangat rendah. Oleh itu, menambahkan makanan tambahan Biotin dalam diet akan memperbaiki kegiatan glukokinase dengan itu membantu menurunkan paras gula darah.

Pelbagai kajian ke atas Asid Gama Linolenik (GLA) menunjukkan ia dapat meningkatkan aliran darah ke urat saraf yang dijangkiti diabetes dan dengan itu menyalurkan lebih banyak oksigen dan nutrien untuk menyuburkan sel.

Vanadium mungkin dapat memperbaiki kawalan glukosa bagi penghidap diabetes jenis 2. Sudah dibuktikan bahawa vanadium dapat meningkatkan kesensitifan insulin. Memandangkan ada kesan seumpama insulin pada vanadium, maka jumlah mineral surih yang tidak mencukupi ini seharusnya dielakkan oleh penghidap masalah ketidaknormalan gula darah.

Panduan penting
# Kerosakan saraf akibat diabetes ialah gangguan saraf yang disebabkan oleh beberapa ketidaknormalan yang biasa dijumpai dalam penyakit diabetes, seperti glukosa darah yang tinggi.
# Neuropati boleh menjejaskan saraf di seluruh badan, menyebabkan kekebasan dan kadangkala sakit pada tangan, lengan, kaki atau paha serta masalah yang berkaitan dengan saluran penghadaman, jantung, dan organ seks.
# Rawatan pertama membabitkan penurunan paras glukosa darah ke julat yang normal. Pengawalan gula darah yang baik mungkin membantu mencegah atau melambatkan kedatangan masalah selanjutnya.
# Penjagaan kaki adalah rawatan yang penting. Mereka yang menderita neuropati perlu memeriksa kaki setiap hari untuk mengesan sebarang kecederaan. Kecederaan yang tidak dirawat meningkatkan risiko jangkitan kudis pada kaki dan pemotongan.
# Menghisap rokok dengan ketara akan meningkatkan risiko masalah kaki dan pemotongan. Jika anda merokok, dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan untuk membantu anda berhenti merokok.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Diabetes boleh sebabkan pelbagai masalah kesihatan | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top