728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

28 November 2007

Berpoligami tanpa pengetahuan isteri | Question and ask all about marriage, life, money

Berpoligami tanpa pengetahuan isteri | Question and ask all about marriage, life, money
SOALAN:
Baru-baru ini, saya dapat tahu bahawa suami saya sudah berkahwin lain. Dia langsung tidak pernah menyuarakan kepada saya keinginannya untuk berpoligami, apatah lagi meminta pendapat saya akan keputusannya untuk berkahwin lagi!

Di sini saya ingin mendapatkan kepastian, bolehkah suami saya mengahwini perempuan lain tanpa pengetahuan dan kebenaran saya. Bolehkah saya membawa sebarang tindakan mahkamah terhadap suami saya atas sebab ini?

- Fatimatuzzahrah Mohd. Fahmy,
Sungai Buloh, Selangor.

JAWAPAN:
Fenomena suami yang berpoligami tanpa pengetahuan isteri asal amat kerap berlaku sekarang berikutan undang-undang syariah Malaysia yang tidak mengawal praktis poligami dengan ketat.

Undang-undang syariah Malaysia berkaitan poligami agak longgar. Mengikut perundangan Malaysia, poligami dibenarkan dengan beberapa syarat. Bagi lelaki yang ingin berpoligami di Selangor, dia perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah, menurut Seksyen 23 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Untuk membenarkan permohonan berpoligami, Mahkamah Syariah akan mempertimbangkan beberapa faktor. Menurut seksyen 23 (4), faktor-faktor yang dipertimbangkan termasuklah sebab poligami itu patut dan perlu, pendapatan suami, serta tanggungannya yang sedia ada dan yang bakal ditanggungnya. Suami yang ingin berpoligami perlu membuat satu ikrar mengandungi perkara-perkara tersebut.

Sama ada izin atau pandangan isteri asal terhadap perkahwinan poligami itu telah diperoleh juga merupakan salah satu perkara yang perlu diikrarkan oleh suami.

Walaupun keizinan isteri adalah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah Syariah dalam memberi kebenaran berpoligami, ia sebenarnya bukan keperluan wajib. Dalam realiti, isteri hanya diminta menandatangani borang permohonan sahaja.

Tambahan pula, Seksyen 23 (5) yang menggariskan syarat-syarat berpoligami tidak menyenaraikan bahawa kebenaran isteri asal mesti sudah diperoleh. Yakni, kebenaran puan bukan faktor yang menentukan sama ada kebenaran berpoligami dikeluarkan oleh mahkamah atau tidak.

Berkemungkinan juga suami puan bukan sahaja berkahwin lain di luar pengetahuan puan, malah tanpa keizinan Mahkamah Syariah. Menurut Seksyen 23 (5), mahkamah hendaklah memanggil puan untuk memberi keterangan tentang permohonan suami puan untuk berpoligami.

Terdapat beberapa tindakan yang puan boleh ambil sehubungan dengan ini.

Suami puan telah melakukan kesalahan apabila dia berpoligami tanpa kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah. Seksyen 124 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, seksyen 23 (8) menyatakan suami puan secara serta-merta perlu membayar keseluruhan jumlah mas kahwin dan pemberian kepada puan, dan jika nilai tersebut tidak dibayar, puan boleh menuntut wang itu di Mahkamah Syariah.

Puan juga boleh membuat satu ta’liq tambahan yang meletakkan syarat-syarat tentang pembahagian hari, nafkah bulanan, harta sepencarian untuk melindungi hak-hak puan dan juga anak-anak nanti.

Segala kemusykilan boleh dikemukan kepada Sisters In Islam di alamat No 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau laman web kami iaitu www.sistersinislam.org.my

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Berpoligami tanpa pengetahuan isteri | Question and ask all about marriage, life, money Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top