728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

27 October 2007

Aleya sah milik Ashraf! | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

PERKAHWINAN SYARIFAH ALEYA & ASHRAFSharifah Aleya (Leya) kini sah menjadi milik Ashraf Aasimudin dengan hanya sekali lafaz. Leya dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin al-Yahya di Masjid Al-Mukharammah, Bandar Sri Damansara, dengan mas kahwin sebanyak RM101.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan saya akan berusaha menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan sebaik mungkin selepas ini. Saya bertuah kerana mendapat lelaki sebaik Ashraf dan apa yang membuatkan saya gembira, dia kelihatan cukup serasi dengan keluarga saya,” kata Leya, anak sulung bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF), Fatimah Abu Bakar.

Pihak lelaki membawa tujuh dulang iaitu iPod, minyak wangi, Al-Quran, telekung, tepak sirih dan cincin berlian serta hiasan. Pihak pengantin perempuan pula membalas dengan kek, jam tangan, minyak wangi, kasut dan telefon bimbit.

Majlis persandingan mereka pula diadakan di Hotel Legend. Pelamin indah mereka ditaja oleh Alina's Sdn Bhd. Pasangan ini nyata anggun dan berseri dalam persalinan oleh Amir Luqman di samping aksesori yang ditaja oleh Habib Jewels.

Leya yang kini terkenal sebagai penyampai radio Hot FM juga merupakan pelakon dan pengacara. Manakala Ashraf merupakan seorang pemuzik bebas.

artiekl dari http://www.manggaonline.com.my

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Aleya sah milik Ashraf! | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top