Breaking News

Rela tak kahwin

Oleh Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby

JARANG kita mendengar ada pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan secara sukarela apabila hendak berkahwin. Kebiasaannya ujian itu diambil kerana ia diwajibkan sebagai syarat sebelum berkahwin.

Masalahnya, ramai bimbang menjalani pemeriksaan kesihatan hingga sanggup membujang hanya kerana mengesyaki tahap kesihatan diri tidak mampu membolehkan mereka melayari perkahwinan dengan bahagia.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Antaranya ialah lelaki yang mengalami masalah atau gangguan ereksi dan yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar dengan anggapan tidak dapat memberi kepuasan kepada pasangan.

Selain itu, ada yang menganggap diri mereka mandul dan tidak dapat menghasilkan benih kerana mempunyai satu atau tiada buah zakar dalam kerandut, atau mempunyai buah zakar kecil atau varikosel (pembuluh darah) yang berpintal.

Malah, ada yang mempunyai masalah kerandut buah zakar seperti angin pasang (hernia) atau air pasang (hidrosel) tidak mengambil langkah sepatutnya.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Semua keraguan itu perlu mendapat perhatian sewajar dan bukan sekadar memikirkannya. Langkah terbaik ialah berjumpa doktor pakar yang arif mengenai pengendalian untuk mengatasi masalah itu.

Mati pucuk juga mempunyai penyelesaian. Untuk pengetahuan pembaca, mati pucuk berlaku dalam banyak keadaan dan jangan hanya kerana gagal melayari malam pertama menyebabkan anda kecewa dan seterusnya berlaku perceraian hanya kerana malu.

Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk yang berkekalan. Kebiasaannya mereka mengalami penurunan tahap ereksi berikutan gementar dan berasa kekok apabila bermesra dengan pasangan mereka.

Dalam keadaan itu tahap ereksi menurun dengan cepat, sekali gus gagal meneruskan persetubuhan penetratif. Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama kerana biasanya berlaku pada malam pertama berintim dengan pasangan.

Pengalaman negatif ini yang dibimbangi akan terbawa-bawa setiap kali ingin bersama pasangan dan akhirnya mengalami mati pucuk sekunder.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Kini rawatan moden dapat membantu lelaki yang mengalami mati pucuk berbanding yang bersandarkan kepada rawatan tradisional seperti urut yang mungkin memudaratkan dan menjadikan masalah lebih serius.

Yang penting ialah, lelaki yang mengalami mati pucuk memahami yang dia bukan seorang saja mengalami masalah ini kerana kajian yang pernah dilakukan di Malaysia mendapati, sebanyak 2.3 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika dimasukkan lelaki muda.

Saya juga ingin mengingatkan di sini yang rawatan moden dapat membantu pasangan wanita itu hamil, walaupun suami mengalami mati pucuk.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments