728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

25 September 2007

Perkahwinan Sasha Elite dan Salyo Priyanto | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Perkahwinan Sasha Elite dan Salyo Priyanto
Kisah cinta Sasha Elite dan Salyo Priyanto telah berputik sejak di Singapura pada 1997. Tatkala itu Sasha dijemput menjadi juri pertandingan Asia Bagus begitu juga dengan bapa Salyo. Salyo menemani bapanya sewaktu itu.

Sewaktu itulah Sasha dan Salyo jatuh cinta, namun cinta remaja tersebut terputus begitu sahaja. Masing-masing membawa haluan sendiri dan akhirnya bertemu jodoh dengan pasangan yang lain.

Namun mungkin jodoh mereka datang menggamit. Tatkala membongkar surat-surat lama Sasha terjumpa surat Salyo. Dan hatinya terdetik untuk bertanya khabar dengan menggunakan alamt yang ada pada surat tersebut. Salyo pula masih menetap di alamat yang sama. Salyo berasa sungguh gembira apabila menerima khabar dari Sasha.

Menurut Salyo “Sejak sepuluh tahun lalu saya memang mencintainya. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kepada Sasha. Tetapi apa boleh buat, kami sama-sama belum matang. Masih anak-anak, tak boleh meneruskan cinta itu. Setelah bertemu kembali barulah kami ketahui perjalanan kehidupan kami hampir sama. Kami berkahwin dengan pasangan pertama pada tahun yang sama, juga bercerai pada tahun yang sama."

“Saya sangat terharu rupa-rupanya Sasha dalam diam juga masih mengharapkan agar perhubungan kami terjalin semula setelah masing-masing dikecewakan oleh perkahwinan pertama,” tambah Salyo lagi.

Pada bulan Ogos lalu Sasha dan Salyo bertunang dalam acara yang penuh sederhana di sebuah hotel di Jakarta.

Menurut perancangan pasangan ini akan bernikah di Jakarta pada 24 November depan. Majlis persandingan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Disember. Majlis Salyo dan Sasha akan berlangsung delaam majlis yang penuh sederhana sahaja.

Jika di Malaysia soal maskahwin dan hantaran jadi bualan, mas kahwin Sasha hanyalah sebentuk cincin dan satu set barang kemas, tanpa dulang hantaran.

Perkahwinan Sasha Elite dan Salyo PriyantoMenurut Sasha “Cinta pada usia yang lebih dewasa tidak memerlukan semua itu. Janji majlisnya diberkati dan kami dapat memulakan kehidupan berdua. Itu yang penting dari majlis yang meriah tetapi tidak menghantar sebarang makna”

Menurut Salyo pula “Lebih baik menyimpan wang untuk anak-anak dari dihabiskan untuk berpesta. Sementelah kami memang tidak mahu menunggu lama lagi untuk membina keluarga bersama dan melahirkan anak sebaik saja bergelar suami isteri” .

“Kami sudah rasa apa enaknya berpesta besar-besaran. Saat ini semua itu tidak lagi menjadi keutamaan. Ini adalah masanya untuk kami berfikir secara lebih dewasa untuk masa depan, bukan hanya memikir tentang meriahnya pesta perkahwinan macam dulu lagi,” kata Salyo lagi.

Sasha mengharapkan perkahwinannya dengan penerbit filem iklan dan penerbit video itu adalah yang terakhir.

Semoga perkahwinan Sasha dan Salyo seindah yang diimpikan. Amin!!!

dipetik dari Mingguan Malaysia



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perkahwinan Sasha Elite dan Salyo Priyanto | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top