Breaking News

Wajah cantik bukan jaminan | perkahwinan, malam pertama, pengantin, Wedding Ideas

Oleh Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my
Perkahwinan hari ini tidak ubah seperti istana pasir di tepi pantai, bila-bila masa boleh roboh

PEREDARAN zaman menyaksikan wanita memikul pelbagai cabaran dalam melayari alam berumah tangga.

Tanggungjawab isteri semakin mencabar kerana tuntutan hari ini yang memerlukan isteri bukan sekadar menjaga rumah tangga, sebaliknya sebagai wanita bekerjaya yang menyaksikan banyak tugas terbeban di bahu mereka.

Sebaik dianugerah cahaya mata, wanita harus pula menjadi ibu yang bijak selain perencanaan rumah tangga yang terpikul semakin terbeban.

Aliran perkahwinan hari ini yang menunjukkan graf perceraian semakin tinggi menyebabkan ramai wanita cuak dalam memilih lelaki terbaik untuk memacu kehidupan berkeluarga.

Justeru, kadar perceraian yang semakin meningkat hari ini dilihat sesetengah pihak sebagai satu fenomena yang membimbangkan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah digesa mencari kaedah penyelesaian segera bagi mengatasi kes perceraian yang berlaku.

Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz, dalam sidang Dewan Rakyat tahun lalu pernah melahirkan kebimbangan apabila ungkapan cinta tidak lagi menjadi jaminan kepada pasangan dalam mengekalkan perkahwinan mereka.

Bahkan, katanya, pasangan selebriti yang cantik dan tampan juga boleh bercerai.

Kenyataan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa wajah yang cantik serta kekacakan yang dimiliki tidak mampu mengekalkan kebahagiaan terhadap rumah tangga yang dibina.

Menteri berkaitan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sendiri pernah melahirkan kebimbangan sikap tidak bertanggungjawab segelintir suami di negara ini menyebabkan wanita terpaksa hidup dalam kemiskinan.

Kebimbangan beliau itu dibuat berdasarkan peningkatan jumlah aduan dan permohonan bantuan golongan wanita yang diterima kementeriannya setiap

hari dengan kebanyakan kes membabitkan ibu tunggal yang terpaksa menyara hidup keluarga selepas bercerai atau ditinggalkan suami.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
sales@rahsiaperkahwinan.com

Menurutnya, kebanyakan wanita berkenaan terpaksa menyara keluarga manakala ibu tunggal yang tidak mempunyai sebarang kemahiran atau pekerjaan, berdepan masalah lebih serius.

Sindrom lelaki berkeluarga malas bekerja kian menular di negara ini sehingga boleh mewujudkan jurang ketara antara lelaki dan wanita.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, pernah menyuarakan fenomena lelaki tidak suka bekerja, manakala wanita pula mengambil alih tugas mereka dengan trend berkenaan dilaporkan menular di kawasan pedalaman terutama kampung sehingga ada lelaki sanggup menjaga anak di rumah.

Bagi menguatkan hujahnya, Dr Mashitah mendakwa gejala seperti itu berlaku di beberapa negeri termasuk di Kelantan.

Beliau juga begitu bimbang kerana jika keadaan itu dibiarkan berlarutan, wanita akan memilih untuk hidup membujang selama-lamanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung lelaki.

Dalam hal ini, beberapa wanita yang ditemui Harian Metro rata-rata bersetuju bahawa kesepakatan dalam hidup dan bukan paras rupa semata-mata, menjadi ukuran dalam perkahwinan.

Bagi pekerja bank, Haslina Zakaria, 35, perkahwinan sering bermasalah bukan disebabkan salah pilih pasangan, tetapi sikap individu yang berubah selepas berkahwin.

Menurutnya, ada lelaki atau wanita merasakan dirinya lebih tampan atau lebih cantik, sanggup menjalin hubungan sulit dan menyebabkan rumah tangga berantakan kerana berasa diri ada ‘nilai pasaran.’

“Tidak dinafikan bukan saja selebriti yang cantik dan bergaya, ramai orang biasa pun ada rupa. Oleh kerana rasa diri sedemikian, semakin lama mereka lupa diri sehingga berlaku cerai-berai.

sales@rahsiaperkahwinan.com

“Berdasarkan pengalaman teman, ada kalangan pegawai bank yang rasa dirinya cantik dan bertaraf isteri orang, tetapi cuba mendapat perhatian pekerja lelaki bertaraf suami yang lebih muda.

“Apabila terjalin hubungan terlarang, rumah tangga berantakan. Sampai sekarang, dia tiada pengganti walaupun cantik. Begitulah, jika pekerti tidak dijaga padah juga menimpa,” katanya.

Menurut wanita dari Rawang, Selangor ini, persoalan kejujuran memang penting dalam hidup berumah tangga.

Nurul Ashikin Shaari, 31, berkata, memandangkan wanita lebih ramai daripada lelaki, lebih baik mereka bersikap memilih untuk mengelak daripada terjebak dengan lelaki buaya darat.

“Memandangkan kes perceraian kian meningkat, wanita harus bijak mengendalikan masalah. Mereka seharusnya selidik latar belakang lelaki itu dulu,” katanya.

Mengenai sikap lelaki yang suka lepas tangan dalam rumah tangga, wanita tidak seharusnya cepat merasakannya sebagai beban sebaliknya anggap ia sebagai proses mematangkan diri.

“Wanita zaman ini sudah setaraf dengan lelaki dan harus ada persiapan dari pelbagai segi termasuk buat simpanan dari awal perkahwinan dan sanggup bekerja keras.

sales@rahsiaperkahwinan.com

“Wanita sendiri harus ada jaminan kewangan yang kukuh sebagai persiapan. Sekurang-kurangnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, wanita sudah bersedia dengan kedudukan material yang ada,” katanya.

Menurut Nurul, menjadi wanita bijak tidak semestinya memerlukan seseorang itu berpendidikan tinggi. Sebaliknya, mereka harus menambah ilmu dalam pelbagai bidang.

Wan Fathiyah Wan Muhd, 29, tidak menafikan masalah yang berlaku dalam institusi perkahwinan hari ini menyebabkan ramai wanita takut berkahwin kerana takut bertemu jodoh dengan lelaki kurang bertanggungjawab.

“Mungkin pada awal perkenalan mereka menunjukkan sikap baik, apabila berumah tangga segalanya terserlah. Itu membuat saya tidak mudah percaya kepada lelaki kerana mungkin saya sendiri prejudis kepada mereka.

“Bukan semua orang tidak bernasib baik dalam perkahwinan. Dengan segala permasalahan rumah tangga masa kini, tak bermakna dunia sudah berakhir terutama bagi wanita yang pernah gagal dalam hidup berumah tangga.

“Kebahagiaan harus dicari dan kalau diuji, jangan mudah putus asa. Itu yang selalu saya tanamkan dalam diri untuk berusaha membaiki diri dan membuktikan wanita bukan manusia yang cepat putus asa,” katanya.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com

No comments