Breaking News

Haid tidak teratur dan talasemia

Doktor,
Saya berusia 32 tahun, masalah saya ialah kitaran darah haid saya tidak teratur sejak tiga tahun lalu. Ada kala sehingga tujuh bulan lamanya saya tidak didatangi haid. Adakah kerana hormon atau masalah-masalah lain seperti stres bekerja dan sebagainya?

Untuk pengetahuan doktor, saya juga telah ke klinik kerajaan dan swasta untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini. Tetapi jawapan yang saya peroleh dari klinik kerajaan mahupun swasta berlainan di antara satu sama lain.

Doktor swasta mengatakan itu adalah sesuatu yang normal manakala doktor kerajaan pula mengatakan ia mungkin disebabkan oleh berat badan saya yang mencecah 70 kg dan ketinggian 5 kaki 6 inci.

Saya juga mempunyai dua orang anak, masing-masing berumur 12 dan 9 tahun. Saya bercadang untuk menimang cahaya mata lagi. Doktor, adakah saya masih mempunyai peluang disebabkan oleh masalah haid yang tidak teratur ini? Terima kasih di atas perhatian doktor.

– LINDA

—————–
zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
sales@rahsiaperkahwinan.com

Linda,
Puan berumur 32 tahun dan mendapati kitaran haid tidak teratur sejak tiga tahun lalu dengan berat badan yang melebihi daripada sepatutnya.

Berdasarkan latar belakang puan sebagaimana yang telah diterangkan, kemungkinan puan mengalami masalah hormon yang tidak seimbang seperti sindrom ovari polisistik.

Dalam keadaan ini, biasanya seseorang wanita itu akan mendapati beratnya bertam bah, diikuti dengan kitaran haid yang tidak menentu, iaitu haidnya mungkin datang beberapa bulan sekali.

Dalam keadaan sindrom ovari polisistik, telur tidak dikeluarkan setiap bulan dan ini menyebabkan kitaran haidnya terjejas dan sukar untuk mengandung. Hormon lelaki iaitu testosteron mungkin tinggi dan ini menyebabkan lebih jerawat dan rambut di bibir dan dagu.

Puan perlu menurunkan berat badan supaya hormon kembali seimbang. Sejenis ubat yang juga digunakan untuk kencing manis iaitu Glucophage (Metformin) boleh digunakan untuk merawat keadaan ini.

Saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan doktor pakar. Ada beberapa pemeriksaan yang perlu puan jalani seperti ultrasound dan ujian darah untuk mengetahui tahap hormon-hormon tertentu yang mungkin tinggi dalam keadaan ini.

* Jawapan disediakan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Fatima Najla KM Muhd Jaafar

sales@rahsiaperkahwinan.com

Lagi mengenai talasemia

Doktor,
SAYA telah melahirkan seorang bayi lelaki pada Oktober lalu melalui pembedahan kerana songsang. Sewaktu mengandung saya mengalami masalah tekanan darah rendah. Setiap kali pemeriksaan, bacaan tekanan darah saya tidak pernah lebih daripada 9.0.

Setelah ujian darah dilakukan, saya didapati pembawa talasemia (Beta Thalasssemia Trait). Walau bagaimanapun, suami saya tidak melakukan ujian darah. Apabila bayi saya dilahirkan, ujian darah dilakukan terhadap bayi saya dan keputusannya adalah negatif.

Soalan saya, sekiranya saya pembawa talasemia dan anak saya tidak membawa mahupun menghidap penyakit tersebut, adakah kemungkinan anak-anak saya yang seterusnya akan menghidap talasemia? Seperti yang kita tahu, sekiranya suami isteri adalah pembawa talasemia, satu daripada empat anak mereka akan menghidap penyakit tersebut.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Apakah yang tiga lagi hanya pembawa atau tidak membawa atau menghidap langsung. Saya risau kerana suami saya enggan menjalankan ujian tersebut dan dia begitu yakin dia bukan pembawa talasemia berdasarkan ujian negatif yang diperolehi daripada anak kami. Saya harap doktor dapat membantu.

– NORI

———————-

Nori,
Sekiranya cuma ibu pembawa dan ayah normal, setiap kali mengandung, risiko anak menjadi pembawa talasemia (thal-trait) adalah 50 peratus dan 50 peratus lagi kemungkinan anak adalah normal.

Sekiranya kedua ibu bapa adalah pembawa, risiko untuk anak adalah masing-masing 25 peratus normal dan talasemia major manakala 50 peratus lagi pembawa sihat. Risiko ini adalah untuk setiap kali mengandung dan bukannya satu atau dua daripada empat orang anak.

* Jawapan disediakan oleh Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fadzillah Ghazalli


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com

No comments