728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

28 July 2007

Cemburu suami cium anak

SOALAN: Apa hukum sorang isteri mencemburui suami yang mencium anaknya sendiri ?

– Saifuddin Abdullah, Hulu Kinta, Perak.

Jawapan: Tidak mengapa dan harus hukumnya seorang bapa mencium anak gadisnya sendiri sekalipun bila umurnya sudah meningkat dewasa. Tetapi disyaratkan tanpa ada sebarang perasaan atau syahwat. Sebab itu apabila anak gadisnya sudah meningkat dewasa tempat-tempat atau cara yang boleh menimbulkan sebarang curiga atau fitnah perlu diawasi dan dijauhi seperti bibir atau hidungnya. Ibu-ibu gadis pula perlu mengawasi keadaan supaya angkara kefasikan akan sentiasa tertutup pintunya dalam rumah tangga dan masyarakat kita hari ini kerana banyak sangat sekarang berlaku cerita haruan makan anak atau pagar makan padi kerana terlampau bebas mengikut budaya asing. Begitu juga sebaliknya anak gadis dibenarkan mengucup atau mencium tangan bapanya dengan penuh hormat dan kasih sayang. Ini sesuai dengan ajaran agama yang menganjurkan kasih sayang dan keharmonian seperti sabda Nabi bermaksud: Kamu tidak akan dapat memasuki syurga sehingga kamu beriman dan kamu selamanya tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan kamu sesuatu (amalan ) yang bila kamu lakukanya kamu akan berkasih sayang sesama kamu iaitu sebarkan salam di kalangan kamu. Wallahualam.

Dijawab oleh YADIM

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
sales@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Cemburu suami cium anak Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top