728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

29 June 2007

Menguruskan khunsa

SOALAN: Mengenai khunsa, bagaimana hukum berurusan dengannya dan apabila mereka meninggal dunia, bagaimanakah hendak menguruskan jenazah mereka?

- Ismail Bajuri, Kota Kinabalu, Sabah.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Jawapan:

Imam kita Nawawi telah mengatakan bahawa khunsa ada dua jenis iaitu pertama, yang ada dua alat kelamin, wanita dan lelaki, kedua, yang tidak mempunyai sebarang alat tersebut selain jalan keluar najis sahaja. Adapun khunsa jenis pertama ini dapat dikenali dengan cara kencingnya, kalau kencingnya melalui alat kelamin lelaki sahaja maka dia dikira lelaki atau sebaliknya maka dia dikira wanita. Tetapi kalau kedua-duanya berhenti serentak maka perlulah dilihat mana yang dulu keluar.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Sekiranya ia bermula serentak maka dikira dengan yang paling terkemudian selesainya. Tetapi kalau yang satu alat itu terlebih dulu berfungsi maka yang dahulu itulah yang dikira dan diambil hukumnya dan kalau bersama pada kedua-duanya (keluar dan berhenti ) maka dikira termasuk dalam hukum khunsa musykil yang mempunyai hukumnya yang khusus. Begitu juga haidnya. Tetapi disyaratkan keadaan itu berulangkali berlakunya sebagaimana apa yang ditetapkan oleh Syaikhan (Nawawi dan Shafie).

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Adapun hukum khunsa musykil itu panduannya kenalah diambil dengan cermat dan selamat serta ditinggalkan apa yang diragui pada hak mereka, iaitu seperti hukum wanita dalam masalah masuk bilik mandi air panas, cukur kepala, bulu ari-ari, azan dan iqamat, aurat, kafan, pengurusan jenazah dan lain-lain. Manakala dalam beberapa masalah lain dia dikira seperti lelaki, iaitu dalam hukum memakai pakaian sutera, perhiasan emas dan berdiri semasa menjadi imam bagi kaum wanita di depan mereka, bukan di tengah mereka seperti imam wanita biasa kerana dikhuatiri mereka dari kalangan lelaki dan haram mengkhatankan mereka atas satu pendapat.

 Rahsia Tarikh Lahir | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Kita tidak harus melakukan sesuatu yang boleh menyakiti sesiapa atau mendatangkan mudarat terhadap sesiapa, kerana semata-mata berdasarkan syak sahaja, tidak harus baginya untuk beristinjak dengan batu, kerana keraguan tersebut dan tidak dapat meyakini dengan alat yang asal dari yang sampingan. Demikianlah hukum yang lain-lain lagi. Wallahualam.

~ YADIM

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Menguruskan khunsa Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top