Breaking News

Dugaan seorang janda

SOALAN: SEJAK berpisah dengan suami dan menjadi janda, saya susah hendak bergerak dan tidak boleh keluar bebas seperti dulu kerana akan menjadi perhatian orang. Saya menjadi bahan cemuhan dan bisikan orang yang menuduh saya dengan perkara yang bukan-bukan. Bagaimana hendak menghindarkan perkara tersebut?

– Aini, Kuala Lumpur.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Jawapan:

Anda memang akan menjadi buah mulut manusia lain. Ini memang tidak dapat dielakkan kerana demikianlah nasib seorang ibu yang menjadi janda, lebih-lebih lagi kalau mempunyai rupa yang cantik, sudah tentu ramai yang akan iri hati terhadap anda. Apatah lagi mereka yang mempunyai suami kerana takut suami terlepas kepada orang lain atau terpaut kepada anda. Sebab itu anda tidak perlu bimbang dan anda dinasihatkan supaya berlapang dada dan berurusan seperti biasa dengan menjaga diri dengan segala adab sopan agama dan tatasusila ketimuran yang baik dan mulia. Anda boleh bekerja seperti biasa untuk mencari sara hidup di samping memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas. Bacalah seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada bakal isterinya Maimunah (Ummu Salamah) yang menjanda disebabkan kematian suaminya, iaitu dengan kata, Allahumma ajirni pi musibati wakhlufni khairan minha bermaksud, “Tuhanku! Berikan ganjaran-Mu dalam musibah yang menimpaku dan gantikan daku apa yang terlebih baik daripadanya.” Dan akhirnya Maimunah dijodohkan dengan Rasulullah sendiri yang memang lebih baik dari suaminya yang dahulu, kerana baginda adalah manusia agung dan terpuji tidak ada sesiapa yang dapat menandinginya.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Dalam hal ini firman Allah bermaksud: Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia (al-Qalam ayat 4). Dan dialah manusia yang paling mulia dari segala makhluk atas itlaq tanpa pengecualian lagi termasuk Malaikat dan sesiapa sahaja. Oleh itu anda banyakkan bersabar dengan menerima ketentuan-Nya kerana itulah tugas kita sebagai hamba-Nya. Wallahualam.

Dijawab oleh YADIM.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


 Rahsia Tarikh Lahir | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments