728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 May 2007

Tidak Bersosial

SOALAN:

Saya lahir dalam golongan keluarga yang miskin. Sejak lahir lagi merasa fobia apabila ingin bersosial dengan orang ramai termasuk keluarga sendiri. Ini disebabkan ada di antara mereka yang selalu mengatakan dan mengeji keluarga kami disebabkan kemiskinan kami.

Adakah saya berdosa kerana tidak bersosial ataupun bergaul dengan orang ramai, jiran ataupun keluarga sendiri? Sebabnya takut dikata atau dikeji disebabkan kemiskinan keluarga kami. Sejauhmanakah agama menilai orang mempunyai penyakit fobia ini?

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

JAWAPAN

Saudara tidak berdosa kerana tidak bergaul dengan mereka. Namun tidak baik jika saudara mengasingkan diri dari bermasyarakat. Dalam Islam kita dituntut supaya hidup bersaudara dan bergaul mesra. Mungkin saudara berasa rendah diri dan malu untuk bergaul dengan mereka.

Saudara perlu ingat bukan semua orang yang tidak suka orang miskin. Mungkin mereka lupa akan hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Ya Allah, hidupkanlah aku sebagai orang miskin dan matikanlah aku dalam keadaan miskin serta kumpulkanlah aku pada hari kiamat nanti bersama orang miskin.” (Riwayat al-Tirmidzi ).

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Biarlah orang tidak minat bergaul dengan kita kerana kemiskinan kita, yang penting Rasulullah cintakan orang miskin di dunia dan baginda akan dibangkitkan bersama-sama orang miskin. Bukankah doa Rasulullah itu mengajar kita erti menyayangi orang miskin. Rasulullah tidak akan mengaku umatnya sekiranya kita membenci sesuatu yang dicintai oleh Rasulullah.

Saudara juga tidak perlu berasa fobia. Saudara berkewajipan menghadiri jemputan selagi mana majlis itu tidak ada perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Mulai sekarang saudara kena berfikir secara positif dan berusaha bersangka baik.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Lain keadaannya jika saudara hadir tanpa diundang, ketika itu bolehlah saudara berasa malu dan rendah diri. Tiada sesiapapun yang hina di sisi Allah melainkan orang yang tidak beriman dan tidak mengenal pencipta. Jangan melayan fobia yang sedang berlegar-legar di dalam minda saudara, malahan saudara hendaklah membuang fobia itu dan terus maju.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Ingat! Allah tidak suka kepada orang yang mudah berputus asa dan orang yang mudah menyerah kalah. Kehidupan ini mesti diteruskan demi survival umat. Allah berfirman bermaksud: … dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Dijawab Oleh MOHD. FARID RAVI ABDULLAH


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tidak Bersosial Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top