728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

17 May 2007

Taati ibu, jangan sakit hati suami

Oleh Musa Awang

CEREKARAMA berjudul Selimut Putih yang ditayangkan di televisyen malam Sabtu lalu menarik untuk dikupas pada ruangan ini. Tayangan drama itu bertepatan dengan sambutan Hari Ibu Ahad lalu.

Drama itu mengisahkan dua wanita yang derhaka kepada suami mereka. Akhirnya mereka menerima balasan di mana anaknya pula menderhaka kepadanya. Akhir cerita, si anak juga kemudian mendapat balasan atas dosa menderhaka terhadap ibu mereka.


E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Mana-mana agama sekalipun di dunia ini, ibu diletakkan sebagai orang paling atas untuk ditaati dan dimuliakan kerana pengorbanan dan kedudukannya.

Banyak firman Allah dalam al-Quran mengenai suruhan mentaati ibu bapa dan ketaatan kepada mereka adalah selepas ketaatan kepada Allah, begitu juga hadis Rasulullah SAW.

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW kepada siapa harus aku memberikan bakti. Baginda SAW menjawab: ‘Ibumu…’ sebanyak tiga kali. Ditanya kali keempat, barulah Baginda SAW menjawab: ‘Ayahmu…’.

Diriwayatkan oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami, beliau datang bertanya kepada Rasulullah SAW bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad fi sabilillah bersama Baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Beliau menjawab, “Masih.” Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah terus di sisinya, di sanalah terletaknya syurga.”

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Hadis ini menjelaskan bahawa tugas anak berbakti kepada ibu adalah lebih besar ganjarannya daripada berjihad di jalan Allah.

Namun, kita perlu jelas bahawa mentaati ibu atau sesiapa sekalipun tidak boleh melepasi ketaatan kita kepada Allah. Arahan dan kasih sayang kepada ibu tidak boleh menyebabkan kita taat sehingga melakukan perkara ditegah Allah.

Ia berdasarkan arahan Rasulullah SAW bermaksud, “Jangan kamu taat kepada makhluk dalam hal yang melanggari Allah.”

Setiap anak perlu sentiasa mentaati arahan yang baik dan dosa menderhaka kepada ibu dan bapa adalah termasuk dalam tujuh dosa yang sangat besar.

Sementara itu, seorang isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab besar terhadap suami yang tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya akan mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri nusyuz (derhaka).

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jika syurga seorang lelaki atau seorang anak adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang isteri ialah di bawah tapak kaki suaminya.

Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Tanda isteri nusyuz banyak, antaranya:

Menyakiti hati suami

Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).

Puasa sunat dan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa izin

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Keluar rumah tanpa izin

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)

Meminta cerai tanpa sebab

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya (tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak) haram baginya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Menolak bersetubuh tanpa alasan

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah isteri itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam Undang-undang Kekeluargaan Islam di negara ini ada peruntukan mengenai hukuman terhadap isteri yang derhaka (nusyuz) kepada suami. Contohnya, Seksyen 130 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan seorang isteri derhaka boleh dihukum denda tidak melebihi RM100, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak melebihi RM500.

Walaupun hukumannya tidak tinggi, isteri nusyuz tidak akan terlepas daripada balasan hukuman di akhirat. Nusyuz juga boleh memberi kesan kepada kedudukan nafkah isteri yang wajib disempurnakan suami.

Walau bagaimanapun, belum ada undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap anak yang menderhaka terhadap ibu atau bapanya.

Mungkin penggubal undang-undang boleh mengkaji perkara itu untuk memasukkan peruntukan dan hukuman sesuai terhadap pihak yang mengabaikan atau menderhaka terhadap ibu bapanya.
# Penulis ialah Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke admin@pgsm.org.my

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Taati ibu, jangan sakit hati suami Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top