Breaking News

Suami perlu ringan tulang

ISLAM meletakkan wanita pada tahap yang tinggi dan mulia. Tugas isteri melayan suami semata-mata dan sekiranya isteri tidak mampu melakukan tugas di rumah, menjadi tanggungjawab suami menyediakan pembantu. Demikian tingginya martabat seorang isteri di sisi suami dan rumah tangga.

Bagaimanapun persepsi masyarakat hari ini meminggirkan perkara berkenaan sehinggakan suami bertindak bagai raja sementara isteri menjeruk rasa kerana bebanan tugas berganda antara tanggungjawab sebagai pekerja dan isteri di rumah.

Mungkin juga lelaki dan isteri sering diingatkan ‘syurga di bawah tapak kaki suami’ sambil mengetepikan bahawa seseorang bergelar isteri ‘melayan keinginan suami’, bukan dibebankan tugas mengemas, memasak, mencuci, membasuh dan sebagainya.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata masyarakat khususnya suami perlu lari daripada tanggapan kerja rumah hak mutlak isteri kerana agama tidak meletakkan tugas rumah pada bahu isteri sebaliknya meletakkan martabat isteri pada tempat yang paling mulia, kerana ia hanya akan memburukkan tanggapan orang luar terhadap Islam.

Beliau berkata, seandainya lelaki tidak mampu menyediakan pembantu kepada, membantu isteri dengan kerja rumah seperti mengemas, mencuci bilik air, menjaga anak adalah kerja terpuji dan secara tidak langsung seorang suami atau bapa itu menunjukkan contoh yang positif di hadapan anaknya pula.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


“Membantu isteri juga antara cara terbaik menjaga hati dan perasaan wanita, membuktikan suami seorang yang prihatin selain mengeratkan kasih sayang. Tidak kira isteri anda berkerja atau suri rumah, bantuan sedemikian menunjukkan anda sayang kepada keluarga,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kerajinan suami, Hushim berkata, ia banyak dipengaruhi persekitaran dan pendidikan ibu bapanya ketika zaman awal kanak-kanak yang mana ia menjadi ‘role model’ yang dibawanya sehingga dewasa terutama apabila bergelar suami atau bapa.

“Sekiranya anak lelaki melihat bapanya rajin membantu ibu, besar kemungkinan anak ini akan menjadi suami yang ringan tangan apabila bergelar suami kelak. Sungguhpun begitu masyarakat juga berperanan menjadikan ‘suami berat tulang’ umpamanya bila terkeluar ayat seperti ‘lelaki perlu tinggi egonya’, ‘queen control’ dan ‘budak lelaki tidak boleh buat kerja perempuan, nanti jadi pondan’ ataupun ‘perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun tempatnya di ceruk dapur juga’.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


“Sedangkan persepsi berkenaan mempengaruhi nilai masyarakat dan negara yang mana ia mendatangkan kesan negatif dalam perhubungan suami isteri. Merubah persepsi berkenaan, suami perlu mengubah sikap, dengan lebih ringan tangan membantu isteri kerana menjadi contoh kepada anak pada masa depan.” katanya.

Antara cara yang mungkin boleh dilaksanakan ialah dengan menggalakkan anak melakukan kerja rumah dengan menyediakan jadual umpamanya mengelap lantai, membuang sampah dan mengelap tingkap bergilir-gilir dan tidak memberatkan jantina yang mana anak perempuan perlu kerja lebih di rumah.

“Bantuan suami sebenarnya lebih kepada mengeratkan kasih sayang, tidak akan hilang bisa ular menyusur akar. Ego yang tidak bertempat ini sebenarnya adalah punca kepada renggang kasih sayang dan paling ditakuti apabila isteri merasakan dirinya tidak dihargai apatah lagi sekiranya dia bekerja di pejabat dan tugasan di rumah terbeban pada bahu sendiri,” katanya.

Pandangan berkenaan turut disokong Mazlan Abu Yazid. Bapa kepada 10 anak itu berkata, beliau biasa membantu kerja di rumah seperti menyidai pakaian dan membasuh kerana arwah bapanya dulu selalu membantu ibunya dengan kerja demikian menjadikan dia tidak menganggap kerja rumah tanggungjawab isteri semata-mata.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Beliau akui tidak pernah pernah berasa malu menyidai kain atau menyapu sampah, sebaliknya bangga andai berjaya melakukan tugasan sedemikian yang disifatkan boleh menjadi contoh kepada anaknya kelak.

“Kalau rumah bersepah kita kenalah buat sendiri. Janganlah mengharapkan kepada isteri semata-mata walaupun mungkin isteri itu tidak bekerja, tetapi sebenarnya suri rumah kerjanya tidak ada waktu rehat. Bagaimanapun kalau isteri ingin menegur kerja suami yang mungkin tidak secermat isteri, ia perlulah dilakukan secara baik dan tidak membebel kerana naluri manusia hanya ingin mendengar yang baik saja, walaupun kita mungkin melakukan kesilapan,” katanya.

Bagi Abdul Rahim Abdul Gafar pula, beliau menyifatkan membantu isteri melakukan kerja rumah sebagai antara tanda penghargaan kepada isteri selain menunjukkan contoh yang baik kepada tiga orang anaknya termasuk dua kembar seiras.

Katanya, kebanyakan lelaki yang ‘ringan tulang’ banyak dipengaruhi didikan orang tuanya ketika kecil dan berharap anak kembar lelakinya akan mengikut contoh positif yang dilakukannya hari ini, malah jika boleh membawa kepada usia dewasa mereka kelak.

“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan kerja rumah, justeru saya tidak berasa malu untuk memasak, mengemas, malah melihat kerja sekolah anak. Saya melihat ini sebagai tanggungjawab seorang lelaki apabila bergelar suami atau bapa.

“Saya juga sebenarnya sejak kecil dulu sudah diajar melakukan kerja rumah. Kebetulan pula saya dan isteri anak sulung, ia banyak membantu kami hidup dalam suasana tolong menolong. Tabiat ini juga bukanlah ‘persetujuan’ bersama ketika sebelum berkahwin, sebaliknya ia berlaku secara semula jadi,” katanya.



Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments