728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

14 May 2007

Suami kaki pukul

Bersama: NUR FADHLIN MOHD YUSOF

SOALAN
SUAMI saya seorang pemarah dan sering mengasari saya. Saya selalu dipukulnya sehingga cedera parah dan dia kerap merosakkan barang-barang rumah.

Saya ada menyuarakan keinginan untuk berpisah dengannya tetapi dia mengugut akan mencederakan saya jika saya membuat permohonan cerai. Kami telah mendapatkan khidmat kaunseling di JAIS sejak tahun lalu namun tiada tanda-tanda yang dia akan berubah sikap. Saya sudah tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan sebegini. Apakah yang patut saya buat?

- Siti Sarah,Shah Alam, Selangor.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

——————

JAWAPAN

Situasi yang puan alami merupakan sejenis keganasan rumahtangga. Keganasan yang berlaku dalam institusi kekeluargaan merupakan suatu kesalahan jenayah; ikatan perkahwinan sama sekali tidak memberi hak kepada seseorang untuk bertindak kasar terhadap pasangannya. Tambahan pula, agama Islam mengajar bahawa perhubungan antara lelaki dan wanita perlu berlandaskan perasaan saling sayang-menyayangi dan kasih-mengasihani (Surah Ar-Rum ayat 21).

Seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 mentafsirkan ‘keganasan rumahtangga’ sebagai mana-mana perbuatan berikut:

(a) mengugut untuk mencederakan mangsa;

(b) mencederakan mangsa secara fizikal;

(c) memaksa mangsa melakukan apa-apa perbuatan baik berbentuk seksual atau tidak;

(d) mengurung atau menahan mangsa;

(e) merosakkan harta benda untuk menakutkan mangsa.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Dari sini, jelaslah bahawa suami puan boleh didakwa sebagai pesalah keganasan rumahtangga. Terdapat beberapa jalan yang puan boleh ambil bagi menyelesaikan masalah ini, yakni:

(a) memohon Perintah Perlindungan daripada mahkamah;

(b) menuntut pampasan;

(c) memohon cerai secara fasakh.

Secara ringkasnya, Perintah Perlindungan berfungsi menghalang suami puan daripada menggunakan keganasan ke atas puan. Perintah ini dikeluarkan dalam dua peringkat: Perintah Perlindungan Sementara dan Perintah Perlindungan Muktamad.

Perintah Perlindungan Sementara dikeluarkan atas tujuan melindungi mangsa keganasan rumahtangga sementara kes disiasat oleh pihak polis. Untuk mendapatkan Perintah ini, puan perlu membuat aduan ke balai polis yang berhampiran dengan tempat tinggal puan. Dalam laporan itu, puan perlu menyatakan segala bentuk ugutan dan keganasan yang pernah dilakukan oleh suami terhadap puan.

Selepas membuat laporan, puan akan diberikan resit untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan di mana-mana hospital kerajaan. Seterusnya, serahkan sesalinan surat pengesahan dan laporan doktor pemeriksa yang diperoleh kepada Pegawai Penyiasat yang mengendalikan aduan puan.

Pegawai tersebut akan mengeluarkan surat saranan untuk puan memohon perlindungan sementara. Surat ini dialamatkan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat yang akan membawanya kepada Majistret bagi mendapatkan Perintah tersebut. Perintah Perlindungan Sementara ini berkuatkuasa sehingga siasatan atas aduan puan selesai.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Selepas siasatan kes puan tamat dan suami puan didapati bersalah, Perintah Perlindungan Muktamad akan dikeluarkan. Perintah Perlindungan juga boleh mengandungi syarat-syarat berikut:

(a) supaya suami puan meninggalkan rumah biarpun rumah itu adalah miliknya;

(b) dia tidak boleh memasuki kediaman puan melainkan dengan kehadiran polis;

(c) dia tidak boleh menghubungi puan sama ada secara bertulis mahupun elektronik;

(d) dia memberikan kenderaan yang puan gunakan selama ini kepada puan.

Perintah ini berkesan bagi tempoh setahun daripada tarikh ia dikeluarkan dan ia boleh diperbaharui jika suami puan melanggar syarat-syarat di bawahnya. Perintah ini juga boleh diperbaharui bagi tempoh setahun lagi jika Mahkamah berpuashati yang ini merupakan langkah terbaik demi keselamatan puan tetapi lanjutan ini tidak boleh dibuat lebih daripada itu.

Memandangkan puan mengalami kecederaan dan kerosakan harta-benda akibat perlakuan suami, Mahkamah boleh memerintahkan agar puan dibayar pampasan yang setimpal termasuk nilai kesakitan yang dialami akibat kecederaan; kos perubatan; kerugian daripada kehilangan pendapatan; dan nilai harta-benda yang dirosakkan.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Selain itu, puan juga mempunyai alasan yang kukuh untuk membuat permohonan perceraian secara fasakh di Mahkamah Syariah. Seksyen 53 (1) (h) (i) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan bahawa sekiranya suami lazim menyakiti isterinya atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya, isteri tersebut bolehlah memohon untuk mendapatkan perintah pembubaran perkahwinan di Mahkamah.

Kami juga menasihatkan puan mendapatkan khidmat bantuan Pertubuhan Pertolongan Wanita (Women’s Aid Organisation) di talian 03 7956 3488 atau hantarkan e-mel kepada wao@po.jaring.my untuk mendapatkan pertolongan mereka.

Pertubuhan ini ada menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk, antara lain, khidmat kaunseling dan juga rumah perlindungan bagi wanita yang menghadapi masalah seperti puan. Alamat rumah perlindungan ini dirahsiakan demi keselamatan penghuni-penghuninya.

- Nur Fadhlin Mohd Yusof Pegawai Undang-Undang Sisters In Islam.

Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat No. 7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor atau telefon ke Talian TeleNisa di 03 77843733 pada setiap hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel kepada: sistersinislamlegalclinic@yahoo.com

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Suami kaki pukul Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top