728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

12 May 2007

Suami ‘anak emak’

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my

Dikaitkan dengan anak lelaki terlalu dimanjai ibu kerana 1,001 alasan

“KALAU ummie buat kari, sedap. Tapi kalau you yang buat I tak berapa seleralah,” pedihnya telinga Hazimah sudah tidak terasa dek lali mendengar ungkapan ‘semanis’ itu daripada bibir suaminya.

Bagi dirinya ungkapan sebegitu tidak lagi memberikan sebarang erti kerana kalau melenting, suami akan mengadu kepada ibunya dan beliau pula yang mendapat malu nanti. Nasiblah bersuamikan anak emak.

Kisah anak lelaki yang dikaitkan sebagai anak emak bukan perkara baru. Segala-gala dilakukan ‘anak emak’ selalu ‘dilaporkan’ kepada ibu. Secara umumnya anak emak dikaitkan dengan anak lelaki yang terlalu dimanjai ibu kerana 1,001 alasan.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata ‘anak emak’ boleh mendatangkan kesan positif apabila anak berkenaan mengambil berat dan menghormati ibunya itu, sesuai zahirnya yang perlu bertanggungjawab menjaga ibu apatah lagi sekiranya ketika itu beliau masih belum mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, katanya, konsep ‘anak emak’ boleh mendatangkan kesan negatif apabila anak berkenaan mula mendirikan rumah tangga.

“Berdasarkan penelitian perkara ini boleh menimbulkan masalah dengan isteri apabila si anak mula membandingkan perkara dilakukan isteri dengan ibunya, seperti cara memasak, cara mengemas rumah dan sebagainya yang berlebihan hingga menimbulkan kecil hati isteri.

“Kalau memuji dan membandingkan dengan berlebihan, si isteri akan rasa kekurangan dan apabila berlaku, keadaan ini boleh menggugat keharmonian rumah tangga kerana isteri mungkin berasa dirinya tidak berperanan dalam rumah tangga,” katanya yang mengatakan beliau ada mengendalikan purata tiga kes sebulan membabitkan isu berkenaan.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Katanya, anak emak berlaku dalam semua lapisan masyarakat dan lazimnya dikaitkan dengan lelaki kerana anak lelaki dikatakan lebih pandai mengambil hati ibu menyebabkan seorang ibu cenderung mengasihi anak lelaki.

Malangnya kasih sayang itu boleh merosakkan kerana anak lelaki dilayan bagaikan raja, sedangkan anak perempuan dibebankan tugas yang berat. Malah ada kalanya, kehendak anak lelaki diberikan sedangkan anak perempuan terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Sedangkan perkara itu boleh mengundang masalah pada kemudian hari termasuk generasi lelaki seterusnya yang tidak tahu tanggungjawab dan hidup bergantung kepada orang lain.

“Anak emak tidak begitu menimbulkan masalah kalau bujang, yang menjadi masalah ialah bila dia sudah berkahwin. Menangani anak emak ini, saya lihat anak lelaki dan ibu berkenaan perlu berubah.

“Kalau si anak berlebihan seperti terlalu bergantung kepada ibu dalam serba perkara, si ibu itu perlu menegur dan menasihati anak berkenaan bahawa dia kini punyai keluarga baru yang perlu diberikan perhatian, sementara anak itu pula perlu tahu membahagikan kasih sayang itu dengan adil,” katanya.

Bagaimanapun, beliau akui ada segelintir ibu yang ‘tidak sedar atau sengaja’ mengambil kesempatan kerana kepentingan sendiri terutama apabila anak menjadi sumber kewangan. Malah, dalam keadaan tertentu keakraban itu boleh menggugat perkahwinan anaknya.

“Banyak juga kes saya kendalikan hingga membawa perceraian. Ada satu kes, lelaki ini seorang anak emak. Disayangi kerana bijak sejak daripada sekolah rendah hinggalah masuk universiti dan selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Apabila dia hendak berkahwin, namun si ibu memberi syarat supaya kekal tinggal di rumah ibunya.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

“Bagaimanapun isterinya enggan, lalu timbul pergaduhan dan keengganan itu membawa kepada perceraian. Malangnya perceraian itu menyebabkan anak lelakinya itu terus membujang dan serik berkahwin lagi,” katanya.

Mengulas mengenai peranan bapa, Hushim tidak menafikan segelintir bapa bersikap lepas tangan, malah langsung tidak menegur tabiat isteri dan anak dengan kata lain isteri mendominasi sesebuah keluarga.

“Bapa seharusnya perlu tegas, terangkan bahawa anak lelakinya itu lambat laun akan berkeluarga sendiri dan tidak akan menjadi seperti ketika masih kanak-kanak lagi. Ibu boleh beri kasih sayang, tetapi biarlah berpada-pada.

“Usah sampai terjadi anak perempuan terasa hati, memanjakan anak lelaki tidak bertempat hinggalah membasuh sebiji cawan pun dilarang yang mana kelak dia akan menjadi seorang suami atau ayah yang mungkin tidak tahu memberi nafkah kepada anak dan isteri,” katanya.

Perlu tahu bahagi kasih

Dr Ahmad Fadzley Yaakob menyifatkan anak emak bukan satu keburukan seandainya seorang lelaki yang bergelar suami itu tahu membahagikan kasih sayang antara isteri. Malah, beliau sendiri memastikan dapat menjaga hati isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz dan ibu, Datin Umi Kalsom Abdul Latib sebaik mungkin.

“Selepas berkahwin hubungan saya dengan ibu semakin rapat, sementelah menantu juga adalah pilihan ibu. Ia ibarat melengkapkan keinginan saya dan ibu. Hari ini saya berasa cukup bertuah didampingi dua wanita, ibu dan isteri.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

“Kalau ketika bujang dulu saya selalu menggenggam tangan kanan ibu di sebelah kanan, kini sebelah kiri pula tangan isteri. Saya berasa bertuah kerana isteri juga menyayangi ibu hingga dia menyarankan kami tinggal sebumbung walaupun sudah memiliki rumah sendiri sementara adik lelaki meneruskan pengajian di luar negara.

“Mengenai hari ini, sebelum ini setiap kali sambutan hari ibu kami sekeluarga akan berkumpul, makan bersama di luar dan tidak lupa memberikan bunga untuk ibu, bagaimanapun tahun ini sedikit berbeza kerana saya dan isteri akan memasak untuk dinikmati ibu,” katanya.

Sungguhpun ada kes anak emak hingga menimbulkan kisah kurang enak, Dr Fazley berkata seharusnya lelaki mengikut landasan Islam yang betul dengan tidak mempersia-siakan ibu dan isteri.

INFO
Anda anak emak?
# Rapat dengan ibu berbanding bapa.
# Berkongsi segala masalah daripada perkara kecil hingga ke yang besar dengan ibu.
# Terlalu bergantung kepada ibu, malah ada yang inginkan bakal isteri 100 peratus sama dengan ibu.
# Sensitif dalam banyak perkara, malah kadangkala dilihat kurang ada keyakinan diri sekiranya perlu membuat sebarang keputusan.
# Tidak terburu-buru mendirikan rumah tangga kerana ada ibu yang menjaga makan pakai.
# Melebihkan ibu hingga menyebabkan kekasih atau isteri makan hati.


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Suami ‘anak emak’ Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top