728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 May 2007

Pendarahan selepas putus haid

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

MUKA anda terasa panas, kemerah-merahan dan berpeluh di waktu malam. Anda lebih kerap membuang air kecil, rasa sakit kepala, menjadi bengkeng dan sukar tidur.

Sementara itu, faraj kering dan sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Masa haid pula tidak seragam.

Walaupun ibu atau nenek anda mungkin menggunakan perkataan ‘perubahan’ yang merujuk kepada menopaus, maksudnya tetap sama – satu titik dalam kehidupan seseorang wanita di mana haidnya berhenti.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Tempoh terakhir haid seseorang wanita ini juga menjadi isyarat berakhirnya kesuburan mereka. Secara beransur- ansur juga, ovari iaitu kelenjar yang menghasilkan telur dan hormon seks seperti estrogen, akan berhenti berfungsi.

Menopaus mungkin bermula pada awal usia 40-an hinggalah ke pertengahan 50-an, Puratanya lebih kurang 52 tahun, berbeza-beza di antara setiap individu dan boleh berlangsung selama beberapa tahun lamanya, selalunya antara dua hingga tiga tahun.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor berkata, fenomena ini merupakan sebahagian daripada proses perubahan semula jadi tubuh badan wanita.

Perubahan boleh berlaku secara fizikal dan juga mental. Ada sesetengah wanita yang tidak menunjukkan apa-apa petanda dan tidak menghadapi sebarang masalah namun kebanyakan wanita akan mengalaminya.

‘‘Perubahan hormon ini akan mempengaruhi ovulasi dan juga corak bulanan haid anda. Haid akan menjadi tidak teratur, kedatangannya mungkin tidak menentu, begitu juga dengan jumlah darah yang turun.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


‘‘Sekiranya haid tidak datang untuk tempoh 12 bulan, bermakna wanita mengalami pascamenopaus,’’ ujar beliau sambil menambah, julat masa sebelum mencapai menopaus dipanggil perimenopaus, yang berlangsung dari 10 hingga 15 tahun.

Menurutnya, menopaus dari zaman terdahulu berhenti pada umur yang agak tetap, berbeza dengan umur pada waktu mula-mula datang haid di mana makin bagus pemakanan serta kehidupan seseorang itu, makin awal pula datangnya.

Sekitar menopaus, kata Dr. Shah Reza, haid jadi tidak menentu. Selepas menopaus, pendarahan berhenti. ‘‘Namun, jika pendarahan berlaku selepas menopaus, ia boleh menjadi satu petanda kanser dan perlukan perhatian doktor,’’ jelasnya.

Penyebab pendarahan haid yang abnormal

Mungkin pendarahan haid yang tidak teratur itu merupakan gejala menopaus, akan tetapi anda harus berjumpa doktor supaya penyebab lain dapat dikecualikan.

Lebih-lebih lagi jika anda berusia lebih 50 tahun. Di kalangan wanita yang sudah putus haid/pasca menopaus, pendarahan mungkin disebabkan oleh:

- Penipisan dinding lapisan dalam rahim/atropi endometrial

- Penggunaan terapi hormon gantian

- Ketumbuhan polip iaitu satu ketumbuhan yang tidak berbahaya yang tumbuh dari lapisan rahim

- Hiperplasia lapisan dalam rahim, satu keadaan di mana lapisan dalam rahim tumbuh melampaui kadar dan boleh menjadi kanser

- Kanser rahim

- Infeksi rahim dan pangkal rahim

- Penyakit-penyakit kronik seperti tiroid

- Penggunaan ubat-ubatan seperti warfarin untuk mereka yang mempunyai masalah injap jantung

- Kanser-kanser lain.

Mereka yang berisiko mendapat kanser rahim

- Berat badan melebihi berat ideal/unggul

- Mereka yang berovulasi tidak menentu dan mempunyai haid tidak menentu

- Lambat mencapai menopaus

- Mempunyai sindrom polisistik ovari

- Mempunyai hiperplasia lapisan dalam rahim yang tidak dirawat sempurna

- Menghidapi barah telur/ovari, payudara atau usus penghadaman

- Mempunyai keluarga terdekat yang menghidapi kanser-kanser di atas.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Rawatan hormon

Dr. Shah Reza berkata, wanita yang menghadapi kepanasan badan selepas menopaus biasanya akan dipreskripsi dengan rawatan estrogen dan/atau progesteron.

‘‘Seandainya masih mempunyai rahim, hormon estrogen diambil bersama-sama dengan progestagen untuk mencegah kanser rahim. ‘‘Pengambilan hormon-hormon ini boleh menyebabkan pendarahan menyerupai haid bulanan, bergantung kepada jumlah dan jenis rawatan hormon gantian yang diambil serta, secepat mana rawatan hormon gantian ini diambil selepas menopaus,’’ jelasnya.

Rawatan hormon gantian boleh diambil melalui beberapa cara seperti melalui mulut, melalui faraj (krim, pil atau cecincin hormon) dan melalui kulit

Terdapat dua jenis rawatan hormon gantian:

1. Rawatan kombinasi berterusan. Hormon estrogen dan progesteron diambil tiap-tiap hari. Kaedah ini mungkin menyebabkan pendarahan yang tidak dapat diramalkan untuk beberapa bulan pertama.

2. Rawatan bukan kombinasi berterusan, diberi secara kitaran. Hormon estrogen diambil setiap hari dan pada hari-hari tertentu, hormon progesteron diambil. Semasa hormon estrogen diambil bersendirian, anda mungkin mengalami pendarahan.

‘‘Anda mungkin mengalami pendarahan sekiranya rawatan hormon gantian diberikan dalam masa tiga tahun selepas menopaus.

‘‘Anda harus segera berjumpa doktor sekiranya sudah menggunakan hormon selama enam bulan dan masih mempunyai pendarahan ataupun, anda tidak pernah mengalami pendarahan, tiba-tiba pendarahan berlaku,’’ kata Dr. Shah Reza.

Diagnosis

Doktor akan menyelidiki sejarah perubatan peribadi dan juga keluarga. Pemeriksaan fizikal dibuat dan contoh darah diambil untuk ujian lanjutan. Ujian-ujian lain adalah seperti:

- Biopsi endometrial. Menggunakan satu alat berbentuk tiub, dimasukkan ke dalam rahim untuk tujuan aspirasi tisu-tisu dalaman untuk kajian selanjutnya

- Ultrasound. Satu alat gelombang bunyi yang keputusannya dipaparkan di skrin. Dua kaedah ultrasound, sama ada diletakkan di atas abdomen ataupun dimasukkan melalui faraj, gambaran organ-organ reproduksi akan ditafsirkan

- Sonohisterografi. Sejumlah cecair akan dimasukkan ke dalam rahim, ultrasound akan digunakan untuk mengesan perubahan keabnormalan imej-imej di dalam rahim

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


- Histeroskopi. Satu alat optik dimasukkan ke dalam rahim dan pangkal rahim untuk melihat perubahan anatomi dalaman rahim

- Dilatasi dan kuretaj (D&C). Satu prosedur di mana contoh tisu dalam rahim diambil untuk kajian penyakit.

Rawatan

Rawatan adalah berbentuk individu, bergantung kepada penyebab serta komplikasinya. Jika lapisan dalam rahim terlalu nipis, hormon estrogen digunakan. Seandainya lapisan terlampau tebal, hormon progesteron pula digunakan.

Mungkin rawatan memerlukan masa untuk menampakkan hasilnya. Doktor yang berdedikasi tentunya akan mengawasi perkembangan kesihatan anda.

Sekiranya pendarahan disebabkan oleh polip, pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan itu perlu dilaksanakan.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya anda mengalami pendarahan selepas menopaus. Pengesanan awal menjanjikan rawatan yang lebih berkesan sekali gus mengurangkan komplikasi yang dihadapi.

Gejala-gejala

- Muka terasa panas, kemerah-merahan dan berpeluh di waktu malam

- Masa haid yang tidak seragam dan berbeza-beza, seperti masa haid yang lebih pendek dan haid semakin sedikit untuk selama dua tahun ataupun lebih. Selain itu, haid berhenti untuk beberapa bulan kemudian datang semula dan jarak di antara satu-satu haid lebih lama. Haid yang datang juga terlalu banyak dan/atau mengeluarkan darah beku

- Faraj menjadi kering dan sakit ketika melakukan persetubuhan

- Keinginan atau desakan hendak membuang air kecil lebih kerap

- Kemungkinan tinggi untuk mendapat jangkitan pada saluran kencing dan faraj

- Sakit kepala, pening

- Perubahan pada kulit dan rambut. Kulit akan berkedut. Kemungkinan tumbuhnya bulu roma di muka dan keguguran rambut di bahagian pelipis dahi

- Payudara menjadi lembut

- Kembung di bahagian atas abdomen

- Kehilangan jisim tulang atau osteoporosis

- Berisiko tinggi mendapat serangan jantung apabila paras estrogen menurun.

Gejala emosi

- Mudah marah/meradang

- Perubahan mood

- Hilang daya tumpuan, mengalami masalah ingatan

- Ketegangan, keresahan dan kemurungan

- Kesukaran untuk tidur mungkin disebabkan oleh muka terasa panas dan kemerah-merahan.

Kesan putus haid jangka panjang

- Osteoporosis/pengurangan jisim tulang dan kemudiannya tulang akan mudah patah

- Penyakit kardiovaskular/berkaitan jantung

- Penyakit Alzheimer.

Tip pengurusan sendiri

- Mengambil makanan seimbang

- Tidur secukupnya

- Menggunakan pelincir faraj bagi memudahkan persetubuhan

- Jika kulit kemerah-merahan, pakai pakaian daripada kain kapas dan mandi dengan air suam

- Tingkatkan pengambilan kalsium

- Bersenam secara tekal

- Berehat

- Terus mengambil pil perancang keluarga untuk selama setahun selepas haid yang terakhir

- Berkongsi masalah bersama kawan-kawan dan keluarga

- Bersedialah dan pelajarilah hal-hal berkaitan putus haid. Baca dan bertanyalah soalan-soalan mengenainya.


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pendarahan selepas putus haid Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top