728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

06 May 2007

Panduan ‘ubati’ budak daripada hisap jari

KANAK-KANAK menghisap jari adalah perkara normal. Mungkin sesetengah ibu bapa tidak selesa dengannya, tetapi bagi kanak-kanak itulah cara yang membuat mereka selesa dan tenang.

Mungkin, mereka sudah mula menghisap jari sejak di dalam kandungan. Anda mungkin biasa melihat imej ultrasound janin yang sedang menghisap jari. Justeru, tabiat itu akan berterusan apabila dia dilahirkan.

Ada sesetengah kanak-kanak diberi puting oleh ibu bapa. Oleh itu, mereka tidak menghisap jari. Ibu bapa lebih selesa dengan puting kerana memiliki kuasa sepenuhnya untuk memberi atau tidak puting kepada anak, berbanding jari walaupun mungkin beberapa kali melarang anak tetap menghisapnya.

Selalunya kanak-kanak akan menghisap jari apabila dia penat, takut, bosan, sakit atau cuba menyesuaikan diri dengan cabaran baru. Contohnya, hari pertama di sekolah atau pusat asuhan atau dia mungkin mengatasi rasa gemuruh ketika kali pertama mengikuti satu perjalanan yang jauh, misalnya balik kampung.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ada juga kanak-kanak yang mungkin gemar menghisap jari sebelum tidur atau ketika terjaga di tengah malam.

Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu untuk menjadi terlalu bimbang. Walaupun anda risau tabiat menghisap jari akan menjejaskan pertumbuhan gigi dan rahangnya, tetapi menurut Persatuan Pergigian Amerika, kanak-kanak boleh menghisap jari dengan selamat hingga usianya sekitar tiga atau empat tahun.

Bukan semua tabiat menghisap jari itu merosakkan pertumbuhan gigi. Menurut pakar, kekuatan menghisap jari dan kekuatan lidah menolak pembentukan gigi yang membuatkan gigi jongang,

Kanak-kanak yang hanya meletakkan jari dalam mulut kurang komplikasi berbanding kanak-kanak yang menghisap jari secara agresif.

Justeru, perhatikan anak anda dan analisis tekniknya. Jika dia menghisap jari dengan kuat, anda perlu pastikan dia menghentikan tabiatnya. Menghukum kanak-kanak dua tahun atau mendesak dia menjauhkan jari daripada mulutnya tidak dapat membantu kerana dia mungkin tidak menyedari kelakuannya itu. Lagi pun, semakin kuat ibu bapa mendesak, semakin kuat juga keinginannya untuk tidak berhenti.

Selalunya, kanak-kanak tidak lagi menghisap jari apabila dia bertemu cara lain untuk membuat dia tenang dan selesa. Jika anak cenderung menghisap jari ketika dia lapar misalnya, menjelang usianya dua tahun ke atas, dia akan belajar membuka peti sejuk dan mencari sesuatu untuk dimakan atau meminta makanan daripada anda.

Jika anda boleh memastikan waktu dia gemar menghisap jari misalnya ketika menonton televisyen, anda mungkin boleh memberi dia pilihan. Misalnya berikan dia bola getah kecil untuk dipicit-picit.

Jika dia menghisap jari ketika letih, mungkin anda boleh membenarkan dia tidur agak lama pada waktu petang dan lewatkan sedikit masa dia tidur pada waktu malam.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Kalau dia menghisap jari kerana dia kecewa, bantu dia meluahkan perasaannya. Apa yang penting anda tahu bila akan menghisap jari.

INFO
Kanak-kanak menghisap jari

# Kanak-kanak menghisap jari kerana berasa lebih selesa dan tenang.
# Ada kanak-kanak menghisap jari kerana penat, takut, bosan, sakit atau cuba menyesuaikan diri dengan cabaran baru
# Kanak-kanak menghisap jari dengan selamat hingga berusia antara tiga atau empat tahun tanpa menjejaskan pembentukan gigi dan rahangnya.
# Kanak-kanak yang meletakkan jari dalam mulut kurang komplikasi berbanding kanak-kanak menghisap jari secara agresif.
# Kanak-kanak akan meninggalkan tabiat menghisap jari apabila bertemu cara lain untuk membuat dia tenang dan selesa.
# Kanak-kanak mudah tidur malam dan tidur lebih awal berbanding kanak-kanak yang tidak menghisap jari.
# Hampir 94 peratus kanak-kanak berhenti menghisap jari menjelang ulang tahun pertamanya.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Panduan ‘ubati’ budak daripada hisap jari Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top