Breaking News

Panah cinta jejaka di pejabat

Oleh Fairuz Zaidan (fairuzaidan@bharian.com.my)

KEINGINAN untuk bercinta pasti dirasai oleh semua orang. Perasaan untuk dicintai atau mencintai hadir tanpa diduga. Mungkin cinta yang suci itu hadir ketika anda berada di dalam bas, pasar raya, hospital, taman bunga, laman sembang atau mungkin jiran bersebelahan dengan rumah anda.

Sukar sebenarnya untuk mengungkap maksud cinta dengan kata-kata, apatah lagi meneliti secara mendalam bentuk cinta yang muncul tanpa diduga.

Lebih-lebih lagi bila cinta yang hadir itu tidak pula bertepuk sebelah tangan sehingga merasakan diri ini begitu dihargai menjadikan segala perkara yang dilalui sehari-hari begitu bermakna.

Bagaimana pula jika cinta yang hadir itu berlaku di pejabat tempat anda bekerja? Mungkin bagi lelaki dan wanita yang masih bujang, hubungan cinta itu akan kelihatan normal sebelum kelangsungan perhubungan yang mungkin akan menuju ke fasa seterusnya, perkahwinan.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Bagaimanapun, bagaimana pula jika hubungan cinta itu membabitkan lelaki bujang dengan wanita yang sudah berumah tangga? Tidak pun mainan cinta itu antara lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita bujang?

Senario itu boleh dikatakan sudah menjadi sebahagian daripada asam garam suasana di pejabat khususnya di ibu kota. ‘Panahan’ cinta terlarang itu bukanlah sesuatu yang boleh memudaratkan ikatan sesebuah perkahwinan goyah gara-gara munculnya orang ketiga.

Situasi sebegitu sendiri menunjukkan yang cinta itu benar-benar suatu yang simbolik dan sukar untuk dimengertikan, apatah lagi membabitkan hubungan yang cukup terlarang.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Mengapakah hubungan berkenaan boleh berlaku?

Pakar Kaunseling, Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Norazman Amat, berkata kebanyakan kes cinta pejabat berlaku di kalangan lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita bujang khususnya si gadis yang baru bekerja.

“Cinta terlarang khususnya di pejabat lazimnya membabitkan lelaki yang sudah berumah tangga dengan wanita bujang. Perkara sebegini tidak patut berlaku, memandangkan isteri sudah memberi kepercayaan penuh kepada suami untuk keluar bekerja.

“Lelaki yang sudah berkahwin tidak seharusnya mempersiakan kepercayaan isteri tadi dengan melakukan perbuatan yang boleh menghancurkan hubungan suami isteri,” katanya.

Sebenarnya melihat kepada senario hubungan di pejabat sendiri tidak mustahil daripada berlaku kerana persamaan pekerjaan dan masa yang lebih banyak dihabiskan membuatkan seseorang itu semakin selesa di samping rakan sekerja.

Malah mengikut kajian Persatuan Pengurusan Amerika, 40 peratus warga Amerika terbabit dalam hubungan sesama rakan sekerja. Tidak semua sengaja memburu untuk berhubungan di tempat kerja, namun atas pelbagai faktor, kebanyakannya tidak dapat lari daripada sekurang-kurangnya terpikat dengan rakan sekerja.

Bayangkan saja, purata lapan jam sehari, lima hari seminggu atau keseluruhannya kira-kira 240 hari daripada 365 hari dalam setahun. Boleh dikatakan sebahagian besar masa individu bekerjaya dihabiskan di sekitar tempat kerja.

Keadaan itu secara tidak langsung, pejabat atau tempat kerja sajalah `ruang’ kepada golongan yang sibuk bekerja untuk bertemu, berkenalan atau bersosial. Apatah lagi bagi mereka yang menggalas tanggungjawab kerja yang banyak dan rumit hingga tidak berkesempatan untuk mencari calon suami atau isteri di luar daripada kehidupan pejabat.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Kata Norazman, kebanyakan kes yang dirujuk membabitkan ‘hubungan terlarang’ itu adalah di kalangan lelaki yang berada di fasa kedua dalam perkahwinan, iaitu membabitkan lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan lebih.

Beliau berkata, situasi itu berlaku mungkin disebabkan matlamat perkahwinan bersama pasangannya yang masih belum jelas.

“Apabila seseorang lelaki itu tidak pasti dengan perkahwinannya, dia boleh berubah dan tidak mustahil boleh jatuh cinta sekali lagi. Apatah lagi, jika cinta lelaki itu disambut pula oleh wanita yang rapat dengannya di pejabat.

“Lebih-lebih lagi jika wanita itu bersimpati dengan masalah yang dihadapi lelaki sehingga boleh mengakibatkan timbulnya bibit cinta,” katanya.

Norazman berkata, faktor yang sama juga mungkin berlaku kepada lelaki bujang dengan wanita sudah berumah tangga yang memungkinkan lelaki itu ‘terperangkap’ dalam perhubungan dengan wanita yang sudah berkahwin.

Beliau berkata, daya penarik, layanan dan cara interaksi lelaki bujang mungkin menjadi antara daya penarik yang membuatkan wanita yang sudah berkahwin mudah untuk jatuh hati.

Katanya, jarang seseorang itu akan menduakan pasangannya kecuali jika ada sesuatu yang kurang dan tidak dinikmati sepanjang mendirikan rumah tangga.

“Tambahan pula, bila cinta tidak bertepuk sebelah tangan menyebabkan perhubungan baru wujud dan boleh mengakibatkan lahirnya bibit cinta yang baru,” kata Norazman.

Bercerita mengenai perhubungan, sebenarnya tidak salah jika seseorang khususnya yang sudah mendirikan rumah tangga berkawan dengan rakan sepejabat yang masih bujang.

Semuanya bergantung kepada niat dan sempadan dalam berkawan tanpa ada sebarang pengharapan serta perbuatan tidak baik yang boleh menjurus kepada perkara yang negatif.

Bentuk perhubungan itu juga hendaklah sekadar atas dasar mendapatkan nasihat bagi memperoleh penyelesaian untuk memperbaiki hubungan suami isteri dan memperbaiki kesilapan diri.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


“Perlu bagi seseorang itu mempunyai sempadan dan had dalam berhubungan di tempat kerja, lebih-lebih bagi mereka yang sudah berkahwin.

“Bagi yang belum berkahwin itu, seeloknya memikirkan risiko bila terjebak dengan hubungan dengan mereka yang sudah berkahwin,” kata Norazman.

Norazman juga sempat menyarankan supaya mengelakkan daripada terjebak dengan perilaku hubungan terlarang di tempat kerja yang boleh menjejaskan kredibiliti dan pergaulan dengan rakan-rakan sekerja yang lain.

Apapun, kalau sudah jodoh…

FAKTA:
Faktor bila sudah jatuh cinta

Kemesraan

- Ikatan yang rapat antara rakan sekerja tidak mustahil memberi perasaan berbeza bagi tempoh yang lama, apatah lagi bila sudah mula berkongsi harapan, impian dan masalah dengan rakan sekerja.

Dekat

- Bibit cinta itu tambah kukuh bila teman sekerja itu begitu dekat dengan anda. Kajian turut mendapati semakin kerap anda bersama seseorang, semakin besar kemungkinan anda akan sukakannya.

Mudah

- Perhubungan sebegitu itu mungkin berlaku tambahan pula kepada seseorang yang masih bujang kerana tiada pilihan lain melainkan banyak masa dihabiskan di tempat kerja. Justeru, untuk mengisi kekosongan hati hubungan cinta dengan rakan sepejabat tidak dapat dielakkan.

Persamaan

- Hubungan cinta itu tambah manis bila pelbagai minat dan hobi menunjukkan anda berdua serasi bersama baik daripada aspek sosial, pendidikan, pendapatan dan sikap. Itu secara tidak langsung merapatkan lagi ikatan suatu perhubungan.

Bergantung

- Bila sudah semakin mesra, anda ternyata saling memerlukan dengan rakan sekerja itu. Lebih parah, anda seolah-olah begitu kerdil bila si dia tiada di sisi. Teman sepejabat itu menjadi tempat bergantung dalam segala hal.

Selalu bersama

- Bukan hanya di dalam mesyuarat, anda banyak menghabiskan masa dengan teman sepejabat itu di dalam bilik komputer, menikmati makan berdua-duaan dan pulang kerja juga bersama-sama. Kata-kata dan tohmahan orang lain ditolak ketepi gara-gara sedang asyik bercinta!

INFO:
Baik & buruk hubungan sepejabat

Kebaikan
# Tidak perlu susah payah mencari teman bercinta di luar kerana sudah ada di depan mata.
# Berpeluang untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan pasangan di pejabat.
# Memahami kehendak dan cita rasa yang serupa.

Keburukan
# Terasa terkongkong kerana banyak masa dihabiskan bersama di bawah satu bumbung.
# Jika berlaku krisis, tidak mustahil ia boleh mengganggu profesionalisme pekerjaan, sekali gus prestasi bekerja akan terganggu.
# Api cemburu memungkinkan perhubungan akan sentiasa dilanda masalah, lebih-lebih lagi bila melihat pasangan yang disayangi berdampingan dengan orang lain walaupun bukan atas dasar cinta


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments