Breaking News

Kerana cinta sanggup serah kehormatan diri

Oleh Nor Affizar Ibrahim

PENDEDAHAN: Sebahagian remaja yang mengikuti forum awam, ‘Pengurusan Bijak Terhadap Isu Kesihatan dan Sosial Remaja’ mengambil peluang bertanya mengenai pendidikan seksual kepada pakar di HUKM, Cheras, baru-baru ini.

“JIKA kamu sayangkan saya, kamu perlu mengadakan seks dengan saya.”

AWAS! Remaja dilamun cinta jangan sesekali terpedaya dengan pasangan atau teman lelaki yang meluahkan kata-kata bunga cinta seumpama itu. Mencintai atau mempunyai perasaan kasih sayang mendalam terhadap seseorang tidak semestinya dibuktikan dengan mengadakan hubungan intim.

Oleh itu, remaja yang tenggelam dalam dunia percintaan dan diulit perasaan kasih sayang si kekasih hati, mesti berwaspada supaya tidak terperangkap dengan kata-kata muslihat dan niat tidak baik oleh pasangan mereka.

Pensyarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Nur Azurah Abdul Ghani, berkata tidak berbaloi bagi seseorang remaja itu mengorbankan kehormatan diri semata-mata untuk membuktikan cinta kepada kekasihnya.

Beliau berkata, remaja harus sedar jika pasangan ingin memutuskan hubungan hanya kerana dirinya tidak mahu melakukan hubungan seks, teman seperti itu tidak sepatutnya dijadikan kekasih.

“Menjalinkan hubungan seksual pada usia remaja dan dalam keadaan yang belum bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi ibu atau bapa, bukan saja menimbulkan masalah kesihatan, tetapi juga sosial, fizikal dan mental.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


“Malah, menjalinkan hubungan seks sebelum berkahwin juga boleh menyebabkan hubungan baik bertukar sebaliknya. Ini berdasarkan, pengakuan remaja pernah terlanjur yang menyatakan, apabila hubungan dengan pasangan bertambah intim akan timbul perasaan cemburu keterlaluan,” katanya ketika membincangkan tajuk Tangguhkan Seks pada forum awam di HUKM Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Forum awam ‘Pengurusan Bijak Terhadap Isu Kesihatan dan Sosial Remaja’ itu anjuran Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HUKM dengan kerjasama Organon (M) Sdn Bhd.

Demi kebaikan masa depan, Dr Nur Azurah menasihatkan remaja agar mengekang diri daripada melakukan hubungan seks dengan pasangan sebelum berkahwin dan sebaiknya remaja ‘menangguhkan’ melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Sebaliknya, remaja perlu memastikan dirinya stabil dan ada kerjaya, kemudian barulah mengambil keputusan untuk berkahwin serta menikmati kebahagiaan melayari rumah tangga yang dibina secara sah.

“Menangguhkan aktiviti seksual dengan pasangan yang suci sehingga wujud ikatan perkahwinan adalah satu-satu cara untuk remaja memastikan 100 peratus dirinya bebas daripada jangkitan kelamin dan kehamilan di luar nikah pada usia yang masih muda.

“Memilih untuk tidak melakukan hubungan seksual dalam keadaan tidak bersedia juga mengelakkan remaja daripada terluka perasaan, dilanda kesedihan dan kemurungan apabila ditinggalkan pasangan,” katanya.

Dr Nur Azurah berkata, remaja yang melakukan hubungan seksual boleh terdedah kepada pelbagai jangkitan kelamin seperti barah pangkal rahim, jangkitan pelvik, HIV dan sebagainya. Paling membimbangkan, keterlanjuran itu boleh membuatkan remaja perempuan hamil sehingga ada yang tergamak melakukan pengguguran haram atau membuang bayi yang dilahirkan.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Beliau berkata, kajian pernah dilakukan di luar negara mendapati, tiga daripada empat remaja atau 75 peratus yang pernah melakukan hubungan seks berharap, mereka sepatutnya menunggu sehingga tempoh sesuai. Selain itu ada yang dilanda ketakutan dan ingin menjalani ujian HIV.

“Ada remaja menangis selepas pengalaman pertama melakukan hubungan seks. Ada juga antaranya mulai bimbang jika dirinya hamil dan sanggup menghabiskan wang untuk membeli alat ujian kehamilan di rumah. Remaja berkenaan juga sentiasa risau menanti kedatangan haid pada setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata, remaja yang terlanjur melakukan hubungan seks turut diburu rasa bersalah dan perasaan itu lebih bertambah apabila mengetahui ibu bapa berasa sedih dengan perbuatannya serta menyedari ia bertentangan dengan pegangan agama.

Bagaimanapun, perasaan seumpama itu adalah normal dan membawa petanda positif kerana ia sekurang-kurangnya menunjukkan, remaja terbabit menyedari kesilapan dilakukan.

“Ramai remaja hilang keyakinan diri dan berasa dirinya kotor selepas mendapati dirinya dijangkiti penyakit akibat hubungan seks. Perasaan itu lebih tertekan apabila berasakan dirinya dikhianati dan ini boleh memberikan pengalaman sukar untuknya menjalinkan perhubungan pada masa akan datang.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


“Sesetengahnya pula akan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian, manakala yang lain mungkin mengalami masalah untuk mempercayai orang lain. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat pula menunjukkan 1 daripada 5 gadis cuba membunuh diri kerana mengalami kemurungan,” katanya.

INFO:
Remaja dan masalah hubungan seks:

1. Kebanyakan kajian menunjukkan individu yang aktif melakukan hubungan seks akan sering menipu apabila mendapati cara itu dapat memenuhi kepuasan nafsunya.

2. Remaja perempuan biasanya lebih komited dan berasa sentiasa perlu setia dalam sesuatu perhubungan walaupun dirinya tiada perasaan lagi terhadap pasangan. Namun, bagi remaja lelaki tidak sebegitu dan sebab itu ada yang tidak kisah meninggalkan kekasihnya begitu saja selepas mereka mengadakan hubungan seks.

3. Remaja sering beranggapan ibu bapa tidak memahami masalah dihadapi mereka. Bagaimanapun, tanggapan itu mungkin silap kerana remaja harus sedar ibu bapa mereka juga pernah melalui zaman atau alam remaja. Justeru, berkongsi masalah dengan ibu bapa mungkin dapat membantu remaja berkenaan menyelesaikan masalah.

4. Remaja perlu berkomunikasi dengan bijak apabila berasa tertekan kerana pasangan sering mengajak mengadakan hubungan seks. Jelaskan kepada pasangan mengenai nilai perhubungan yang dijalinkan dan apa diingini.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments