728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

27 May 2007

8 CARA KEKALKAN IKATAN SUCI HINGGA AKHIR HAYAT


APABILA melihat pasangan yang sudah berpuluh tahun berkahwin tetapi masih intim dan saling berpegangan tangan, kadangkala tertanya juga bagaimana mereka mengekalkan hubungan romantis itu. Ini kerana ada pasangan yang bercinta bagaikan dunia ini mereka yang punya tetapi apabila melayari bahtera rumah tangga, cinta bagaikan susu masam dan perkahwinan jadi porak-peranda.

Bagi mereka yang kekal suami isteri sehingga ke akhir hayat, perlu ada pengorbanan. Tanpa sifat sabar, menghormati pasangan dan saling mempercayai antara satu sama lain, kerukunan hidup berumahtangga tidak akan berpanjangan.

Cuba ikuti panduan di bawah, semoga anda boleh memperbaiki kelemahan yang sebelum ini anda tidak sedari dalam kehidupan suami isteri:

1. Dengarlah dengan baik
Antara masalah besar dalam rumah tangga ialah suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan suami, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

2. Bercakaplah mengenai apa yang disukai lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau mempertingkatkan ekonomi rumah tangga.

3. Katakanlah dia penting dalam hidup anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya atau menganggap jika berlaku perceraian, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

4. Jangan katakan menyesal mengahwininya
Apabila anda menyatakan kesal mengahwini suami anda, dia akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan kekesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya berusaha untuk gembira anda mengahwininya.

5. Elakkan pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegur atau menasihatkannya, kerana dia sudah bersedia dengan peluru tohmahan dan kejian serta air mata. Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, elakkan pergaduhan dan jangan mulakannya.

6. Jangan menyalahkan, minta maaf bila bersalah
Jika sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap anda seorang yang keras kepala, keras hati dan sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin menganggap gagal membentuk diri anda sebagai isterinya dan mungkin faktor itu menyebabkan dia mencari jalan keluar.

7. Hidup bukan hanya di dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia bertindak dengan akal yang sempit dan berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat bergantung kepada betapa baiknya anda terhadap suami dalam menjalankan tanggung jawab sebagai isteri.

8. Terima suami seadanya
Mungkin tiada perkataan lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ‘terimalah lelaki seadanya’. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda ialah mengenali lelaki, bukan mengubah lelaki.

BACA JUGA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 8 CARA KEKALKAN IKATAN SUCI HINGGA AKHIR HAYAT Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top