728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

04 May 2007

Islam haruskan fasakh

SOALAN:
Saya seorang ibu bekerja dan semua anak-anak adalah di dalam tanggungan saya. Saya meninggalkan suami setahun lalu setelah dia gagal menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Dia melibatkan diri dalam kegiatan yang kononnya keagamaan.

Tindakan saya meninggalkan beliau bukan kerana kegagalannya memberi nafkah kepada keluarga tetapi lebih kepada menjaga keselamatan diri saya dan anak-anak. Saya juga berharap beliau akan berubah dan sedar akan kesilapan beliau. Tetapi perkara yang saya harapkan, tidak berlaku.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Suami saya tidak melakukan apa-apa tindakan dan sekadar membiarkan sahaja keadaan ini berterusan. Saya bosan dan kecewa dengan suami saya kerana saya dia enggan berubah. Adakah berdosa jika saya menuntut fasakh?

JAWAPAN:

Fasakh ialah membatalkan pernikahan dengan kuasa kadi kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika akad atau terdapatnya kecacatan pada isteri atau suami. Fasakh ini diperuntukkan bagi membela hak si isteri yang tidak ditunai oleh si suami atau perkahwinan yang membawa mudarat kepada si isteri.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Fasakh boleh berlaku kerana:

* Terdapatnya kecacatan ketika aqad seperti tidak menepati syarat-syarat pada rukun nikah.

Terdapatnya kecacatan pada rumahtangga yang disebabkan oleh suami di antara sebab yang mengharuskan si isteri menuntut fasakh ialah:

* Suami tidak memberi nafkah kepada isteri.

* Suami zalim, iaitu selalu menganiaya isteri seperti memukul, mengugut, atau tidak melayan isteri.

Isteri merupakan amanah Allah s.w.t kepada si suami. Amanah ini meliputi dalam persoalan memberi nafkah makan minum tempat tinggal, pakaian serta keperluan-keperluan asasi serta melayan dan bergaul dengan baik, termasuk menjaga keselamatan isteri dan anak-anak.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Apabila si suami tidak lagi mengendahkan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, maka tidak salah si isteri meminta fasakh dari kadi atau hakim untuk memisah atau membatalkan pernikahan mereka.

Seorang isteri yang tampil memohon fasakh dengan alasan yang munasabah tidak dikira berdosa, kerana Islam memperuntukkannya demi memelihara kemaslahatan ummah.

Sebab itu di antara hikmah fasakh ialah:

* Mengelakkan isteri dianiayai oleh suami.

* Keadilan hukum Islam kepada hambanya, keranasuami mempunyai kuasa talak dan isteri mempunyai kuasa meminta fasakh.

* Mengeluarkan isteri dari belenggu kehidupan yang tidak keruan, serta kehidupan yang penuh kesengsaraan, ini kerana setiap insan di atas muka bumi ini berhak hidup harmoni.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Islam haruskan fasakh Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top