Breaking News

Ibu bapa kurang prihatin kesihatan seksual anak

KEBANYAKAN ibu bapa di negara ini kurang memberikan perhatian kepada kesihatan seksual dan reproduktif anak remaja mereka. Akibatnya, ramai remaja kurang pengetahuan mengenai organ reproduktif dan fungsinya.

Pegawai Perubatan Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan, berkata berdasarkan hasil kajian mengenai keluarga dan penduduk Malaysia yang pernah dibuat oleh LPPKN pada 2004 mendapati ibu bapa tidak bercerita atau menerangkan mengenai kesihatan seksual kepada anak.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Beliau berkata, hal seperti itu tidak patut dibiarkan berterusan kerana bersesuaian dengan peningkatan usia dan perubahan diri pada remaja, golongan itu perlu ada pengetahuan serta diberikan penjelasan yang baik mengenai kesihatan seksual dan reproduktif.

“Jika pada peringkat kanak-kanak ada yang berasa jijik atau malu apabila melihat sesuatu berkaitan dengan aktiviti seksual, misalnya orang bercium atau berpegang tangan, tetapi apabila memasuki alam remaja, perasaan ingin tahu dan mencuba begitu kuat. Ini berlaku kerana perubahan seksual pada diri remaja dan ia adalah sesuatu yang normal.

“Pada peringkat remaja didapati keinginan terhadap seksual bertambah dan pada usia itu juga aktiviti seksual bermula seperti melakukan onani, eksperimen homoseksual terutama di kalangan remaja yang tinggal di asrama penuh sama jantina dan melakukan hubungan hetroseksual,” katanya ketika membincangkan tajuk Seks Selamat.

Dr Hamizah berkata, sumber remaja untuk mendapatkan bahan pornografi pula kebanyakan melalui rakan di samping Internet yang dilayari di kafe siber dan gambar yang diperoleh daripada majalah atau video. Terkini dan lebih canggih, ada remaja yang mudah mendapat bahan seumpama itu melalui telefon bimbit.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Beliau berkata, tiada sesiapa dapat menghalang seseorang remaja itu terbabit dengan hubungan seksual jika dirinya sendiri tidak dapat mengawal nafsu. Bagaimanapun, dengan mendedahkan pengetahuan mengenai ‘Seks Selamat’ kepada remaja, ia boleh mengurangkan mereka terdedah kepada risiko pelbagai jangkitan penyakit kelamin dan mencegah daripada kehamilan yang tidak diingini.

“Selama ini kita sering melarang remaja melakukan seks, tetapi tidak menerangkan risiko yang akan mereka hadapi. Malah, remaja yang terbabit dengan aktiviti seksual kebanyakannya hanya nampak keseronokannya. Tetapi jika mereka didedahkan mengenai penderitaan dan risiko yang akan dihadapi akibat beberapa penyakit disebarkan melalui hubungan seks seperti HIV, herpes, hepatitis B dan sifilis tentu sekurang-kurangnya pengetahuan dan kefahaman yang ada lebih jelas,” katanya.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


FAKTA NOMBOR:
Peratus remaja terbabit dalam aktiviti seksual

2.4 peratus – Menjalin hubungan seksual -

0.3 peratus – Rogol/diliwat

0.8 peratus – Tertarik dengan sama jantina -

15.2 peratus – Tiada bantahan kehidupan homoseksual

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments