Breaking News

Hipnosis atasi masalah perubatan, emosi

Oleh Hafizah Iszahanid

PERNAHKAH anda mengalihkan perhatian anak anda ketika dia meraung kesakitan akibat jatuh basikal sehingga berhenti menangis dan lupa kesakitan yang dialaminya? Atau adakah anda pernah ‘terpukau’ melihat jam poket yang dihayun ke kiri dan kanan. Kedua-dua perbuatan itu ialah sebahagian kecil hipnosis sama ada anda sedari atau tidak.

Mungkin dalam pemahaman yang cetek, hipnosis itu ialah pukau. Sebenarnya banyak perbezaan antara hipnosis, pukau atau berangan-angan. Hipnosis lebih beretika dan berstruktur, boleh membantu dalam menangani masalah kesihatan.

Bagaimanapun, sangat sedikit yang tahu mengenai hipnosis bertindak. Begitupun, ia sudah digunakan dalam dunia perubatan sejak 1950 untuk merawat kesakitan. Ketika ini hipnosis juga popular menangani masalah kebimbangan, kemurungan, trauma dan masalah pemakanan.

Malah, lebih daripada itu, anda mungkin terkejut jika diberitahu pada abad ke 19, sekumpulan doktor di India berjaya menggunakan hipnosis sebagai ubat bius dalam prosedur pemotongan anggota badan.

Pengetua London College of Clinical Hypnosis (LCCH) Malaysia, Sheila Menon, berkata hipnosis tidak begitu popular di negara ini sebagai cabang perubatan berbanding kaunseling. Bagaimanapun, ia sebenarnya berupaya menangani pelbagai masalah dan mempercepatkan proses untuk sembuh.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Sheila berkata, hipnosis adalah proses membabitkan pemikiran kritikal yang dipintas dan sejenis pemikiran tertentu atau persepsi dibentuk.

“Hipnosis mencipta satu keadaan tenang dan membantu mempermudahkan urusan. Ia bukan saja untuk menangani kes perubatan malah emosi dan tabiat,” katanya.

Sheila berkata, sebagai contoh 25 peratus populasi dewasa di Malaysia mengalami ‘musculoskeletal diseases’ iaitu masalah yang berkaitan dengan otot dan tulang. Antaranya artritis, artritis rhemutoid dan sakit belakang.

“Rasa sakit itu ditambah dengan tekanan harian yang dilalui menjadikannya semakin sakit dan menyebabkan ia mengambil masa lama untuk pulih.

“Hipnosis mengubah persepsi kita pada kesakitan. Kita boleh mengawal kesakitan itu. Ada orang yang tidak boleh kawal kesakitan tanpa hipnosis. Misalnya, kalau budak kecil, jatuh dan kakinya terluka, tetapi apabila kita tunjuk bunga atau alihkan perhatiannya, dia akan berhenti menangis. Bagaimanapun, bila tengok darah dia menangis semula,” katanya.

Sheila berkata, mental yang positif mempercepatkan proses penyembuhan. Ia hanya semudah memberi mesej kepada otak dan memberi kesan pada sistem tubuh.

“Hipnosis tidak terhad kepada masalah perubatan. Ia membantu mengubah seseorang secara emosi, tabiat, sikap, tekanan dan untuk memperbaiki pengucapan awam.

“Misalnya jika seseorang itu merokok dan ingin menghentikan tabiat itu, pakar hipnosis akan membantunya dengan membuat dia melihat sendiri imej dan keadaannya selepas berjaya berhenti merokok,” katanya.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Kegunaan hipnosis
# Mengubah tabiat buruk seperti merokok, kencing malam atau kuat makan
# Mengurangkan rasa takut, tekanan dan kebimbangan
# Menyingkirkan atau mengurangkan rasa fobia
# Mengurangkan rasa sakit ketika bersalin
# Mengawal kesakitan ketika prosedur pergigian dan pembedahan
# Tekanan darah rendah
# Mengurangkan simptom yang dikaitkan dengan irritable bowel syndrome (IBS)
# Mengawal pening kepala dan muntah disebabkan kemoterapi
# Merawat dan mengawal simptom asma

Jenis-jenis hipnosis

Ada pelbagai kaedah hipnosis. Antaranya membuat anda bercakap dengan lembut, jelas dan memperincikan imej yang dicipta dalam suasana tenang. Ketika dihipnosis, juru terapi akan mencadangkan bagaimana untuk anda mencapai matlamat tertentu seperti mengurangkan kesakitan atau tekanan atau membantu anda menamatkan ketagihan merokok.

Dalam teknik yang lain pula, apabila anda dihipnosis, juru terapi akan menstimulasi imaginasi anda dengan mempengaruhi otak anda mencipta imejyang berkaitan dengan masalah anda. Penciptaan imej ini di dalam otak dikenali sebagai ‘mental imagery’. Ia ‘berkuasa’ untuk membantu anda mencapai apa yang ingin anda capai. Juru terapi membantu anda mencapainya sebelum anda memulakan apa yang ingin anda mulakan.

Hipnosis sendiri atau ‘self hypnosis’ adalah teknik ketiga. Juru terapi hipnosis bertauliah akan mengajar anda bagaimana untuk menghipnosis diri sendiri.

Biasanya sesi hipnosis berlangsung antara 30 hingga 60 minit. Berapa jumlah hipnosis bergantung pada masalah yang anda hadapi.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Apa yang perlu anda tahu mengenai hipnosis

Hipnosis adalah proses membabitkan pemikiran kritikal dipintas dan sejenis pemikiran tertentu atau persepsi dibentuk. Walaupun sesetengah pengalaman individu meningkatkan keadaannya untuk mudah dipengaruhi tetapi ia tidak berlaku pada setiap orang.

Hipnosis juga dirujuk sebagai hipnoterapi atau ‘hypnotic suggestion’ satu tahap ketidaksedaran. Ia selalunya dibuat dengan bantuan pakar terapi dan berbeza dengan ‘kesedaran’ biasa anda.

Apabila dihipnosis, perhatian lebih fokus, lebih bertindak balas, bersifat terbuka dan kurang kritikal atau bersikap tidak percaya.

Dengan kata lain, hipnosis adalah teknik teraputik yang membantu anda lebih mengawal tingkah laku anda, emosi dan fizikal.

Bagaimanapun, tidak dapat dinyatakan dengan jelas hipnosis bertindak. Ia mampu memberi kesan pada komunikasi otak dengan sistem tubuh menerusi saraf, hormon dan kimia badan seperti neuropeptides.

Biasanya, apabila selesai sesi hipnosis, anda akan lebih fokus kepada pemikiran, kenangan dan perasaan.

FAKTA
Sejarah Hipnosis
# Hipnosis membabitkan pemikiran kritikal dipintas dan sejenis pemikiran tertentu atau persepsi dibentuk.
# Ia bukan saja untuk menangani masalah perubatan tetapi juga emosi.
# Hipnosis dimulakan secara ‘false start’ pada abad ke 18 oleh doktor Jerman, Dr Franz Mesmer. Dengan lampu gelap dan tiupan harmonika, dia kononnya merawat pesakit dengan cecair magnetik.
# Walaupun Mesmer tidak diiktiraf sebagai orang pertama memperkenalkan hipnosis tetapi dia menunjukkan kepada dunia, otak boleh dimanipulasi dan ia memberi kesan pada sistem tubuh.
# Dalam sejarah perubatan, pakar mata berbangsa Inggeris, Dr James Braid disifatkan sebagai yang memperkenalkan hipnosis secara lebih sistematik pada 1842. Dia mengambil perkataan hipnosis daripada bahasa Greek yang bermaksud tidur.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments