728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 May 2007

Hazima serik tiga kali diperdaya

HAZIMA Hassan sudah serik untuk mengambil pembantu rumah lagi. Setakat ini sudah tiga pembantu rumah bekerja dengannya. Dua melarikan diri, manakala seorang lagi tiba-tiba mengatakan beliau hendak pulang ke kampung di Indonesia hanya selepas tujuh bulan bekerja dengannya.

“Sekurang-kurangnya sudah lebih RM10,000 dihabiskan untuk mendapatkan ketiga pembantu rumah ini. Wang sebanyak itu habis begitu saja sedangkan ia bukan mudah untuk dikumpul. Apa yang peliknya, mengapa majikan pula yang terpaksa didenda kerana pembantu rumah lari? Sepatutnya ejen yang menawarkan pembantu rumah lebih bertanggungjawab,” katanya.


E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ibu beranak tiga yang dihubungi baru-baru ini, berkata pembantu rumahnya yang pertama lari pada 2001 lima hari sebelum genap tamat tempoh jaminan. Ini menyebabkan Hazima terpaksa membayar denda sebanyak RM250 kerana kononnya tidak menjaga pembantu rumah dengan baik.

“Tiada sebarang masalah timbul yang menyebabkan dia lari daripada rumah. Kami tidak sangka dia melarikan diri waktu pagi sebelum subuh. Bila buat laporan polis, saya terkejut apabila kena denda. Bagaimanapun oleh kerana dia lari dalam tempoh jaminan, maka ejen menggantikan dengan pembantu baru,” katanya.

Beliau berkata, pembantu yang kedua pula melarikan diri selepas tiga tahun bekerja dengannya menyebabkan Hazima terpaksa sekali lagi membayar denda sebanyak RM250.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

“Oleh kerana memang memerlukan pembantu rumah, kami memohon seorang lagi pembantu. Sekali lagi kami terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM4,100 untuk mendapatkan pembantu baru serta levi sebanyak 425 kepada ejen sebagai bayaran untuk menukar pembantu baru. Wang berkenaan kononnya untuk menanggung kos membuat pasport dan permit bekerja di negara ini.

“Bagaimanapun, selepas berhabis sebanyak RM10,000, sekali lagi kami kerugian apabila pembantu rumah ketiga mahu berhenti kerja. Kami juga terpaksa menanggung kos membeli tiket kapal terbang untuknya pulang ke Indonesia,” katanya.

Hazima mencadangkan agar satu peraturan dibentuk untuk membela nasib majikan sepertinya yang jelas teraniaya. Baginya peraturan sekarang membuatkan majikan rugi bukan saja dari segi masa tetapi wang ringgit.


E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


“Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, nasib majikan akan tetap sama iaitu terpaksa menanggung segala masalah yang ditimbulkan pembantu rumah ini. Majikan sebagai pengguna berhak mendapatkan keadilan dan perkhidmatan terbaik,” katanya.


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Hazima serik tiga kali diperdaya Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top