Breaking News

Guru generasi penyambung warisan nabi

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

TARIKH 16 Mei adalah Hari Guru yang disambut oleh pelajar di Malaysia setiap tahun. Pengisytiharan tarikh itu adalah satu penghormatan pihak kerajaan terhadap pengorbanan yang dilakukan oleh guru dalam pembangunan insan di negara ini.

Hari Guru wajar disambut kerana guru adalah ejen perubah masyarakat melalui ilmu yang disampaikan. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka berjaya membentuk suatu masyarakat berilmu yang mampu untuk membangunkan negara melalui pelbagai idea sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial yang sesuai mengikut acuan Islam.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Pada pandangan Islam, kedudukan orang yang berilmu ini ditinggikan oleh Allah SWT dengan beberapa darjat berbanding dengan golongan lain. Kedudukan orang berilmu ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud “Dan (Allah SWT meninggikan) orang yang diberikan ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan – (Surah al-Mujadalah, ayat 28).

Malah dalam ayat yang lain, Allah SWT menjelaskan bahawa antara golongan berilmu dengan orang tidak berilmu itu tidaklah sama sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna – (Surah Az-Zumar, ayat 9).

Kedudukan mereka dilebihkan oleh Allah SWT ke atas orang lain kerana ilmu dimilikinya. Sesungguhnya, penyebaran ilmu bermanfaat kepada setiap orang adalah amal jariah yang mereka lakukan di muka bumi ini. Pahala diterima oleh mereka akan terus mengalir walaupun mereka telah meninggalkan dunia ini sebagai mana ilmu itu diamalkan oleh orang lain. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan hanya tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu pengetahuan yang berguna atau anak yang sentiasa mendoakannya – (Hadis riwayat Muslim).

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Maksud ilmu pengetahuan yang berguna dalam hadis berkenaan ialah ketika hidup seseorang, mereka menyebarkan sesuatu ilmu yang bermanfaat untuk memandu manusia lain ke jalan yang diredai oleh Allah.

Sumbangan inilah yang dilakukan oleh guru dalam mendidik pelajar untuk menjadi insan berguna dan inilah perbuatan yang telah dilakukan oleh nabi. Oleh kerana itulah peranan mereka ini digambarkan sebagai pewaris kepada nabi sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Orang yang berilmu (ulama) itu adalah pewaris nabi – ( Hadis riwayat Imam Ahmad).

Tugas menyampaikan ilmu oleh seseorang guru kepada muridnya adalah suatu sikap terpuji kerana mereka adalah penerus sunnah nabi dan dengan penyampaian ilmu itu ia akan melahirkan keuntungan banyak. Keuntungan itu akan diperoleh pelajar, guru, masyarakat dan negara.

Dalam usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan, guru tidak boleh berasa cukup dengan ilmu yang mereka ada untuk membentuk pelajarnya, akan tetapi hendaklah ada suatu sikap dalam diri mereka untuk menambah ilmu mereka sehinggalah menjadi seorang guru pakar. Tuntutan mencari ilmu adalah suatu usaha berterusan yang digalakkan oleh agama.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Di samping memiliki ilmu yang khusus dalam bidang masing-masing, guru hendaklah melengkapkan diri mereka dengan kemahiran tertentu seperti menguasai teknologi maklumat sesuai dengan ledakan teknologi ketika ini. Dengan pengetahuan dalam teknologi ini, mereka boleh mengaplikasikan dalam penyampaian ilmu mereka supaya ilmu itu dapat disampaikan melalui pelbagai cara yang akan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar.

Sekiranya guru itu meninggal dunia, jasa mereka akan dikenang, disebabkan dengan ilmu yang diajarkan kepada seseorang. Seseorang itu akan teringatkan tentang nasihat atau didikan yang diberikan oleh guru mereka, lebih-lebih lagi sekiranya nasihat atau didikan yang diterima itulah yang menyebabkan mereka menjadi insan berjaya dalam kehidupan.

Pelajar boleh menyambut Hari Guru dengan pelbagai cara. Mereka tidak dilarang untuk memberikan hadiah kepada guru mereka sebagai tanda terima kasih di atas ilmu yang disampaikan oleh guru. Namun begitu, pelajar janganlah menganggap bahawa hadiah yang mereka berikan itu, sebagai balasan setimpal dengan sumbangan ilmu diberikan oleh guru mereka. Sesungguhnya, sumbangan ilmu yang diberikan guru tiada bandingan dengan nilai kebendaan kerana ia adalah ilmu yang menerangi kehidupan seseorang.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Cara lain menyambut Hari Guru ialah dengan mengamalkan segala ilmu yang disampaikan oleh mereka. Terlalu banyak ilmu yang diterima oleh seseorang pelajar dalam kehidupan melalui guru mereka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang melalui proses pendidikan formal yang panjang seperti di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan di universiti.

Di samping itu, bagi guru mereka yang sudah kembali menemui Allah SWT, sambutan Hari Guru boleh disambut dengan mendoakan kesejahteraan roh mereka supaya mereka di tempatkan di kalangan orang yang dikasihi oleh Allah.

Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa sumbangan guru amatlah besar dalam pembangunan modal insan kerana dengan ilmu yang disampaikan itu telah menyebabkan wujudnya peribadi mulia pada diri seseorang insan.

Penulis adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments