728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

26 May 2007

CARA KEKALKAN MAHLIGAI BAHAGIA


HIDUP berumahtangga ibarat melayarkan bahtera di tengah samudera. Kebijaksanaan kita mengemudi bahtera, bermakna terselamat daripada menerima amukan badai dan gelora.

Dalam kehidupan suami isteri, sifat tolak ansur, sabar dan memahami antara satu sama lain amat penting. Sering kali berlaku pergolakan dalam rumah tangga kerana masing-masing mempunyai sifat ego.

Isteri perlu ingat, jika di pejabat dia adalah bos tetapi di rumah, suami adalah bos atau ketua rumah tangga. Dia perlu melayan suami dengan baik, bukan mengarah atau menengking pekerja seperti dilakukan di pejabat.

Isteri yang mempunyai sikap sedemikian menyebabkan suami berasa tercabar, lantaran dia (suami) akan mencari jalan keluar sama ada mencari perempuan di luar atau berpisah dengan isterinya.

Justeru, di bawah ini disediakan beberapa panduan kepada suami isteri supaya dapat mengatur rumah tangga dengan baik bagi mewujudkan perumpamaan ‘rumahku, syurgaku’.

Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain daripada ‘Terimalah lelaki seperti adanya’. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik daripada cuba mengubahnya dan beranggapan ia tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.


Berubah untuk menikmati perubahan
Jika anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendiri yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlu sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak daripada yang anda sanggup terima daripada seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup diberikan.

Percaya untuk dipercayai
Jika anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya kepada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami memulakan dan menyuarakan.

Kuasa isteri sama ada bersetuju atau tidak. Jika kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumah tangga akan menjadi porak-peranda. Oleh itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

Sifat negatif membuahkan kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suami. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suami, membandingkan suami dengan lelaki lain, dan memaki hamun suami.

Jika anda bersifat sedemikian, walau bagaimanapun anda kenal suami, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Anda yang mungkin menjadi sebab mengapa suami berasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

BACA JUGA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Anonymous5:30 PM

    aku merasa hidup dlm berumahtangga kini semakin hambar...suami semakin sibuk dengan kerja atas alasan mencari wang lebih. kadang dia sanggup menggantikan wang untuk menggantikan dirinya yang tidak dapat bersama kami. dia juga tidak mahukan anak lagi, walhal anak kami cuma dua org puteri. baginya kini kerjaya lebih penting.... aku tidak membohongi hati. kiranya ku bahagia dengan taburan wang ringgit pasti aku tidak mengeluh seperti ini........ adakah wang segala2nya menjamin kebahagiaan? tiada sudah perhatian dari suami... yang ada hanya kata2 memaki jika tersilap sedikit... anak ditampar tatkala hilang kesabaran... patutkah aku terus begini..terus kesunyian dalam bahtera rumahtangga....

    ReplyDelete

Item Reviewed: CARA KEKALKAN MAHLIGAI BAHAGIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top