Bapa pengaruhi perkembangan dan tingkah laku anak
WALAUPUN ibu adalah tempat bermanja, kehadiran bapa dalam sesebuah keluarga sebenarnya banyak mempengaruhi perkembangan anak-anak. Bagi seorang kanak-kanak, kehadiran bapa sangat penting.
Ini dibuktikan secara saintifik menerusi kajian keluarga yang dibuat di kalangan pasangan bercerai. Kajian itu dilakukan oleh Prof Judy Dunn dari Institut Pskiatrik Kings College, London, membabitkan penyelidikan terhadap 162 kanak-kanak.

Kebanyakan responden tinggal berasingan dengan bapa lebih dua tahun. Selepas penyelidikan dibuat di kalangan pasangan yang bercerai, penyelidik mendapati faktor kualiti hubungan antara ayah dan anak selain jumlah masa yang dihabiskan bersama ayah mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.
Biasanya kanak-kanak yang tinggal berasingan dengan ayah atau ibu akan lebih bermasalah. Apatah lagi jika anak-anak itu tinggal dengan ibu yang masih berusia belasan tahun. Dalam keadaan begitu, kanak-kanak selalunya bersifat ‘vulnerable’ kerana tiada hubungan dengan ayah kandung.

Dalam kajian yang dibuat Dunn, 18 peratus kanak-kanak itu langsung tidak ada hubungan dengan ayah kandung manakala 16 peratus menghubungi ayah mereka sebulan sekali. Selalunya, kanak-kanak yang langsung tidak mengenali ayah mereka dilahirkan oleh ibu yang berusia belasan tahun.
Penyelidikan itu membabitkan 162 kanak-kanak berusia lapan tahun ke atas. Mereka ditanya mengenai hubungan dengan ibu, ayah dan ayah tiri.

Si ibu pula diminta melaporkan tingkah laku anak sepanjang mereka tinggal bersama. Kebanyakan ibu mengatakan anak mereka selalu tertekan dan cepat marah.
Jelas Dunn, jumlah masa yang diperuntukkan antara anak dan ayah sebenarnya memberi petunjuk hubungan antara ibu bapa itu sendiri.
“Ibu bapa sepatutnya memiliki hubungan yang baik apabila tiba dalam soal membesarkan anak-anak. Mereka sudah bercerai, mereka harus membelakangkan masalah yang wujud antara mereka dan memberi tumpuan pada anak,” katanya.

Dalam kajian itu, kebanyakan kanak-kanak menggunakan perkataan; pengaruh, kesan dan hasil lebih baik dalam borang soal selidik.
Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com
Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

No comments