Breaking News

Anak laksana tanggungjawab terhadap ibu dirahmati tuhan

ABDULLAH bin Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Kejadian seseorang itu dikumpul dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik saja genap empat puluh hari kali kedua, terbentuklah segumpal darah beku, manakala genap empat pula hari kali ketiga, bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan dan nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Selepas seseorang itu lahir ke muka bumi ini, maka ibu kepada setiap insan seboleh mungkin berusaha menyusukan anaknya melalui susu badannya semaksimum mungkin selama dua tahun.

Peranan insan ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang ingin sempurnakan penyusuan itu.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Dalam proses membesarkan insan ini, ibu berusaha siang dan malam mendidik anaknya supaya menjadi orang berguna kepada agama, bangsa dan negara, kerana seseorang dilahirkan ke atas muka bumi ini tidak mengetahui sesuatu pun.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.” (Surah an-Nahl, ayat 78)

Dalam masa mendidik anak, ibu yang juga isteri mempunyai tanggungjawab melayan suaminya kerana ia juga memegang status sebagai isteri. Malah, cabarannya semakin hebat sekiranya ia mempunyai kerjayanya tersendiri.

Oleh kerana peranan ibu cukup besar, Islam melarang anak menderhaka kepada ibunya. Hal ini dijelaskan al-Muhgirah bin Syu’bah, iaitu Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Ketika hayat ibu, seseorang anak hendaklah berbuat baik terhadap ibunya sama ada dari segi perbuatan mahupun perkataan.

Dijelaskan Asma’: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Wahai Rasulullah! Ibuku datang kepadaku dalam keadaan ingin menyambung hubungan silaturahim, inginkan kesenangan dan kemewahan yang ada padaku serta meminta kepadaku. Bolehkan aku menyambung hubungan dengannya? Rasulullah bersabda: Ya! Boleh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari segi perkataan pula, anak dilarang mengherdik ibunya kerana Rasulullah mengklasifikasikan perbuatan itu sebagai dosa besar. Abu Bakrah berkata: “Ketika kami bersama Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksikan palsu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika ibu sudah meninggal dunia, maka seseorang anak itu hendaklah mendoakan supaya ibunya ditempatkan bersama orang dikasihi Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus.

Anak yang ditinggalkan hendaklah menyelesaikan hal yang tidak sempat dilaksanakan ibunya ketika hayat mereka seperti nazar, puasa dan wasiat.

Berkenaan nazar, dijelaskan Saad bin Ubadah yang meminta fatwa daripada Rasulullah SAW mengenai nazar ibunya, tetapi dia wafat sebelum sempat melaksanakannya. Rasulullah SAW bersabda: “Maka laksanakanlah untuknya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Sementara berkenaan puasa pula, dijelaskan Ibn Abbas bahawa seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ibuku meninggal dunia dan masih mempunyai puasa ganti selama sebulan. Baginda bertanya kepada wanita itu dengan sabdanya: Bagaimana pendapatmu jika ibumu itu masih mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarnya? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah bersabda: Hutang kepada Allah SWT lebih berhak untuk dibayar.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi wasiat pula, dijelaskan Aisyah bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat, tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan dapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah bersabda: Ya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Inilah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan anak terhadap ibu mereka. Dengan melaksanakan tanggungjawab itu anak akan dirahmati Allah dalam kehidupan mereka. Kerahmatan inilah yang perlu dimiliki setiap insan supaya kehidupan mereka diberkati Allah. Keberkatan itu diperoleh dengan menyayangi dan mengasihi ibu.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments