Breaking News

Terimalah qadak dan qadar | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah, Ceramah ISLAM

SOALAN:

Saya seorang janda yang bernikah di selatan Thailand pada tahun 2005. Awal tahun ini, saya minta diceraikan dan dia melafazkan talak satu. Di sepanjang perkahwinan, saya telah membeli dan membayar insurans kereta, minyak dan memberi belanja bulanan. Setelah bercerai, saya jumpa isterinya yang pertama dan amat terkejut, rupa-rupanya dia mempunyai empat isteri.

Saya memohon pendapat ustaz, apa tindakan, saya boleh buat untuk memperoleh balik apa yang telah saya beri kepadanya. Sepanjang perkahwinan, dia tidak pernah berlaku adil, saya menjadi “ATM kad”. Adakah salah saya mohon cerai, saya tidak tahan, dizalimi, dianiaya dan tidak dilayan dengan adil.

– Nah, SS

———————-

JAWAPAN:

Apa yang berlaku hingga sekarang ini, berkahwin di selatan Thailand merupakan satu jalan keluar untuk mengatasi perkahwinan yang “sukar” dilakukan di Malaysia kerana terikat dengan Enakmen Pentadbiran Negeri di Malaysia.

Fenomena ini terus-menerus berlaku seolah-olah tidak ada jalan penyelesaian yang jelas, dibiarkan seumpama diredai secara tidak langsung. Atau mungkin keadaan yang berlaku sekarang dianggap sebagai satu amalan yang terbaik.

Perkahwinan di Malaysia perlu dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu mahu berkahwin dengan mudah, mereka berkahwin di selatan Thailand seperti saudari.

Perkahwinan di selatan Thailand, atau di mana-mana tempat di luar Malaysia sah hukumnya sekiranya semua syarat yang termaktub dalam undang-undang syarak dilaksanakan. Walaupun demikian perkahwinan tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, iaitu menurut enakmen pentadbiran negeri sekiranya perkahwinan itu tidak didaftarkan. Maka mereka yang terlibat, biasanya melibatkan pihak isteri tidak boleh menuntut kepentingannya menurut mahkamah syariah.

Keadaan demikian adalah merujuk kepada mereka yang benar-benar bernikah dengan badan yang diiktiraf oleh jabatan agama yang mengendalikan hal ehwal orang Islam di selatan Thailand. Sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh sindiket atau kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak diiktiraf oleh kerajaan iaitu jabatan agama atau sindiket tertentu, yang mencari makan dengan jalan demikian, menjerat mangsa yang telah tersepit, maka pernikahan demikian tidak sah.

Kewujudan sindiket seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa atau nadir. Malah di Malaysia ini sendiri pun, sindiket seperti ini wujud dan banyak orang yang terjebak seperti yang tersiar dalam akhbar-akhbar baru-baru ini. Terlalu malang bagi mereka yang terlibat.

Apabila pernikahan tersebut tidak sah menurut syarak, maka hubungan jenis pasangan berkenaan adalah seumpama berzina. Anak yang dilahirkan juga lahir daripada pernikahan yang tidak sah. Apabila ini berlaku, banyak masalah akan timbul yang menyusulinya.

Fenomena seumpama ini sebenarnya terus-menerus berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia, yang sukar hendak dikesan diketahui bilangan mereka yang terlibat dan sebagainya. Malah kerajaan negeri di Malaysia ini, hingga sekarang tidak mempunyai “persefahaman” untuk menyelaraskan perkahwinan seumpama ini dengan jabatan agama di selatan Thailand demi untuk memastikan kesahihan pernikahan di selatan Thailand.

Saya menyedari, bukan mudah untuk. mengatasinya. Keadaan akan terus-menerus berlaku apabila tidak ada inisiatif untuk mengatasinya. Usaha-usaha untuk mengatasi ulat-ulat di lapangan terbang, juga masalah pemandu teksi tidak menggunakan meter yang berlaku di hadapan mata pun begitu liat untuk diatasi, apatah lagi perkahwinan tersebut berlaku di selatan Thailand.

Sesungguhnya, Allah s.w.t. tidak mengubah nasib satu-satu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri. Memang benar, Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui. Dia yang menentukan qadak dan qadar. Namun demikian ketentuan Allah tetap melibatkan perilaku manusia. Di hadapan kita ada nasi. Tidak dapat diterima logik akal sekiranya nasi itu masuk ke dalam mulut dengan sendiri kalau tidak disuap oleh tangan ke dalam mulut biarpun tidak mustahil boleh berlaku dengan kehendak Allah.

Saudari pergi menemui madu pertama setelah diceraikan. Mungkin saudari berbuat demikian untuk menuntut hak pemberian yang saudari beri seperti insurans kereta, wang bulanan dan sebagainya.

Selama ini semuanya dibiarkan begitu sahaja. Namun apabila keadaan mendesak, setelah mendapat cerai dan terasa tertipu saudari baru bertindak, bingkas untuk mendapatkan hak yang saudari beri di luar rasa reda.

Tidak mudah bagi saudari untuk menuntut apa yang telah diberi. Inilah contoh lelaki yang menggunakan keharusan berpoligami untuk memuaskan nafsunya. Tanpa rasa malu, tanpa rasa simpati juga tidak adalah rasa ihsan. Jauh sekali untuk mempunyai maruah diri.

Manusia waras berupaya berfikir bagaimana seorang perempuan yang menjadi isterinya, dinikahi, biarpun di sempadan yang bertungkus-lumus menggunakan tulang empat kerat, memerah keringat dari pagi hingga ke petang. Hasil daripada keringat yang diperah itu diberi kepadanya, untuk memasukkan suapan dalam mulut, dikunyah dan ditelan. Setiap hasil titik peluh isteri atau isteri-isteri, atas tiket keharusan poligami.

Apabila cukup bulan, si isteri, iaitu saudari memberi lagi wang, termasuk bayaran insurans kereta, insurans dan cukai jalan, yang mungkin juga untuk membeli seluar dalamnya.

Ini bukan warna-warni hidup yang sewajarnya dilakukan oleh manusia yang menganggap dirinya sebagai pelindung kepada kaum wanita. Inilah gambaran-gambaran manusia yang mengeksploitasi kaum wanita.

Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila ia bernafsu ia akan mendatangi isterinya, yang dijadikan tempat melepas nafsu biarpun rasa kasih sayang itu hakikatnya tidak wujud. Atas alasan dan bukti-bukti yang berlaku, saya tidak berkeyakinan bahawa usaha saudari untuk menuntut wang yang telah diberi kepadanya berjaya.

Latar belakang saudari sehingga terlibat bernikah di sempadan adalah tidak jelas. Apa yang nyata saudari tidak berupaya berfikir, merancang masa depan dalam usaha membina kehidupan rumah tangga.

Fenomena seumpama ini banyak berlaku, tidak berbincang dengan keluarga, dengan abang, adik, dengan ibu, bapa dan sebagainya. Kerana terlalu percaya kepada lelaki yang dikahwini, permintaan si suami diberi atas dasar “percaya” dan “sayang.”

Dalam keadaan seumpama ini, lelaki yang berkahwin untuk kepentingan diri, selain menghisap darah si isteri, masalah kasih sayang, giliran dan sebagainya tidak akan dapat dilakukan menyebabkan saudari terasa dijadikan “ATM kad” dizalimi dan tidak dilayan secara adil.

Kahwin atau pernikahan dalam Islam ialah satu ikatan Ilahi untuk mendapat kasih sayang, membolehkan pasangan hidup damai. Kerana itu, apabila tujuan perkahwinan itu tidak terlaksana, apa salahnya si isteri minta cerai? Biarpun perceraian itu tetap sesuatu yang halal yang tidak disukai oleh Allah.

Dalam keadaan tertentu perkongsian hidup yang melibatkan penyeksaan, yang biasanya dilakukan oleh suami, perpisahan atau perceraian itu mungkin lebih baik daripada terus-menerus hidup dalam penderitaan. Semakin cepat berpisah mungkin lebih baik, membolehkan si isteri berupaya membina kehidupan baru yang mempunyai masa depan cerah lagi terjamin.

Walaupun demikian, sekiranya seseorang isteri itu tidak rela bercerai, atas sebab-sebab tertentu, tidak salah baginya untuk terus hidup bersama pasangannya yang selalu menyeksanya, tetapi dia terpaksa betah untuk menanggung penganiayaan si suami dan sedia berhadapan dengan masa depan yang tidak menentu.

Hidup ini hanya sekali, rasulullah menjelaskan bahawa umur umatnya di antara 60-70 tahun, hanya sedikit mereka yang umurnya melebihi kadar tersebut. Kerana itu, kita perlu mengisi kehidupan yang pendek ini dengan, penuh keriangan, ketenangan dan nikmat berlandaskan kepada syarak, kerana selepas kehidupan di dunia ini ada kehidupan yang lebih panjang dan kekal iaitu hidup di akhirat.

Isteri yang diseksa atau dianiaya oleh suami, dijadikan tempat pelepas nafsu tidak berupaya hidup dengan penuh yakin, tenang dan tidak berupaya meraih nikmat hidup dunia. Pemikiran mereka tertumpu dan tertekan dengan pelbagai masalah, rasa bimbang, takut dan ragu yang tidak menentu. Kerana itu usaha-usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah selalunya akan terpinggir dengan sendirinya.

Suami yang menyeksa isteri, yang zalim terhadap isteri atau isteri-isteri ialah mereka yang tidak berupaya mengingati Allah, kerana Allah telah menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berupaya mendirikan sembahyang dengan sempurna dan sembahyang itu diterima, maka orang yang berbuat demikian tidak akan melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Allah menetapkan Rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap yang mendakwa dirinya Islam. Dalam masa yang sama seseorang itu wajib percayakan Rukun Iman. Di antaranya ialah percaya hari kiamat dan adanya balasan baik dan jahat di akhirat.

Allah menentukan qadak dan qadarnya terhadap saudari. Tidak ada seseorang pun boleh mengubah qadak dan qadar berkenaan. Apabila ini berlaku, Allah mahukan agar setiap orang yang beriman itu reda dengan ketentuan-Nya. Dengan memahami konsep seumpama ini, saudari akan merasa lega dan tenang.

Saudari perlu membina kehidupan baru. Fikir sebelum bertindak, yakinlah bahawa saudari, kalau tidak dapat menuntut hak di dunia, saudari tetap berhak menuntut segala-galanya di akhirat kelak, di hadapan Allah azza wa jalla.

Walaupun demikian pemahaman tentang balasan baik dan jahat itu hanya dimaklumi dan dihayati oleh mereka yang memahami Rukun Iman, semoga Allah memberi kekuatan kepada saudari.

- PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:

Dr. Amran Kasimin ,Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab ,Luar, 43000 Kajang, Selangor.

Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]








2 comments:

  1. KHIDMAT AKAD NIKAH KAHWIN YANG SAH DI SELATAN THAILAND SIAM THAI

    As'kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu bandar Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (jika daftar selepas 6 bulan dari tarikh nikah) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol lebuhraya utara-selatan PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan pasport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di (elmyda@gmail.com) atau call saya di no 0175955633.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. insyaallah nikah kahwin yg dibuat melalui betong ini adalah sah & cukup dr hukum syarak. kadi & ahli majlis di pejabat agama sendiri akan memastikan segala syarat & rukun dipatuhi sblm memulakan proses akad tersebut.

    kerana itu lah akad nikah di buat di dalam pejabat majlis agama wilayah yala cawangan betong, bkn di bawah pokok, atau dlm rmh kadi yg tidak ditauliahkn seperti nikah sindiket yg lain.

    hati2 dgn pihak yg menawarkn khidmat nikah yg diragui. ramai yg menjanjikan mcm2 termasuk jaminan tetapi adakah mereka sanggup bertanggungjwb? berwaspada juga dgn agen2 nikah yg menawarkan kos sehingga mencecah beribu2 ringgit.

    di betong nnti segalanya akan diuruskn oleh sy & naib kadi di pejabat majlis agama wilayah yala dr membuat temujanji dgn kadi, bawa pasangan ke sana & sehinggalah proses mengeluarkan dokumen2 yg berkaitan.

    setiap pasangan yg bernikah boleh berkenalan dgn kadi2 yg ditauliahkan dlm wilayah yala (ada 30 org kadi di wilayah yala yg dilantik setiap 6thn, 2 drpdnya telah meninggal dunia).

    alhamdulillah setakat ini byk pasangan yg sy bawa telah berjaya mendaftarkan pernikahan mereka tanpa sebarang masalah. ada juga yg mahu merahsiakan pernikahan mereka atas sebab2 tertentu.

    kpd yg memerlukan khidmat sy boleh lah menghubungi sy melalui email elmyda@gmail.com atau call sy di no 0175955633 (helmi). sy akan memberikan segala butir dgn lebih terperinci.

    lebih elok di jelaskan segala keraguan sblm nk ke sana. kpd yg berminat sebaik2nya buatlah solat istikarah & berdoa semoga diberi petunjuk olehNya.

    ReplyDelete