728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

25 April 2007

Ramai Lelaki Tidak Sedar Andropaus | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA

Oleh Hidayah Mohammad

MENOPAUS sering menjadi isu bagi wanita yang menginjak usia setengah abad. Malah, ada lelaki lelaki menjadikan masalah itu bahan jenaka bagi mengusik wanita. Hakikatnya, lelaki juga akan melalui fasa sama yang dikenali sebagai andropaus.

Bezanya, jika wanita mulai menunjukkan gejala menopaus pada penghujung usia 40-an, lelaki pula akan mengalami andropaus mulai usia 40 tahun, lebih awal daripada wanita. Meskipun ada pelbagai gejala dapat dilihat apabila lelaki mulai mengalami masalah itu, masih ramai yang tidak mengetahuinya kerana menganggap hanya wanita menghadapi masalah penuaan.



Pengarah Perubatan Organon AB, Prof Madya Dr Richard Lindgren, berkata antara gejala andropaus ialah keinginan seks yang semakin rendah, kurang bertenaga sehingga boleh menyebabkan kehilangan mood dan kehilangan kekuatan fizikal.

“Kajian mendapati tujuh peratus lelaki di dunia yang berusia antara 40 hingga 60 tahun berada pada bawah paras normal kandungan hormon atau hypogonadol, sementara pada peringkat usia 60-an hingga 80-an seramai 20 peratus akan mengalami masalah berkenaan,” katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai gejala andropaus di Hotel Eastin, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Turut hadir Pensyarah Fakulti Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Sydney, Prof Dr Rodney J Baber dan Naib Presiden Persatuan Menopaus Malaysia, Dr Bhavani Thillainayagam.

Pensyarah dari Universiti Linkoping, Sweden itu berkata, bagi meningkatkan kualiti seks dengan pasangan, komunikasi menjadi kunci utama dalam merapatkan hubungan seksual. Perbualan yang lebih kerap serta berpelukan antara satu sama lain pasti akan dapat meningkatkan keinginan seks bersama pasangan mereka, sekali gus membantu meningkatkan hormon serta mengurangkan gejala andropaus.

Bagaimanapun, katanya, jika masalah itu berterusan lelaki berkenaan dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan yang betul daripada pakar bagi mengelakkan masalah lebih serius.

“Golongan berkenaan perlu mendapatkan rawatan yang betul daripada doktor pakar. Pengambilan ubat-ubatan perlu mengikut nasihat supaya dapat mengurangkan masalah andropaus khususnya kekurangan keinginan seks,” katanya.

Fakta Andropaus

Jika menopaus di kalangan wanita berlaku kerana kekurangan hormon estrogen, andropaus pula kerana kemerosotan hormon seks lelaki, iaitu testosteron.


Paras testosteron lelaki berada pada tahap kemuncak ketika dalam lingkungan umur 30-an. Kemudian, tahap hormon testosteron akan merosot sekitar 10 peratus setiap dekad.

Kemerosotan itu semakin ketara apabila seorang lelaki mencecah usia 40 tahun.

Kesan penurunan ini akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup lelaki kerana testosteron adalah `hormon induk’ dan fungsinya mempunyai kesan ke atas seluruh badan.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ramai Lelaki Tidak Sedar Andropaus | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top