728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

08 April 2007

Puting tetek di telapak kaki | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA

BIAR betul! Apa yang disangkakan seorang wanita berusia 22 tahun sebagai lesi atau tisu rosak biasa kemudiannya diberitahu, bahawa tapak kaki kirinya sebenarnya ditumbuhi oleh puting payudara.

Ia dilengkapi rerambut dan areola iaitu bulatan merah jambu atau keperang-perangan yang mengelilingi puting payudara.



Pemeriksaan mikroskopik turut menunjukkan folikel rerambut, kelenjar ekrin, kelenjar sebum dan tisu lemak pada dasar lesi yang telah wujud sejak wanita itu dilahirkan.

Penemuan didokumentasikan di dalam Dermatology Online Journal, karangan bersama Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Estadual Sumare dan Pakar Patologi, Universidade Estadual de Campinas, Sao Paolo, Brazil.

Penemuan klinikal dan histopatologi yang dilakukan konsisten dengan diagnosis tisu payudara supernumerary yang turut dikenali sebagai pseudomamma.

Sepanjang pengetahuan pakar, kes seumpama itu merupakan pertama kali pernah dilaporkan. Payudara supernumerary sebelum ini ‘biasa’ muncul di semua bahagian tubuh manusia sama ada di muka, belakang, bahu dan paha.



Ya, biasa, kerana anomali atau kecacatan yang berkaitan dengan perkembangan payudara rupa-rupanya bukanlah satu perkara yang dianggap luar biasa.

Malah, insiden puting dan payudara supernumerary ditemui di kalangan satu hingga lima peratus penduduk dunia, termasuk lelaki.

Namun, apa yang mungkin luar biasa dan menghairankan kita, ia boleh berfungsi sepenuhnya termasuklah mengeluarkan susu!

Lazimnya, kehadiran pseudomamma mula dikesan selepas seseorang wanita itu mencapai usia akil baligh, melahirkan anak pertama atau mula menyusukan bayinya.

Sesetengah wanita pula mula menyedarinya apabila saiznya membesar, sakit dan tidak selesa atau merembeskan air susu.

Bagaimanapun, di dalam kes terbaru ini, pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda/asimptomatik. Ia hanya disahkan sebagai tetek supernumerary setelah pesakit pergi berjumpa doktor atas sebab kosmetik – untuk membuangnya melalui pembedahan kerana hodoh dipandang.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Puting tetek di telapak kaki | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top