728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

25 April 2007

Perlindungan insurans jaminan masa depan | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA

Oleh Hidayah Mohammad

PERLINDUNGAN yang betul pasti memberikan jaminan yang memuaskan, khususnya untuk masa depan yang tidak dapat dijangka. Bukan saja perlindungan untuk mental dan emosi, malah pada zahirnya membabitkan fizikal yang memerlukan sedikit pengorbanan dalam aspek kewangan.

Di Barat, insuran memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakatnya. Tetapi, di rantau ini khususnya Malaysia, masyarakat sering kali memberi pelbagai alasan bagi mengelak daripada menyertai skim insuran yang ditawarkan.

Timbalan Presiden Pemasaran Korporat Great Eastern, Helen Yeoh Lay (gambar), berkata wanita khususnya yang sudah memulakan kerjaya, perlu mempunyai insuran untuk perlindungan diri sepanjang hayat bagi memastikan masa depan terjamin.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan wanita sering berfikiran mereka tidak perlu membeli insuran kerana pembayaran yang dilakukan satu pembaziran memandangkan usia yang masih muda..



“Pemikiran seperti ini perlu diubah, terutama zaman sekarang yang penuh dengan cabaran. Letakkan perumpamaan ‘malang tidak berbau’ dan ‘sediakan payung sebelum hujan’ adalah cara terbaik berfikir. Selain itu, pendidikan juga amat penting dalam memberi pengetahuan mengenai kepentingan insuran bagi wanita.

“Kajian sebelum ini mendapati punca utama kematian wanita di negara ini ialah penyakit jantung, strok dan barah. Sepanjang 2002 saja, sebanyak lebih 45,000 pesakit dikesan menghidap barah dan ia dikesan semakin meningkat dari lima peratus kepada 10 peratus setiap tahun atau satu daripada 500,000 populasi penduduk wanita negara ini yang menghidap barah,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Beliau berkata, kebarangkalian bagi seseorang itu diserang penyakit atau mengalami kemalangan tidak mustahil kerana apa saja boleh berlaku.

Sehubungan itu, katanya, adalah wajar bagi wanita melakukan persediaan supaya dapat memastikan kehidupan masa depan dilindungi sebaik mungkin.

“Kita juga tidak boleh mengatakan tidak akan diserang penyakit kronik mahupun terbabit dalam sebarang kemalangan. Faktor itu perlu dikikis daripada minda wanita, apa tah pula rawatan disediakan untuk kes tertentu seperti penyakit kronik memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

“Sekurang-kurangnya dengan memiliki insuran, kehidupan lebih terjamin kerana masalah kesihatan turut termasuk dalam perlindungan disediakan,” katanya.

Helen berkata, kecanggihan teknologi moden membolehkan seseorang itu menerima rawatan yang lebih baik, sekali gus memberi peluang untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.

Bagaimanapun, lazimnya rawatan sebegitu menelan perbelanjaan yang tinggi terutama jika dilakukan di luar negara. Malah, rawatan di negara ini juga tidak kurang mahalnya selepas mengambil kira belanja rawatan, kemasukan hospital dan penjagaan profesional.



“Wanita daripada semua peringkat usia sangat memerlukan skim insuran. Bukan saja dilindungi apabila diserang penyakit, malah skim insuran yang diambil dengan betul mempunyai banyak kebaikan antaranya seperti melindungi kos rawatan, kemalangan, hilang upaya, kematian suami dan sebagainya.

“Insuran mampu melindungi mereka daripada terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi bukan saja untuk diri sendiri bahkan keluarga, khususnya bagi mereka yang sudah berumah tangga. Lebih-lebih lagi, ketika ini kajian kelangsungan menunjukkan wanita akan lebih lama berbanding lelaki,” katanya.

Ketika ini, ada pelbagai jenis insuran diperkenalkan khusus untuk wanita. Ada yang cenderung untuk kesihatan semata-mata, ada juga yang lebih menyeluruh termasuk membabitkan perlindungan hayat termasuk pendidikan anak.

Apa yang penting, wanita yang ingin dilindungi insuran perlu memastikan apa matlamat dan kehendak. Great Eastern juga tidak ketinggalan menawarkan skim insuran Medicare 100 untuk persendirian dan keluarga serta GreatLife Esential Lady khusus wanita bujang mahupun sudah berumah tangga.

FAKTA: 10 alasan masyarakat tidak membeli insurans


1) Saya tiada duit.

2) Saya tidak percaya pada ejen insuran.

3) Saya tidak percaya dengan syarikat insuran.

4) Saya ada cara lain untuk menanggung perlindungan dan simpanan.

5) Saya sudah menyertainya melalui tempat kerja.

6) Saya terlalu muda untuk memiliki insuran.

7) Saya tiada sesiapa untuk dilindungi.

8) Saya tiada cukup masa untuk membeli insuran.

9) Saya terpaksa berhenti merokok sebelum membeli insuran.

10) Saya tidak percaya dengan syarikat berkenaan.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perlindungan insurans jaminan masa depan | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top