Breaking News

Perkahwinan Sebagai Ibadat | Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin

Penceramah agama, Siti Norbahyah Mahmood, berkata umat Islam perlu memahami yang ikatan sebuah perkahwinan adalah suatu ibadat. Berkahwin adalah tuntutan fitrah, yang mana manusia baik lelaki atau perempuan tidak boleh hidup keseorangan di dunia.

Sahabat Rasulullah pernah berkata, sekiranya nyawa aku hanya tinggal 10 hari saja aku tetap akan berkahwin supaya aku tidak menemui Allah dalam keadaan bujang.

“Membina ikatan perkahwinan pada usia muda perlulah disertakan dengan persediaan yang sangat besar bagi pasangan yang berhasrat untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.



“Empat faktor yang perlu diambil kira bagi pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga iaitu persediaan minda dan kerohanian, fizikal, ekonomi dan sosial,” katanya memberi panduan buat remaja yang berhasrat untuk berkahwin.

Beliau menyentuh, persediaan minda dan kerohanian itu ialah sifat di mana pasangan benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri, manakala persediaan fizikal pula ialah perlu menghindari daripada sebarang penyakit berjangkit yang boleh memudaratkan pasangan masing-masing.

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Jangan sesekali mencampurkan orang yang sakit dan yang sihat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kata Siti Norbahyah, persediaan ekonomi juga perlu dititikberatkan, khususnya bagi lelaki seperti keperluan makanan dan tempat tinggal untuk bakal isterinya. Sementara, bagi persediaan sosial pula katanya ialah kesedaran di mana perubahan tahap kematangan iaitu daripada lelaki bujang kepada suami dan gadis kepada seorang isteri.

Di tanya bagaimana langkah untuk meningkatkan keharmonian rumah tangga, Siti Norbahyah berkata, lima perkara yang patut diambil kira pasangan suami isteri tidak hanya bagi pasangan remaja iaitu peranan kedua-dua suami isteri, sifat bertolak ansur, kasih sayang, pergaulan yang baik dan sentiasa berdoa.



“Setiap pasangan yang berumahtangga pasti tidak dapat lari daripada mengalami konflik dan salah faham dan apa yang penting ialah banyakkan bersabar.

“Masalah ini bukan disebabkan faktor usia yang masih muda kerana pasangan suami isteri dewasa juga ada mengalami masalah yang sama. Justeru, apa yang penting sikap tanggungjawab dan kesabaran untuk keharmonian dalam rumah tangga,” katanya yang tidak menolak yang pihaknya ada menerima aduan membabitkan masalah konflik rumah tangga membabitkan pasangan muda.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




No comments