728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

25 April 2007

Menopaus bukan penamat kehidupan | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA

Oleh Hidayah Mohammad

PENINGKATAN tahap kesihatan di negara ini, selain perubahan gaya hidup membolehkan penduduk menikmati hidup lebih bermutu. Kajian mendapati, jangka hayat penduduk turut meningkat berbanding ketika negara mencapai kemerdekaan yang mana usia penduduk Malaysia hanya mencapai 56 tahun ketika itu dan kini meningkat kepada 76 tahun bagi wanita dan 71 tahun lelaki.

Keadaan itu akan menyaksikan perubahan pada populasi penduduk apabila jumlah warga emas semakin meningkat. Bagi memastikan golongan berkenaan dapat menikmati tahap hidup bermutu tanpa dibebani masalah kesihatan, sesuatu perlu dilakukan termasuk mengambil kira keperluan terhadap perkhidmatan kesihatan yang baik.

Antara masalah lazim dihadapi wanita apabila meningkat usia ialah menopaus. Selain mengalami beberapa tanda seperti sakit kepala, kurang masa tidur, mood yang sering berubah-ubah dan kemurungan, wanita menopaus turut berasa panas pada badan.



Pensyarah Fakulti Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Sydney, Prof Dr Rodney J Baber, berkata selain rawatan seperti terapi penggantian hormon (HRT), livial atau terapi alternatif, pengurusan gaya hidup yang baik dapat membantu wanita yang mengalami masalah berkenaan.

“Wanita yang mengalami menopaus perlu mendisiplinkan diri dengan mengelakkan pengambilan minuman mengandungi alkohol, kafein, gula dan garam, selain digalakkan mengekalkan keseimbangan diet dengan memperbanyakkan makanan berunsur sayuran dan buah-buahan, soya serta kalsium.

“Melakukan aktiviti senaman seperti yoga, meditasi dan tai chi di samping mengekalkan jadual tidur yang cukup juga boleh membantu,” katanya ketika ditemui pada pelancaran kempen kesedaran menopaus dan andrapaus di Hotel Eastin, Petaing Jaya baru-baru ini.

Kempen anjuran Organon (M) Sdn itu bertujuan mendidik masyarakat supaya menikmati usia emas dengan lebih bermutu. Kempen menopaus bermula pada 1 April lalu hingga 31 Ogos ini, manakala kempen membabitkan andropaus pula bermula pada 1 Mei ini dan berakhir 30 September depan.

Prof Rodney berkata, meskipun ketika ini HRT sering digunakan sebagai rawatan bagi mengurangkan gejala menopaus, ada juga wanita yang cuba mendapatkan rawatan semula jadi atau menggunakan herba.



“Kajian mendapati, 71 peratus wanita menjalankan rawatan dengan menggunakan herba semula jadi dan 17 peratus lagi menggunakan rawatan HRT. Bagaimanapun, kajian itu mendapati ada juga wanita yang tidak pernah menjalankan rawatan langsung atau tidak pernah mendengar rawatan secara herba dalam merawat menopaus,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai andropaus mahupun menopaus, Organon menawarkan rawatan atau kaunseling menerusi 100 klinik terpilih di seluruh negara. Hanya perlu mendaftar atau menghubungi talian bebas tol – 1 300 13 0030.

Mereka juga boleh menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) dengan menaip ORGANONLIFEPLUSNama dan hantar ke 32728 atau ORGANONANDRIONama dan hantar ke 32728 bagi menyertai kempen berkenaan sekali gus mendapatkan khidmat kaunseling dan rawatan daripada doktor pakar yang terpilih.

FAKTA
Pilihan Rawatan Menopaus

Pengurusan gaya hidup

HRT

Livial

Terapi bukan hormon

Terapi alternatif

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Menopaus bukan penamat kehidupan | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top