728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

21 April 2007

Menderhaka termasuk antara dosa besar | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah, Ceramah ISLAM

SABDA Rasulullah SAW yang maksudnya: “Reda Allah bergantung pada reda dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab ketika mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

Ketika kedua-dua ibu bapa masih hidup, anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak.

Di antara adab yang mesti dipraktikkan, sentiasa berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaiknya.

Apabila kedua-duanya meninggal dunia, menjadi tanggungjawab anak mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menziarahi pusara, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, menggantikan puasa yang terhutang, menunaikan haji jika mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai ketika hayat mereka.

Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun sudah mempunyai keluarga sendiri, wajib mentaati dan menghormati ibu bapa. Anak yang tidak mentaati ibu bapa dianggap anak derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa besar.

Anak perlu insaf, kelahiran mereka di dunia ini adalah hasil perjuangan ayah dan ibunya.

Anak yang derhaka melupakan segala sumbangan orang tuanya sebelum ini. Sikap tersebut boleh melukakan hati ayah dan ibu, sehingga boleh dianggap sebagai derhaka.

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat Allah, amalan dan ibadat mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik dilakukan sepanjang hayatnya menjadi sia-sia.

Oleh itu, Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Jangan sampai kita dianggap sebagai golongan yang bakal terseksa di akhirat kelak.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Menderhaka termasuk antara dosa besar | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah, Ceramah ISLAM Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top