728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 April 2007

Kabur cara seksual | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

JANGAN ketawa jika diberitahu ada lelaki tidak tahu dia sepatutnya dalam keadaan ereksi sebelum mampu mengadakan hubungan seksual. Ini bukan kisah dongeng, tetapi saya pernah merawat lelaki yang kabur mengenai seksual hingga ke tahap ini.

Perlu diingatkan yang hubungan keintiman seksual hanya menyeronokkan jika pasangan lelaki dan perempuan dapat memainkan fungsi masing-masing.

Apabila berlaku kes seperti di atas, keadaan menjadi huru-hara apabila suami tidak dapat menyalurkan ereksi ke dalam faraj isteri.

Lelaki yang jahil mengenai seks tidak tahu dia memerlukan ereksi untuk menyalurkan zakar ke dalam faraj pasangan. Untuk ‘pelayaran’ terbaik, ereksi perlu dalam keadaan kekal dan tahap ketegangan yang sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj isteri.

Kaedah terbaik ialah dia perlu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis (otot yang mengawal pembukaan lubang najis dan lubang kencing) supaya zakar ereksi sepadatnya, sekali gus mudah disalurkan ke dalam faraj.



Bagaimanapun, perkara yang dianggap biasa menjadi luar biasa apabila seseorang lelaki itu kabur mengenai fungsi dan keadaan hubungan seksual sebenar, sekali gus menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Bagi lelaki jenis ini, tiada kaedah lain selain berjumpa pakar sakit tuan atau psikologi kerana mereka harus diberikan penerangan secara mendalam dan teknik betul bagi membolehkan hubungan seksual penetratif (memasukkan zakar ke dalam faraj) dilaksanakan.

Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang berdepan masalah ini biasaanya boleh mencapai ereksi tetapi tidak sekeras yang boleh disalurkan ke dalam faraj kerana kekuatan penembusan yang diperlukan untuk tujuan itu melebihi satu kilogram.

Ini hanya dapat tercapai jika dia menggunakan otot benteng zakar sebagai penyokong kekuatan ereksi. Jadi apabila dia kemut, ereksinya menjadi lebih padat dan keras dan mampu menjayakan penetrasi faraj.

Laporan Kes:

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Lelaki yang mengalami masalah ini pelik apabila saya menjelaskan kepadanya yang dia perlu memadatkan ereksi ketika hendak menyalurkannya ke dalam faraj isterinya.

Kebetulan isteri lelaki itu arif mengenai fungsi yang harus dimainkan wanita ketika hendak melakukan persetubuhan.



Namun, setiap kali suaminya mendekatkan zakar ke paras faraj, isterinya cuba membantu memasukkan ereksi ke dalam faraj, tetapi ereksi suami kendur dan tidak keras lagi.

Lelaki itu pernah menjalani rawatan tradisional urutan yang menyakitkan, tetapi tidak memberi apa-apa kesan langsung.

Apabila lelaki ini diberitahu yang dia sepatutnya memadatkan ereksi ketika hendak menyalurkan zakar ke dalam faraj dengan mengemutkan otot lantai pelvis (otot kemutan), baru dia sedar dia berkemampuan mengawal tahap dan kekukuhan ereksi dan bukan tukang urut.

Akhirnya dia peka dengan fungsinya dan berjaya melakukan hubungan penetratif dan berjaya membuat isterinya hamil.

Oleh Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kabur cara seksual | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top