728x90 AdSpace

Rahsiaperkahwinan.com dimiliki penuh oleh RP Network dan ianya ditubuhkan sejak tahun 2005

Latest News

07 April 2007

Jiwa anak perlu diterap nilai mulia Rasulullah | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

SAYA ibu kepada tiga anak berumur empat, lapan dan 10 tahun. Bagaimana cara menyemai perasan cintakan Nabi Muhammad SAW dalam diri anak saya?

Cinta adalah ungkapan sangat indah dalam kehidupan manusia. Dengan cinta manusia sengsara dan dengan cinta manusia bahagia. Syurga boleh diraih dengan cinta, iaitu cinta hakiki kepada insan terpilih bernama Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Firman Allah bermaksud: Katakanlah “Jika bapa, anak, saudara, isteri, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugian, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) jalan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (Surah At-Taubah, ayat 24)

Puan inginkan anak mengenali dan mencintai Rasul mereka. Apabila anak mengenali dan mencintai Rasul, hasilnya akan dapat dilihat dalam tingkah laku mereka. Akhlak Rasulullah SAW akan terpapar dalam tindak tanduk mereka.

Namun, kerja ini tidak mudah kerana puan perlu menjadi contoh kepada anak terlebih dulu dan caranya:

Rasulullah SAW sebagai teladan

Puan perlu terapkan nilai ‘kenali nabi’ kepada anak kecil dengan menjadikan sirah nabi sebagai bahan cerita kepada mereka. Anak suka mendengar cerita dan ceritalah mengenai insan bernama Muhammad SAW.

Ceritakan peri laku Baginda, pengorbanannya, kasih sayangnya kepada umatnya, pembelaan kepada agamanya. Cinta kepada Rasulullah SAW dengan sebenar cinta adalah asas akidah seorang Muslim.

Cinta bermula daripada kekaguman. Demikian pula hanya pujian terhadap budi pekerti Rasulullah SAW melahirkan cinta yang tidak dapat dipisahkan rentetan zaman yang terbentang panjang.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Hisyam bahawa dia berkata, kami pernah bersama Nabi. Sementara Baginda memimpin tangan Umar bin Khathab, Umar berkata kepada Baginda, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali diriku. Nabi bersabda, “Tidak, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya. Hingga kamu lebih mencintai aku daripada dirimu sendiri? Umar berkata kepadanya, “Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri. Nabi bersabda, “Sekarang, wahai Umar? (Hadis riwayat Bukhari)



Anak perlu ditunjuk, diajar, dilatih dan paling penting selalu diingatkan mengenai akhlak yang baik dan tingkah laku tidak digemari orang. Berikan galakan dan anggukkan kepala jika puan bersetuju.

Budayakan komen positif apabila anak berbuat baik. Jangan bertangguh berikan penghargaan dan iktiraf kebajikan dilakukan. Kaitkan setiap akhlak yang baik itu ada dalam diri Rasulullah SAW.

Apabila anak puan melakukan kesalahan atau perbuatan tidak elok, jangan bertindak negatif, bercakap dan tunjukkan cara betul dan katakan kepadanya mengapa harus dibuat begitu. Elak berleter.

Rasulullah SAW kaya sifat mulia

Sifat Rasulullah SAW diterjemahkan dalam kehidupan seharian puan bersama anak. Kesempurnaan Baginda tiada bandingan. Baginda pemaaf, penyayang, sabar, adil dan jujur.

Untuk memupuk akhlak mulia dalam diri dan jiwa anak, cuba panduan berikut:
# Puan menjadi pendengar yang baik

Dengar dulu setiap patah perkataan diucapkan. Jangan sekali-kali menyampuk atau memotong cakap anak. Ketika bercakap, pegang tangannya atau letakkan tangan di atas bahunya supaya dia berasa kehadiran puan.
# Elakkan gelaran melukakan

Elakkan memanggil anak dengan gelaran yang dibenci (terutama apabila puan marah). Walaupun kadang-kadang ia hanya gurauan tetapi gelaran itu boleh melukakan hatinya.

Elak melabel perbuatan anak, sebaliknya minta mereka jelaskan perbuatan mereka.
# Selalu memberikan salam kepada tetamu atau bertamu ke rumah orang. Tunjukkan kegembiraan dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan tamu ke rumah. Ajar anak bersalam dan hormat kepada tetamu.

Latih buat kerja

Sama ada di rumah atau berkunjung rumah orang lain, didik anak membersihkan bekas makanan. Ceritakan bagaimana Rasulullah SAW menjadi orang pertama menjenguk salah seorang Quraisy yang selalu meludahnya setiap kali Baginda ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.
# Baginda turut membantu sahabat membuat parit ketika Perang Khandak. Jadikan Baginda contoh idola dalam mendidik anak semoga akhlak anak puan turut mengikut akhlak Rasulullah SAW.Jawapan disedia oleh Endok Sempo Tahir dengan kerjasama Wanita JIM. Persoalan dan jawapan boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jiwa anak perlu diterap nilai mulia Rasulullah | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top