Breaking News

Jangan buka rahsia suami isteri | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

DARIPADA Abu Said Alkhudri katanya: Sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesungguhnya manusia yang paling jahat di sisi Allah (s.w.t.) pada hari kiamat nanti ialah lelaki yang menggauli (menyetubuhi) wanita dan wanita juga bergaul dengannya kemudian dia mendedah dan membongkar segala rahsianya dan keaibannya.

Pengertiannya

Dalam hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa membongkar rahsia dalam rumah tangga itu adalah sikap buruk yang akan menjatuhkn martabat seseorang di sisi Allah di akhirat nanti. Pergaulan antara suami isteri adalah merupakan rahsia yang tidak sepatutnya dianggap kecil dan murahan. Orang yang tidak ada kehormatan saja yang sanggup membuka rahsia sulit tersebut kerana rahsia isteri bererti rahsianya sendiri, demikian juga sebaliknya.

Kesimpulannya

Suami isteri hendaklah bertanggungjawab menjaga rahsia antara satu sama lain. Jangan sekali-kali membuka rahsia sendiri kerana ianya amat dibenci dan akan menjatuhkan darjat dirinya sendiri.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]








No comments