728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

10 April 2007

Ereksi Tidak Bertahan Lama | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

SOALAN:

Ereksi yang tidak dapat bertahan lama dikatakan petanda kepada terjejasnya kemampuan seseorang lelaki atau dengan kata lain petanda awal kepada lemah syahwat. Adakah ereksi yang lemah boleh menjejaskan kepuasan kepada pasangan iaitu isteri kita?

Jawapan:

Ereksi yang tidak dapat bertahan lama boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Rungutan yang biasa diperoleh adalah mereka tidak dapat mengekalkan ereksi seperti waktu muda dahulu.



Untuk membolehkan berlakunya ereksi bekalan darah yang mencukupi amat diperlukan. Dengan itu, adalah penting bagi kita untuk menjaga supaya aliran darah berjalan lancar.

Kerosakan pada salur darah dan saraf pada bahagian zakar memberikan kesan terhadap masalah ereksi. Dalam menangani masalah ini, faktor kesihatan juga perlu diambil kira.

Contohnya mereka yang menghidap diabetes akan lebih berisiko mengalami mati pucuk. Semakin lama seseorang lelaki itu menghidap diabetes, maka semakin tinggilah risikonya.

Oleh itu, sekiranya kita menghidapi diabetes, cuba sebaik mungkin untuk mengawal paras gula dalam darah ke paras yang menghampiri normal demi mengurangkan risiko komplikasinya kepada kesihatan seksual.

Kemesraan dan kebahagiaan suami isteri tidak bergantung kepada hubungan seks semata-mata. Wanita juga menginginkan suami yang tahu menghormati dan memahami perasaannya selain belaian mesra.

Namun begitu, setiap wanita juga mempunyai harapan yang berbeza antara satu sama lain. Berbincanglah secara terbuka sekiranya terdapat sebarang isu yang berkaitan. Hanya anda yang lebih memahami pasangan anda.

Seiring peningkatan usia, kita tentunya lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan dan memerlukan lebih perhatian. Pengambilan vitamin dan suplemen bersesuaian mungkin diperlukan untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Pengambilan ginseng telah lama diamalkan terutamanya oleh masyarakat Cina untuk meningkatkan tenaga dan stamina. Ia didapati boleh membantu kesihatan seksual dengan menggalakkan aliran darah ke tisu-tisu alat kelamin.

Nama saintifiknya Epinedium sagittatum, Horny goat weed, boleh membantu merangsang saraf deria dan membantu memperbaiki masalah kemerosotan kesihatan seksual di kalangan lelaki.

Bagi wanita ia mengurangkan kelesuan dan ketidakselesaan sewaktu menopaus. Gabungan beberapa herba lain seperti Withania, Damiana dan Muira puama didapati memberi kesan yang lebih baik.

- Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BiO-LiFE di talian 03-77287407 dari Isnin hingga Jumaat pukul 9 pagi hingga 6 petang atau emel: health@biolife.com.my


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]






  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ereksi Tidak Bertahan Lama | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top