728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 April 2007

Ensiklopedia perbidanan Melayu pertama | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

PENGASAS kumpulan syarikat Nona Roguy, Datin Sharifah Anisah Barakbah berusaha meninggikan martabat perubatan tradisional peninggalan nenek moyang apabila mengambil inisiatif, membukukan ensiklopedia perbidanan Melayu yang pertama dan lengkap.

Penerbitan ensiklopedia berjudul, ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu – Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan’ itu bukan saja dapat membantu bidan yang sedia ada mendalami ilmu mereka, tetapi turut membantu dan membentuk generasi yang sihat dengan pengetahuan mengenai perbidanan serta cara menjaga kesihatan luaran dan dalaman tubuh badan sendiri.

“Sejak azali lagi, ilmu perbidanan Melayu sudah diperturunkan secara lisan. Dengan peredaran serta pengaruh dunia Barat yang berteraskan sains dan teknologi ia menyebabkan majoriti masyarakat kita memandang ringan mengenai ilmu tradisi peninggalan nenek moyang.



“Saya tidak mahu ilmu ini semakin pupus dan jika ini berlaku, amat menyedihkan. Menyedari perkara ini dan memandangkan minat saya terhadap ilmu perbidanan Melayu amat mendalam, saya mengumpulkan segala ilmu yang sudah diperturunkan lalu membukukan ilmu dan pengalaman selama 45 tahun,” katanya pada majlis pelancaran ensiklopedia berkenaan yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Untuk menghasilkan ensiklopedia berkenaan, Sharifah Anisah turut membuat berbagai penyelidikan bio-teknologi bersama beberapa organisasi penyelidikan perubatan dan universiti tempatan bagi memperkembangkan lagi ilmu perbidanan di samping meningkatkan lagi kualiti penulisan dibukukan.

“Ensiklopedia itu agak lengkap kerana memberi petunjuk mengenai penggunaan rempah ratus serta herba bagi penjagaan diri. Selain itu, ada juga banyak gambar dan ilustrasi teknik mengurut yang betul dan mudah dipelajari pembaca,” katanya.

Bagi memudahkan pembacaan, ensiklopedia itu dibahagikan kepada lima bahagian termasuk segala pengetahuan mengenai perbidanan daripada peringkat awal persenyawaan benih hingga kelahiran bayi, alam dalam pantang, penjagaan bayi dan keguguran.


Selain maklumat, ia juga mengandungi petua dan nasihat seperti resipi herba serta panduan pemakanan, ubat barut, mandi lulur dan sebagainya.

INFO:
Ensiklopedia Perbidanan Melayu – Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan

Mengambil masa lima tahun untuk menyempurnakan penulisan dan setahun untuk diterbitkan.

Mengandungi 373 halaman.

Terbahagi kepada lima bahagian.

Antara isi kandungan – sejarah ilmu perbidanan, proses kehamilan, kaedah rawatan intensif, penjagaan pemakanan dalam pantang, menyambut kelahiran bayi, penjagaan bayi, ketidaksuburan dan keguguran.

Harga RM145.00 senaskah

Maklumat lanjut hubungi 03-61408141

Oleh Nor Affizar Ibrahim

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ensiklopedia perbidanan Melayu pertama | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top