728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

21 April 2007

Bertudung tetap elegan | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA

WANITA kerjaya sinonim dengan gaya hidup yang pantas, ringkas dan sentiasa mahu kelihatan hebat. Justeru ia pasti membuatkan anda pening memikirkan fesyen apakah yang paling sesuai digayakan terutamanya jika terpaksa pula ke destinasi lain di luar pejabat.

Golongan wanita bertudung juga tidak ketinggalan dalam arus evolusi jenis tudung atau selendang yang sentiasa berubah dan moden.

Ia memerlukan penyesuaian dan penampilan berbeza untuk melangkah ke pejabat.

Tidak kiralah ke mana kita pergi, bertudung menjadi trend yang paling popular dewasa ini.

Bagi wanita muslimah, tudung bukan sekadar fesyen tetapi tuntutan menutup aurat.

Kelekaan menggayakan tudung dengan pelbagai ikatan moden tidak harus menjadi batasan untuk anda terus bertudung mengikut gaya muslimah yang sebenar.

Bertudung tidak bermakna anda tidak dapat bergaya atau tampil lebih elegan.

Sebaliknya, dengan ikatan tudung yang menarik, penampilan anda lebih jelita.

Menurut perunding imej wanita muslimah, Norlinda Sulaiman, 33, kebanyakan busana muslimah yang ada di pasaran hanya menekankan aspek ‘tidak kelihatan rambut’ sedangkan sudut-sudut lain yang masih dalam ruang lingkup aurat wanita tidak diambil kira dalam reka cipta busana tersebut.

“Namun usaha mereka cipta tudung dalam pelbagai gaya untuk semua peringkat umur, status jawatan dan bidang kerjaya bukanlah tugas mudah.

“Segala cabaran perlu dihadapi hanya dengan satu tujuan iaitu untuk membantu para muslimah agar tetap kelihatan bergaya memakai tudung,” kata pengasas syarikat perunding imej, Linda Muslimah ini.

Tambah Norlinda, dengan ilmu dan sedikit kreativiti, keanggunan anda akan menyerlah setiap kali anda tampil di khalayak ramai.

Jelasnya, perlu diingatkan bahawa dengan bertudung, seseorang wanita muslimah bukan sahaja dapat menutup segala kekurangan mereka tetapi juga dapat menambah kejelitaan kepada mereka yang sedia jelita.


“Dengan padanan warna tudung, baju dan kerongsang pasti penampilan anda tampak sempurna.

“Pelbagaikan jenis simpulan tudung tanpa membiarkan bahagian dada terbuka dan jangan lupa mengenakan kerongsang yang besar di bahagian bahu.

“Selain itu, bentuk tudung juga perlu bersesuaian dengan bentuk muka. Misalnya, jika bentuk muka anda bulat, pastikan bentuk tudung kelihatan bujur,” katanya.

Selain itu, corak dan warna tudung juga perlu bersesuaian dengan baju. Contohnya, jika anda memilih untuk mengayakan baju polos, anda boleh memilih tudung bercorak tetapi perlu ringkas.

Tidak ketinggalan, anda juga perlu mengenakan solekan yang bersesuaian dengan penampilan muslimah kerana ia penting untuk gaya anggun.

“Saya sendiri memilih solekan nipis kerana mudah dibersihkan untuk menunaikan solat. Tetapi tidak salah sesekali memilih solekan istimewa khusus untuk majlis makan malam,” ujarnya.

Bercerita tentang pengalaman Norlinda sendiri dalam bidang peragaan, dia menjelaskan, sebab minat dan kecenderungan yang tinggi dalam bidang fesyen wanita muslimah, beliau aktif menjadi perunding imej kepada wanita muslimah.

“Selain mengendalikan ceramah dan seminar untuk persatuan, Linda Muslimah juga mengendalikan kursus dan bengkel yang berkaitan dengan imej dan penampilan diri untuk organisasi mahu pun kelas-kelas peribadi,” katanya yang turut aktif mendidik dan melatih generasi muda membina imej dan sikap seorang muslimah.

Jelas Norlinda, fesyen muslimah harus tampak menarik tanpa melupakan garis panduan Islam itu sendiri seiring dengan era globilsasi supaya martabat imej wanita muslimah itu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan evolusi fesyen yang lain.


TIP RINGKAS GAYA TUDUNG

*PEMILIHAN warna tudung dan busana perlu bersesuaian dengan usia, penampilan, acara atau majlis yang ingin dihadiri.

*BAGI mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas perlu memilih pakaian yang menampilkan ketrampilan mereka terutama mereka yang mempunyai kerjaya.

*PAKAILAH gaya yang bersesuaian dengan penampilan, misalnya jika anda ingin menghadiri mesyuarat, anda boleh memilih ikatan tudung yang lebih menampilkan keyakinan dirimu.

*PILIHLAH kerongsang yang selesa dipakai dan menyerlah sebagai hiasan yang mencorakkan penampilanmu.

*SOLEKAN merupakan pelengkap fesyen seorang wanita. Suaikan dengan keadaan atau acara yang ingin dihadiri. Misalnya, anda boleh memilih solekan sedikit nipis atau sederhana untuk ke pejabat. Bukan sahaja mudah dibersihkan, ia juga memudahkan rakan sekerja dan pelanggan selesa berkomunikasi dengan anda.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bertudung tetap elegan | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top